Belek Twitter semalam nampak Tesco dah bertukar nama kepada Lotus's Store Malaysia dan berubah warna dari biru gelap kepada teal. Tesco Malaysia antara pasaraya favorite jugak lah dari zaman sekolah sampai sekarang. Bila Tesco nak pergi ni rasa sedih la jugak.
Makanan berjenama Tesco antara yang sedap macam nugget, spicy chicken, susu, sardin ataupun barang-barang groceries takkan berubah sebab supplier masih lagi sama cuma berubah nama sahaja. Tapi semua merchandise Tesco akan berhenti dijual pada bulan ni macam bag plastik Tesco. Bab harga tu tak pasti lah macam mana sebab kalau ikutkan logistik dan kos pembuatan macam lagi murah je tapi tak tahu lah, kita tengok je lah nanti.
Kenapa Tesco bertukar wajah?
Sebab Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd dah jual perniagaan dia yang ada di negara Malaysia dan Thailand kepada Thailand’s CP Group. Malaysia Trade Competition Commission (MTCC) meluluskan pemilikan Charoen Pokphand’s (CP) pada bulan November 2020. Kalau tak kenal barangan produk CP, ini adalah salah satunya. Selalu nampak dekat 7E.
Pagi ni pulak dapat tahu yang NTV7 akan ditamatkan siaran di bawah Media Prima dan akan digantikan dengan DidikTV dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai channel pendidikan dan pembelajaran secara penuh bermula 17 Februari 2021.
Masa kecik dulu kalau nak tengok kartun Doraemon dengan Shin Chan memang ntv7 lah port dia lepas solat Maghrib. Ultraman, Kamen Rider, Ninja Boys, Slamdunk, Pokemon. Zaman kecik dulu nak langgan Astro memang tak mampu la sebab tu ntv7 antara channel yang syok sebab ada banyak English series best macam Malcolm In The Middle dengan Charmed. Ada Spanar Jaya, Who Wants To Be A Millionaire dengan Istana Takeshi jugak fuhhhh so many memories there!
Zaman ni internet pun kena main ting ting dulu baru dapat connect itupun lembab. Sekarang ni suscribe data dah boleh upload video Tik Tok. Back then tengok tv is my reward lepas weekdays penat pergi ke sekolah dan belajar. Huge reward for me after doing all house chores on weekend.
Tapi sekarang ni kalau bukak ntv7 dah penuh dengan CJ Wow Shop dari siang membawa ke malam sebab tu dah jarang buka channel ni. Agak sedih actually bila siaran yang pernah ada banyak rancangan best tapi jadi platform untuk jual barang.
Sepatutnya ada interview dengan news anchor ntv7 untuk siaran weekend tapi tengok2 dekat news dah kena ganti. A bit shocked sebab plan tak menjadi dan tak diberitahu apa-apa. Rupanya semua staff ntv7 pun tahu dari berita macam orang lain jugak. Kesian sangat dekat diorang. Hope they're strong enough to go through this.
This post is to bid adieu to Tesco & ntv7, thanks for all the good memories and your services. You will be missed dearly :')
Pasal tesco tu ada encik suami akak bagi tahu semalam.. Ala.. lepas ini dah tak adalah feveret place nak melepak makan kalau ke rawang or manjung.. huhuhu..
ReplyDeleteNTV7 pun dah tak ada ye.. Samalah dengan kak sha, best tengok kartun dan juga movie dekat channel ini.. Tapi skrg penuh dengan iklan CJ Wow Shop je..
Tesco ni antara tempat yang selalu Cik TK pergi. Beli barang, lepak kat foodcourt..huhuhuu...
ReplyDeleteNtv7 pun baru tau malam tadi, bila baca akan ada perasmian didiktv 17/2. Kenangan tu ntv7, dulu selalu layan shin chan, doraemon, kamen rider, anime dll
Cantik juga warna teal hihi.. tinggal kenangan aje la tesco dgn ntv7
ReplyDeletebab tesco i rasa mcm membazir gila..padahal now org byk perlukan duit.. bab ntv7! 100% agree
ReplyDeleteNTV7 dulu tertunggu tunggu spanar jaya...hahaha
ReplyDeleteTiada lagi jenama TESCO
ReplyDeletePerubahan demi perubahan...heheh..janggal pulak nak sebut lotuss.
ReplyDeleteBanyak yang berubah sekarang. Nugget tesco sedap
ReplyDeleteIkut pengalaman ke negara Thai dulu, jenama Lotus ni merata2 ada. Even macam kedai 7E pun jalan tau. Tak tau la kat sini macam mana pulak. Aish baru lepas memborong barang tesco aritu dah nak tukar nama. NTV7 tu ok la jadi tv pendidikan, kalau tak silap dulu TV2 ada buat tapi sekejap je.
ReplyDeleteTukar nama ya..penjenamaan seiring dgn peredaran kot..skg mall2 pn byk persaingan..kalau femes Inshaa Allah kekal lama :)NT7 udah x feel good tu yg tukor hehee ^_^
ReplyDeletetingat ntv7 yg mula2 dulu selalu ada MV. bla keluar MV artis kegemaran, rs nk melompat. yelah mn ada youtube jaman tu. kat sinilah puas melayan MV. kat rumah pulak x de astro... kiranya jd sebahagian hiburan yg akan kekal sbg ingatan bg sapa yg membesar dgn ntv7...
ReplyDeletebtw, point dlm kad tesco tu mcm mn pula ya?
tak pasti la pulak yang tu, mungkin kena tanya tesco takut burn pulaak. sayang la points dah banyak
DeleteNtv7 ni dulu tempat tengok siri Spellbinder, Sabrina dan kartun-kartun macam Shin Chan. Memang nostalgia
ReplyDeletedulu memang banyak siri dan tv show yg best di ntv7 pastu tak tahu kenapa jadi sendu je.
ReplyDelete