Director : Abhishek Sharma
Writer : Saiwyn Quadras, Abhishek Sharma
Cast : John Abraham, Diana Penty, Aditya Hitkari, Yogendra Tiku, Ajay Shankar, Boman Irani
Production Company : Zee Studios, JA Entertainment
Distributor : Pooja Entertainment
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 129 minutes
Release Date : 25 May 2018
Trailer :
Diinspirasikan dari salah satu peristiwa bersejarah di negara India di mana sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing ditugaskan untuk menjayakan misi nuclear test di Pokhran Test Range, Rajashtan pada Mei 1998.
Digelar ‘Operation Shakti’, 5 bom nuclear dicipta untuk ditempatkan di Pokhran dan dilakukan secara rahsia dari tahun 1989 hingga 1998. Dalam movie ni, watak Ashwat Raina (John Abraham) usulkan kepada Home Minister pada tahun 1995 tapi gagal kerana ideanya dicuri kemudiannya digantung tugas kerana memalukan negara di mata dunia.
Tahun 1998, Home Minister Himanshu Shukla (Boman Irani) baru muncul kerana peralihan tampuk pemerintahan dan panggil Ashwat secara rahsia untuk mengetuai ‘Operation Shakti’. Ashwat minta wakil BARC (Bhabha Atomic Research Centre) - Dr. Viraf Wadia (Aditya Hitkari), DRDO (Defence Research and Development Organisation) - Dr. Naresh Sinha (Yogendra Tiku), Mejar Prem Singh (Vikas Kumar) dari Tentera India, ISA (Indian Space Agency) - Puru Ranganathan (Ajay Shankar) dan Kapten Ambalika Bandyopadhyay dari Intelligence Bureau India.
Mereka semua menyamar sebagai pihak arkeologi yang menetap sementara di Kubu Pokhran untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan bersejarah di sana. Operasi ni bukan senang sebab sentiasa dipantau oleh satelit Amerika yang mampu zoom jam tangan yang dipakai oleh tentera dengan jelas. Mereka cuma ada masa selama 1 jam sahaja pada waktu malam untuk bekerja selama 15 hari tanpa meninggalkan jejak langsung.
Ashwat cuba elakkan bekerja pada waktu siang sebab keadaan cuaca yang terlampau panas dan risiko untuk kantoi lebih tinggi disebabkan ribut pasir. Tapi disebabkan pergolakan politik secara tiba-tiba yang mungkin akan membatalkan misi tersebut, mereka semua tiada pilihan. Dalam masa yang sama misi mereka dapat dihidu oleh perisik Pakistan dan Amerika.
Kebanyakan scene untuk watak Ashwat Raina adalah fiksyen untuk build up tension, drama dan nampak lebih entertaining tapi proses pengendalian bom nuclear, beberapa strategi dan gangguan adalah benar-benar berlaku pada masa tu. Berdebar jugak tengok masa saintis dengan askar bekerjasama buat kerja setiap malam sebab masing-masing kena teliti dan berdisiplin.
‘What we thought was for the nation. What we did is for the nation. And what we got will be for the nation.’ – Ashwat Raina
Bukan setakat dialog yang bagus, lakonan dari barisan pelakon juga cemerlang dalam menjayakan watak mereka . Kesemua pelakon watak utama perlu join acting workshop supaya watak mereka nampak hidup baik dari facial expression ataupun bahasa tubuh. Tambah pula movie Abhishek Sharma di bawah terbitan Zee Studios dan JA Entertainment adalah tribute sebagai mengenang jasa mereka yang terlibat.
"Parmanu is an ode to the Army and scientists, who although ordinary people, truly accomplished extraordinary feats in the face of adversity to ensure that India finds its due place on the world nuclear map." – John Abraham
Visual nampak realistik dengan khidmat CGI hasil gabungan Aseem Mishra dan Zubin Mistry. Scene bom nuklear meletup di Pokhran tampak jelas disokong dengan background music yang dramatik. Music album dengan sentuhan melodi Rajashtan hasil komposer duo Sachin-Jigar bergerak seiring dengan lirik yang sarat dengan mesej patriotik.
Kalau ikutkan ada 5 bom nuklear yang diuji pada Mei 1998 tapi dalam movie Parmanu cuma 2 bom sahaja iaitu White House dan Taj Mahal. Bukan isu besar untuk fakta pada hari kejadian sebab feel tu tetap sampai.
Dekat hujung movie ada banyak real life footage dan gambar pada Mei 1998 yang meraikan kejayaan negara India dalam mendeklarasikan sebagai salah satu negara bernuklear. Satu mesej yang jelas kepada negara Amerika, China dan Pakistan untuk tidak memandang enteng ketenteraan dan pertahanan negara India.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10
love true story ! put in the list :)
ReplyDeleteBila elemen fiksyen diolah dengan baik dalam movie true story, penonton pasti puas hati.. Seronok baca review Farhana..
ReplyDelete