Pengarah : Noviandra Santosa
Penulis Skrip : Noviandra Santosa
Pelakon : Acha Septriasa, Ryan Delon, Makayla Rose Hilli, Tije, Reza Aditya
Syarikat Produksi : Aurora Films, Netflix
Pengedar : Netflix
Genre : Drama Komedi
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 28 Januari 2021
Trailer :
Masa tengok trailer dah nampak movie yang bertemakan hubungan binatang dan manusia ni akan terarah ke mana sebab dalam trailer pun dah cukup jelas tentang idea pengarah dan penulis Noviandra Santosa di bawah produksi Netflix untuk movie pertama Indonesia yang berkisar tentang anjing.
Mengisahkan Aya (Acha Septriasa) yang berjumpa dengan seekor anjing putih di jalan semasa membeli sate. Anjing tersebut berlindung di belakang Aya kerana takut dengan sekumpulan budak lelaki yang mengejarnya. Aya mengusir mereka pergi tapi tak nak bawa anjing putih tu pulang ke rumah sebab takut nanti suaminya, Ale (Ryan Delon) tak setuju. Lagipun mereka sudah ada Kopi.
Tapi disebabkan kasihan, Aya cuba sorok dan sembunyikan di bilik bayi yang kosong. Of course lah kantoi sebab habis satu bilik bersepah dan Ale terdengar suara anjing menyalak. Aya janji akan bawa anjing tu ke kedai Reza keesokan harinya. Kebetulan dia nampak kalendar bulan 6 jadi Aya namakan anjing tersebut sebagai June. Tak lama pun June dekat kedai Reza dan berjaya lari balik ke rumah Aya.
Nak tak nak terpaksa lah Ale terima dengan syarat June tak boleh nakal atau sepahkan rumah. Nasib baik Aya sentiasa ada di rumah kerana kerjaya dia sebagai pelukis komik. Boleh la dia jaga June dan Kopi. Walaupun Kubis selalu tegur June tapi dia tak pernah berani ke sebelah sebab tuan Kubis adalah seorang budak lelaki.
Ale makin risau bila dapat tahu Aya mengandung sebab June tak suka dengan budak kecil. Dari awal lagi dia sudah jelaskan yang dia akan buang June sekiranya menjadi ancaman kepada anak perempuan mereka, Karin (Makayla Rose Hilli).
Karakter June dan Kopi diinspirasikan dari anjing-anjing peliharaan pengarah Noviandra Santosa sendiri bila mereka berdua adalah anjing-anjing adoption so salah satu mesej utama dari movie ni ialah ‘adopt, don’t buy’ macam scene Aya adopt June lepas terjumpa dia di tepi jalan dan juga scene Ale temankan Karin pergi ke dog centre. Dekat situ tuan yang menjaga bagitahu kebanyakan anjing dekat situ diambil di jambatan kemudian dirawat dan dipelihara sebelum jumpa tuan baru.
Kalau movie under Netflix memang sinematografi dia cantik lah dengan kepakaran Budi Utomo menggunakan upside down shot, panorama, dolly ataupun point of view shot. Tone warna yang warm buat kita rasa dekat dengan karakter June dan Aya. Masa tengok movie ni perasan jugak kadang-kadang fizikal June berubah sebab ada masanya akan nampak June seperti anjing husky. Rupanya team production guna body double untuk beberapa stunt.
June dan Kopi ni memang pandai berlakon baik dari body gesture mahupun ekspresi muka so most of the scene I akan awwww je. Menyampah tengok movie tentang anjing ni mesti rasa nak bela jugak tapi tak boleh. Scene Kopi tolong buka pintu untuk June tu kelakar kot. Sayangnya tak ada dialog yang padu untuk scene drama ataupun dialog dari Karin yang dijaga oleh June sejak kecil. Scene June salam Ale tu memang menangis teruk lah. Ada lagi scene yang lain bikin nangis tapi nanti jadi spoiler pulak.
Durasi 90 minit tu terasa sangat pendek tambah pula pengarah bazirkan masa dengan scene di hutan. Scene yang predictable jugak lah sebab beberapa kali pengarah cuba create intense moment dengan tayang beberapa kali ‘benda’ tu. Scene Karin masuk ke hutan tu pun lebih menarik kalau dia leka bermain dengan rama-rama ataupun burung sampai tersesat. Tapi pengarah cuma letakkan pendorong tu terhadap budak lelaki yang ganas padahal dia tak kacau Karin dah pun. Boleh je kalau Karin mengadu dekat Aya instead of masuk hutan.
Anyway movie yang menarik di permulaan 2021 dari Netflix Indonesia. Nak tunggu movie Layla & Majnun pula lakonan Acha Septriasa jugak dengan Reza Rahadian. Hiks!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10
Acha berlakon best juga bg i .... i suka jgk tgk lakonan dia
ReplyDeleteMovie ni hanya ada di Netflix sahaja kan?
ReplyDeleteharitu terbaca review dekat twitter, ni sis pulak review, memang nak suruh tengok ke cana
ReplyDeletetak sabar nak tengok movie laila majnun..hehe
ReplyDeleteAda nampak trailer dia.. Boleh tonton dengan bebudak ini rasanya..
ReplyDelete