Pengarah : Kroll Azry, Faisal Ishak
Penulis Skrip : Nazri M. Annuar, Christina Tan Lay Ai
Pelakon : Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Namron, Nabila Huda, Keith Foo, Sharifah Sakinah, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Jasmine Kaar, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, Aloy Paradoks, Zamarul Hisham, Azri Sabri, Halim Radzi, Amir Nafis, Sabrina Ali, Fad Anuar
Genre : Aksi / Thriller / Jenayah
Jumlah Episod : 8 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020
Syarikat Produksi : Skop Productions
Penyiaran : iflix, WeTV
Trailer :
Masa dalam movie KL Gangster Underworld - Rise to Power, pengarah Faisal Ishak kata nak develop lebih banyak lagi relationship antara Madam Wong (Dynas Mokhtar) dengan Ayah Zan (Hasnul Rahmat) tapi ada perubahan pada skrip la kot sebab screentime Madam Wong tak panjang pun. Awal-awal lagi dia dah pergi ke Manila untuk tengok anak dia Riley dan cari siapa yang bunuh Siva.
Malangnya bila Madam Wong sampai ke Manila, dia kena culik dan dibelasah teruk kemudiannya diselamatkan oleh Vic (Sabrina Ali), kawan baik dia. Bila Madam Wong tak ada, Kuala Lumpur dah mula huru-hara bila Mat Letrik (Fad Anuar) letupkan beberapa kawasan dengan bom letupan buatannya. Banyak ketua kawasan susah nak terima Shah (Beto Kusyairy) sebagai ketua Kampung Baru sebab dia masih muda tapi Shah ada backup dari Tony M (Keith Foo) - ketua Kepong, Suri (Jasmine Kaar) – ketua Klang dan Mat Nor (Namron) dari Utara.
Lepas Tauke (Azhan Rani) kalah dalam perang dengan Madam Wong dalam drama KL Gangster Underworld Season 1, Adi (Zahiril Adzim) dapat pegang kawasan Cheras ditemani dua orang kanan dia – Lan Smart (Azri Sabri) dan Wan Chai (Aloy Paradoks). Tapi dalam episod 4, Tauke muncul buat surprise untuk semua orang yang pernah berperang dengan dia.
Elina (Ezzaty Abdullah) makin rapuh sebab anak dia, Cahaya malah bertambah lemah selepas kematian Mimi (Jasmine Suraya Chin). Shameen (Nabila Huda) cuba yakinkan Shah ada orang lain yang lebih bijak dari Tauke untuk perang kali ni dan Tauke tak kuat atau bijak untuk lancarkan perang di Manila juga Kuala Lumpur. Ada orang lain yang lebih bijak, lebih besar dan tunggu masa untuk muncul ambil takhta King.
Berbeza betul penceritaan Season 1 dengan Season 2 sebab penceritaan kali ni lebih kemas dengan banyak twist yang menarik. Watak pun dikembangkan dengan baik kecuali watak Elina lah. Baik season 1 mahupun season 2 dia tetap suka buat keputusan melulu tapi penulis build up balik character dia dengan cantik sebab avatar dia lepas kemurungan tu nampak berani. Combo pulak dengan Bad (Amir Nafis), rasa syok pulak tengok diorang jaga Kampung Baru.
Watak Shah agak tempered dalam Season 2 and nothing much he can do walaupun main lead. Hajat I termakbul lah lepas tengok Adi fight dengan Sherrina the Butcher (Daniella Sya) dalam perang Season 1. Best tengok watak dia naik jadi ketua Cheras dengan imej yang lebih cool and stylish. Stylist, props dan MUA did great job untuk serlahkan karakter setiap watak melalui wardrobe dan style masing-masing.
Sinematografi di bawah Skop Production makin cantik dengan panorama Kuala Lumpur baik di waktu siang mahupun malam yang sarat dengan kehidupan isi kota. Sharp visual dari Rahimi Maidin juga untuk action stunt dengan koreografi yang cantik hasil kreativiti Razib Salimin. Kalau Season 1 ada Sherrina, Season 2 ada 3 assasin perempuan sama hebat untuk kacau ketua-ketua kawasan di Kuala Lumpur. Memang puas hati la tengok fighting scene ni especially bila Bad muncul sebagai orang kanan Shah.
Gara-gara Shameen yang jaga Belut (Amerul Affendi) dalam Season 1, tak sangka Season 2 dapat tengok cute chemistry antara diorang berdua. Walaupun screentime Belut pendek tapi dia tetap menonjol dan redakan ketegangan dengan karakter dia yang kelakar.
