Movie Review | Petaka - Syurga ini Milikmu

Tuesday, 16 February 2021

Pengarah :  Azhari Zain

Penulis Skrip :  Azhari Zain

Pelakon :  Azman Ahmad, Wan Maimunah Aziz, Jaja Iliyes, Nabila Huda, Azman (PU Man), Danish Danieal @ Coki, Zali Shuhaili, Villa Hafiz, Salwani Shaari, Abu Bakar Ahmad

Syarikat Produksi :  Arie Zaharie Production Sdn Bhd, AA Success Pictures

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Jenayah / Aksi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2021

Trailer :

Filem Petaka mengisahkan Sham (Azman Ahmad), jejaka kampung berkorban menjaga ibunya, Kak Mah (Wan Maimunah Aziz) yang sakit disebabkan kencing manis dengan mengambil upah kerja kampung. Sementara Sham bekerja, adiknya Ekin (Jaja Iliyes) menjaga ibu mereka di rumah usang kepunyaan Pak Ya Dagu (Abu Bakar Ahmad). Kerana hidup melarat, Ekin tak mampu sambung pelajaran. 

Dalam masa yang sama, pemilik kedai perabot, Haziq (PU Man) pula serabut mencari ganti pemandunya yang hilang untuk mengambil dari sempadan. Barang ini perlu diserahkan kepada (Zamri Zali Shuhaili), konco Datuk Jamil (Villa Hafiz) di sebuah gudang. 

Dek kerana pujukan dan nasihat Kak Jah (Salwani Shaari) dan anaknya, Coki (Danish Danieal) yang kasihan dan prihatin dengan nasib Sham sekeluarga, dia setuju untuk bekerja dengan Haziq sebagai pemandu untuk mengubah kedaifan hidup ibu dan adiknya. Sham bertekad untuk menebus rumah peninggalan arwah ayahnya memandangkan tiada siapa yang berminat untuk beli. 

Kerja Sham mudah, cuma perlu ambil barang di sempadan Thailand kemudiannya bawa ke alamat yang diberikan melalui aplikasi Waze. 

‘Dengar arahan saya. Jangan banyak tanya, jangan periksa barang, jangan bagitahu keluarga awak tentang kerja ni. Ambil barang terus hantar. Jangan melencong ke mana-mana dan tepati masa.’ – Haziq

Setiap kali Sham berjaya hantar barang kepada Zamri, dia akan dibayar dengan jumlah yang tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kalanya dia akan diberikan bonus. Malangnya bila sudah selesa, Sham lupa dengan pesanan Haziq hingga menggadaikan nyawa ibu dan adiknya. 

Filem yang bertemakan keldai dadah menggunakan elemen heavy drama dengan konflik kekeluargaan dan kesempitan hidup. Filem terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures ini disokong oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersempena dengan sambutan hari Kempen Antidadah Kebangsaan ke-38 pada 19hb Februari 2021. Platform yang tepat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai dadah. Sebelum ni AADK pernah berkolaborasi dengan duta mereka, Floor 88 dengan lagu Chikadun. 

Kejutan untuk filem ni bila PU Azman berlakon watak antagonis untuk pertama kali! Terkejut jugak lah bila tengok dia sebagai watak Haziq even dia pernah cakap dia tak selesa tapi most of the time lakonan dia menjadi. Mungkin disebabkan berganding dengan pelakon yang bagus seperti Nabila Huda sebagai pembantu dia di kedai perabot tu buatkan dia rasa yakin untuk deliver watak macam tu. 

Berlatarbelakangkan kehidupan dan suasana masyarakat di Kedah, visual dari lensa Hafiz Rashid nampak cantik dengan panorama sawah bendang dan kawasan jeti. Kalau movie genre drama ni memang kebanyakan scene dalam close up view untuk menghidupkan mood emosi tambah pula bila Wan Maimunah lontarkan dialog syahdu dan soundtrack Salahku dari Yonniboy. Seram tengok kaki dia yang dah buruk hasil kerja Hafizah sebagai tatarias. 

Baik watak utama atau watak sampingan dan juga extra semuanya nampak bagus dalam watak masing-masing terutamanya Kak Jah, Coki dan Ekin. Dalam screentime yang pendek pun berjaya menyerlah dan mencuri tumpuan. Dekat bahagian credit scene ada tunjuk gambar Azman dengan ibu kandung dia yang sakit kencing manis so no wonder lah dia mampu bawa watak Sham sebab dah ada pengalaman dari kisah hidup sendiri. 

Walaupun pace filem ni agak perlahan dan ada beberapa scene yang boleh dikembangkan lagi, tapi mesej sosial yang dibawakan sangat sesuai untuk tontonan keluarga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.5/10

17 comments

  1. Semoga mesej yg disampaikan tu, bermanfaat untuk semua. Bahaya jadi keldai dah, risiko untuk ditangkap dan jika sabit kesalahan,hukuman tali gantung menanti.

    ReplyDelete
  2. ada yg ckp PU azman x sesuai eh jd pegang watak antagonis? ;-)

    ReplyDelete
  3. your rating tinggi juga, means i need to watch it

    ReplyDelete
  4. Wow... PU azman bawak watak jahat.. Unbelievable... Kalau pana kata best.. Nk kena tgk gak la

    ReplyDelete
  5. Cerita macam nih bagus untuk beri kesedaran pada masyarakat kita tentang keldai dadah. Siap ada PU Azman lagi tuh hehe

    ReplyDelete
  6. Pelakon hebat-hebat. Paling tertarik sebab ada wan maimunah. Lama dia tak beraksi

    ReplyDelete
  7. amboi pu azman pun dah berlakon sekarang ye. cite ni mesti best sebab wan maimunah berlakon

    ReplyDelete
  8. ada pelakon yg sgt bagus dlm citer ni, fana. lakonan yg mantap.
    pu azman tu, tertarik plak aida nak nonton.
    aida suka dia if bab ceramah sebab direct aje kan.
    lakonan gini, something new :)
    tq for sharing. teruja nak tonton.

    ReplyDelete
  9. Sangat kagum dengan penceritaan ini. Rawlins menangis kat a few scenes terutama bila melibatkan Mak. Manakala lakonan Azman memang sangat natural.

    ReplyDelete
  10. wahhh pu azman berlakonlah. macam syok lah cerita ni.

    ReplyDelete
  11. Wow ada nabila huda la. Biasa lakonan dia best tau. Jadi watak baik ke, jahat ke semua menjadi. Nak tengok la nanti.

    ReplyDelete
  12. Ramai update dan review filem ni, semua kata best.. cuma tu laaa rumah takde astro dah.. huhuhu ada main di chanel lain tak ek?

    ReplyDelete
  13. Wow, seriously? PU Azman pun berlakon ye skrg? Sure menarik.. tapi itulah sayangnya not available at other channel lagi.. nice story line i would say.. (Y)

    ReplyDelete
  14. thanks for including the link to the trailer. i simply cannot wait to watch this movie now, loving the story line so far!

    ReplyDelete
  15. belum pernah tengok lagi. nampak mcm best sebab ramai pelakon hebat dalam cerita nie.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.