3Ibu Molasses Herbs Cubes Part II

Sunday, 7 February 2021

Sebelum ni dah pernah up entry pasal kebaikan minum 3Ibu Molasses Herbs Cubes ni lepastu dapat tahu yang 3Ibu tambah lagi beberapa perisa and some of them are my favorites! 

3Ibu Molasses Herbs Cubes

For those yang tak familiar lagi dengan Molasses Herbs Cube ni apa benda sebab produk ni masih lagi baru, I'll explain a lil bit about it okay? 

Molasses Herbs Cubes ni sebenarnya minuman berasaskan herba yang diperbuat daripada gula molases yang dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Gula molasses atau lebih dikenali gula perang dihasilkan daripada tebu cuma proses pembuatannya tidak sama seperti menghasilkan gula putih. Khasiatnya juga berbeza. Bagi menghasilkan gula molasses, tebu diperah bagi mendapatkan cecair dan direbus berjam-jam sehingga likat kemudiannya dikeraskan mengikut bentuk kiub. 

Perbezaan Gula Molasses Herbs Cube Dengan Di Pasaran

Perbezaan yang ketara haruslah pada warna sebab gula molasses dengan gula putih masing-masing melalui proses pembuatan yang berbeza. Kebanyakan gula molasses di pasaran sebenarnya adalah hasil gula putih yang dicampur dengan sirap molasses yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses dicampur lebih gelap gula putih bertukar warna. 

Kelebihan Molasses Herbs Cube

i. Glycemic index yang lebih rendah

Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses-proses adalah lebih tinggi glycemic index. Molasses Herbs Cube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Makanya Molasses Herbs Cube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.

ii. Sedap dan berkhasiat

Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin juga minerals.

3Ibu Molasses Herbs Cubes diperbuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China. Ia tidak mengandungi kafein. Yang paling penting, ianya mempunyai kelulusan HALAL JAKIM.

Dekat entry sebelum ni dah share kebaikan consume 3Ibu Molasses Herbs Cubes tapi nak sembang lagi sebab benda baik kena share banyak kali kan? Biar orang sentiasa ingat haaa gittewww

So ni antara top 5 kebaikan consume 3Ibu Molasses Herbs Cubes ni and personally for me bila rasa perut bloated ataupun sakit kepala sebab stress memang mengurangkan supaya mudah nak buat rutin harian. Kalaupun tak sakit, lepas minum secawan boleh fokus buat kerja sebab anxiety dengan stress level dah berkurang. 

Earlier I cakap ada favorite flavors kan? So this is one of them, Chrysanthemum!! Geram je tengok bunga Chrysanthemum dalam satu bancuhan tu. Happy betul dapat bau dan rasa sebab bunga ni kan wangi dan sedap. Sekarang ni dah nak masuk musim panas kadang tu dah buka air-cond sampai 16 pun terasa bahang lagi. Imagine work in that temperature and stress! Bila pekena secawan Molasses Herbs Cubes Chrysanthemum boleh la sejukkan sikit badan sebelum mandi dan solat Maghrib. 


Dekat previous entry ada yang tanya '1 cube ok ke utk 1 jug? kalu utk 1 cawan rs mcm krg berbaloi...'

Jawapannya yesss satu cube boleh buat dalam satu jug tapi bukan jug besar tau nanti hilang rasa dia jadi tawar pulak. Kalau nak jimat boleh je potong satu kiub kepada pecahan 1/4 wahhh gittew sembang matematik. Dalam keadaan kita nak berjimat tapi nak sihat juga macam sekarang ni boleh je buat cara ni. I selalu minum dekat office buat dalam teapot share dengan kawan-kawan office. 


By the way untuk bezakan 3Ibu Molasses Herbs Cubes yang baru dengan yang lama senang je sebab warna pada sticker balang berbeza. Yang version original berwarna pink dan flavor baru berwarna hijau. Kuantiti masih sama, 1 balang ada 10 kiub dengan harga yang sama. Kalau berminat nak beli haaa boleh terjah Instagram Peacher Mosa

Bonus : Bersempena dengan Chinese New Year ni ada promosi tau dari 3Ibu Molasses Herbs Cubes siap pakej free shipping lagi. 



Kalau nak borong, sekarang lah masa yang tepat. Dari 1 Februari 2021 hingga 14 Februari 2021! 

11 comments

  1. how long dah u amal kan cube ni?

    ReplyDelete
  2. First time tengok cube minuman ni kat Taiwan. Diorang pun ada macam-macam cube minuman yang berkhasiat. Tapi since kita dah tak boleh travel boleh jer cuba produk tempatan nih yang tak kurang hebatnya. Nampak sodap pulak yang ada lavender tu.

    ReplyDelete
  3. nice sharing..kita ni memang kena jaga kasihatan dari awal..kang bila dah berusia, mula sakit2 badan kan

    ReplyDelete
  4. Oh wow.........this look like a good product to try. Baca review nie buat saya tringin pula nak cuba nyer. I'll check it out later. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. seriously molases ni looks good. dah la baik untuk kesihatan. thanks sharing

    ReplyDelete
  6. produk baru bagi akak, banyak betul produk yang bagus untuk kesihatan badan kan, tinggal kita jela nak buat pilihan yang terbaik

    ReplyDelete
  7. Masa first tengok ingatkan cookies: haha
    Sian la tak tau apa benda nie kan. Now dah tau terus nak try!

    ReplyDelete
  8. banyak juga flavor yang diorg offer, menarik!

    jemput join giveaway su ya!
    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/the-first-giveaway-by-thesuraya.html

    ReplyDelete
  9. wow menarik.. tak pernah jumpa lg brand ni. ada 9 cube rupanya

    ReplyDelete
  10. Adoi.. menariknya Farhana.. Teringin pula nak cuba lepas baca entry Farhana nie.. Tambah yang rose tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.