Dekat penghujung drama ada rahsia yang Madam Wong jumpa dan bagitahu in person kepada Raja Utara (Zamarul Hisham) tapi disebabkan possibility untuk KL Gangster Underworld Season 3 takkan diwujudkan, maka terpaksa lah hidup dalam misteri. Semua pelakon dah merajuk sebab drama ni diciplak dan ditayangkan di Telegram dan Youtube sedangkan iflix dan WeTV jadi platform utama untuk menonton secara percuma.
Sayanglah sebab francais ni best dengan barisan pelakon yang hebat, stunt yang mantap dan skrip yang semakin bagus tapi kerana nila dua tiga titik, habis semua peminat francais ni tak dapat tengok. Agak kecewa jugak lah bila Beto umum yang dia dah taknak berlakon untuk Season 3 sebab ada watak-watak baru yang diperkenalkan berpotensi untuk dikembangkan oleh penulis dan pengarah macam Tony M, Suri, Liyana (Sharifah Sakinah) dan Bad.
Anyway, thanks untuk team production dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan francais KL Gangster Underworld. You guys deliver yang terbaik and this franchise will always be my favorite!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Tak tengok2 lagi...)000
ReplyDeletefirst of all ! blog new page!! Yay cantik :)
ReplyDelete2nd, alamak then if ada season 3 no beto la? padahal org tgk sbb beto.. hmmm
i love these series so much kalau stop, alahai sedih.. and hahaha my favorite belut ! lawak la diaaaa
wow...pelakonnya semua hebat hebat
ReplyDeleteNak tengok francais kk underworld ni tka kesampaian lagi hahahah ni dh nak start sem baru mmg tangguh lagi la jawabnya
ReplyDeletecite ni mesti best sebab ada beto. suka tengok dia berlakon. kalau doa takdak malas nak tengok hahaha
ReplyDeleteKesian kan bila takde Season 3 sedangkan pelakonnya semua power dan garapan yang semakin mantap. And I memang layan sebab Beto. Haha
ReplyDeletepelakon-pelakonnya semua best-best dan lakonan pun mantap. Suka cerita aksi macama ni, nak plak ada pelakon yang kita minat
ReplyDeleteTak tengok lagi cite ni, nampak dah masuk dalam iFlix.. berapa bukak pun belum rasa nak tengok, sebab takde geng nak layan.. nanti nak tengok juga laaaa
ReplyDeleteLine up dia menarik gila.. Semua hebat2.. I suka semua pelakon2 ni esp ezzaty je. Hahhahah nnt nak tgk lah
ReplyDeleteAla dalam iflix ke? Kena tengok ni. Macam best je cerita ni. Wajib layanzz..
ReplyDeleteOkay, ni reminds me untuk download WeTV skrg juga... ada few drama i kena tengok minggu ni.. :) sure menarik cite ni... tak sabar nak tengok and share my watching experience juga..
ReplyDeleteWow cerita gengster laaaa. Ada Beto confirm ramai suka tengok.
ReplyDeleteLast time I watched KL Gangster the movie. But I haven't watch this drama yet. Nampak menarik juga. Thank you for sharing.
ReplyDeleteWow.. Kl gangster yg baharu ye... Lama xtgok dato rosyam berlakon... Boleh tgk dekat mana ni..
ReplyDeleteSuka tengok barisan pelakon dalam siri ni, terutama Beto, Azhan Rani, Dynas & Sharifah Sakinah.
ReplyDeletepernah tk season yang pertama...so mmg looking forward nak tgk season kedua..suka dengan madam wong wlpun nampak jahat tapi dia baik juga sebenarnya
ReplyDeleteLama tak layan movie .. nampak macam best lak jalan citer season yang ni. Nanti nak layan sebab barisan pelakon bukan kaleng wooo
ReplyDeletekite tak sure dah penah tengok ke belum tapi katanya ni best sebab tak banyak tapi jadi kite leh tengok yang part original. boleh cari and tengok nanti!
ReplyDeleteMemang nak tonton tapj tak TERtonton lagi. Aduyai bila laaa ada free time. Suka movie melayu sebab karya anak tempatan memang best layan.
ReplyDeleteapa la buat 8 episode je drama takda ending langsung... banyak lagi maklumat yang beto nak kena cari kot...
ReplyDelete