Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 8 : Hutan Dan Penunggunya
Sunday, 28 February 2021
Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja
Genre : Komedi / Seram
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020
Syarikat Produksi : Astro
Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand
Trailer :
Lepas serangan zombie dalam Episod 6 dan Episod 7, warga Kampong Pisang pergi bercuti di lubuk mengail ikan sebab Pak Idrus bagitahu dia dapat ikan besar dan segar dekat sana. Bakobar (Bell Ngasri), Pak Jabit (Aziz M. Osman), Cik Punama (Dewa Sapri), MA Madi (Adi Afendi), Cik Nab (Avaa Vanja), Cik Chun (Nazeera Sardi) dan ramai lagi yang join lengkap dengan peralatan berkhemah, makanan dan juga joran.
Dalam perjalanan ke lubuk ikan tu ada orang kampung dah berpesan kawasan situ keras tapi Bakobar loyar buruk dengan confident. Sampai je dekat situ Bakobar dah dapat dua ekor ikan besar, makin seronok lah masing-masing nak mengail ikan. Bila malam menjelma, Pak Idrus berjaga untuk first round. Bakobar dengan MA Madi pula kemudiannya bermula jam 12 malam.
Terkejut bukan kepalang bila mereka berdua jumpa Pak Idrus yang dah sejuk macam air batu. Habis riuh satu kawasan perkhemahan tu sampai bangunkan semua orang. Sementara yang lain pergi minta bantuan untuk bawa jenazah Pak Idrus keluar dari hutan, Bakobar, Cik Chun dengan MA Madi berjaga di situ.
Bukan setakat takut dengan Pak Belang, mereka diganggu dengan makhluk bertanduk dan juga perempuan cantik yang mengajak mereka mandi bersama.
Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya. Episod kali ni nampak pengarah fokus dekat watak Bakobar dengan MA Madi je. Walaupun ada cik Chun tapi screentime dia tak panjang dengan dialog yang boleh dikira berapa patah.
Visual dalam Episod 8 : Hutan Dan Penunggunya agak gelap sebab kebanyakan scene berada di dalam hutan pada waktu malam. Makhluk penunggu tu agak kelakar lah sebab at first ingatkan Ultraman Tiga pakai baju hitam yang datang ziarah. Tak dijelaskan pula tu makhluk apa macam episod-episod sebelumnya. Mungkin sebab tak ada watak Cik Purnama dengan Pak Din (Kazar Sairi) kot. Diorang je suka buka kitab sejarah dalam drama ni.
Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. Disebabkan episod ni diorang pergi bercuti, Ahmad Yassin pun kena heret sekali untuk nyanyi lagu sementara diorang pasang khemah.
Scene perempuan cantik mengilai tu agak seram jugak lah, bila dia menangis. Habis meremang bulu roma! Dah la tengok waktu malam sebab tak expect langsung episod kali ni seram sikit dari yang lain. Scene kelakar pun tak banyak sangat kali ni. Tak sabar nak tengok next episode sebab ada Hantu Kak Limah.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10