Pengalaman Makan Roti Jala Cicah Serawa Durian

Thursday, 25 February 2021

Masa farewell party Danish haritu, first time la dapat merasa makan roti jala cicah kuah serawa durian. Selama ni memang makan roti jala cicah kuah kari je dari kecik. Oghang utagha kan, tekak nak kari saja. 


First time makan tu agak janggal sebab benda baru untuk lidah dan tekak tapi disebabkan bau serawa durian tu menusuk, terbuka la perut untuk terima. Entry ni bukan nak share resipi tau sebab dekat Google dah bersepah dah. 

Entry ni nak sembang pengalaman makan roti jala dengan serawa durian je. Simpan sini buat kenangan. Alang-alang share sekali dekat mana beli sebab nanti kalau siapa yang craving tu tahu dekat mana boleh roger Red Bucket Kitchen. 

Ada banyak jenis kuah untuk roti jala dekat Red Bucket Kitchen ni. Ada kari ayam yang biasa punya, kari kambing, kari daging ataupun kari sayur. Paling sedap mesti lah roti jala cicah kuah kari kambing, memang surrrrr!  

Set yang Amy beli ni agak besar jugak, ada dalam 75pcs roti jala tak silap. Makan roti jala dengan serawa durian ni agak mengeyangkan sebab kuah dia pekat. Roti jala pun tekstur dia tebal. 


Serawa durian ni seasonal lah sebab stok durian pun ada ikut musim, kira kitorang beruntung lah boleh merasa bila Amy bawak. Amy kata roti jala cicah serawa durian ni favorite orang belah Pantai Timur sebab dia pun orang belah sana. 

Lepas makan 2 pcs roti jala dengan serawa durian ni pun dah rasa kenyang dah. Tapi tak rasa nak repeat balik sebab for me combination dia macam terlalu tebal. Ada orang suka makan sampai tak angkat muka dah. I think kari wayyyy better lah. Kalau nak makan serawa durian ni suka lagi makan dengan roti kukus ataupun roti potong biasa sebab serapan tu lagi banyak. Bila makan memang terasa betul manis durian tu. 

You guys suka makan roti jala cicah dengan kuah kari ataupun serawa durian? Share la dekat ruang komen :)

9 comments

  1. Tak pernah nampak lagi orang jual roti jala dengan serawa durian. Selalunya orang jual dengan kuah kari je. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Allah...sedapnya lahai...kecur liur tengok..biasa mengidam roti jala time bulan ramadhan...hari boasa ni payah benar nak dapat..

    ReplyDelete
  3. selalu cicah kuah gulai saja, tak pernah lagi rasa serawa

    ReplyDelete
  4. akak geng dengan fana, suka juga roti jala cicah serawa ni tapi lebih prefer cicah dengan kuah kari... yang savoury lagi best bagi akak... serawa layan dengan roti keping lebih ok bg akak

    ReplyDelete
  5. abe kie x akan makan roti jala dgn serawa durian. OMG! I cannot stand the durian's pungent smell!

    ReplyDelete
  6. Perghhh terliur oii nengokkk.. sedap ni.. dulu kalau Yasinan mesti ada menu ni..

    ReplyDelete
  7. aish...tak pernah lak cicah serawa. memang cicah kari je. tekak tak nerima yang manis manis ni. kalau cicah aiskrim vanila ok la kot

    ReplyDelete
  8. Wahh unik betul roti jala cicah serawa durian.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.