Reaching 30, Happy Birthday Akim Ahmad!

Tuesday, 19 January 2021

Tahun ni 90 kids dah masuk fasa baru, fasa 3 series haha! 18 Januari birthday Hang Nadim so ada pending post yang nak update tapi dah nak masuk setahun dah cerita ni.

Nothing much just cerita pengalaman pertama kali jumpa Akim in real life. Dalam ramai-ramai artis, artis yang I suka yang tak pernah jumpa. Well I pernah jumpa Anuar Zain tapi dia jalan laju sangat so I sempat bau perfume dia je haha

Sebelum press conference ni dah jumpa dengan 4G untuk drafting agreement tapi Hilmi pergi bawak balik gambar sipi Akim je. Apoooo

Masa Press Conference Konsert 4G Hilmi tak dapat join sebab ada meeting lain so En Fendy petik nama I yang menagih janji dia untuk bawa I jumpa Akim. 

‘Boleh ke join ni En. Fendy? Boss tak marah ke?’

‘Dia tahu lah you minat Akim, dia okay je. Kita gerak pukul 1 lah takut takde parking space nanti’

Sebenarnya saja je tanya padahal dah happy boleh join. Muka nampak tenang, dalam hati cenggini…

Tapi kena kawal jugak sebab takut tak dapat jumpa. Press conference kot, bukannya fan meeting. 

Since kitorang sampai awal, belek-belek tentative dulu, sembang-sembang dulu. Dah nak dekat pukul 2 tu ternampak dekat tangga Akim datang masuk kawasan press conference. Damn, superstar habis dengan rambut flowy kena angin macam dalam movie. I was starstruck! Tapi betul la ada angin sebab open space hahaha

Makin bersinar Akim di mata ni sebab dia datang dari pintu depan lepastu sapa semua orang dari meja pendaftaran, ke meja-meja media dan tetamu VIP. Semua orang kecuali I, sebab I tersorok sikit di sebalik En Fendy. K tipu, I tengah busy nak buat live IG tapi hp hang pulak hmmm  tahu tahu Akim dah pergi meja sebelah. 

Lepas dah habis greet semua orang, dia join geng 4G yang lain dekat bahagian luar dewan untuk bergambar. Tentatif bertukar sebab ada VIP yang belum sampai so they let all media and guests makan dulu. 

Tough to be Akim I bet sebab nak makan pun tak senang bila ada fans datang kacau padahal dia dah greet akak tu. Banyak kali jugak lah datang dekat Akim untuk buat IG live lah, bergambar lah, sembang lah. [This is me being jealous over something I don’t have or get?] 

Nasib baik hp I tak buat hal masa record video 4G menyanyi ikut turn lepastu dah start press conference session and I dapat ambik gambar banyak gila sebab menyelit dekat bahagian media. Over! 

Masa sesi interview dengan pihak media pun duduk depan jugak sebab nak tengok Akim punya pasal. Bila tengok sendiri geng 4G kena interview dengan semua media macam Melodi, Berita Harian and others which I can’t recall sebab benda dah lama, I rasa macam kesiannya diorang kena ulang statement dengan jawapan yang sama je. Lain media, lain video diorang kena shoot untuk slot dalam TV nanti. 

Bila dah cemuih tunggu sesi interview habis, I balik duduk dekat meja plan dengan En. Fendy macam mana caranya untuk bergambar dengan Akim. Bila masa yang tepat untuk approach Akim? 

‘Japgi Akim nak pergi merokok, I pergi join sekali pastu I tanya dia la boleh bergambar tak.’

‘Okay cun!’

Tapi bila Akim pergi merokok, akak yang dekat meja tu datang lagi lepastu dia introduce pulak someone yang pandai menyanyi dekat Akim. Rokok En Fendy pun dah habis sebatang dah. Gagal. 

Masa tu dah jam 4.30 dah. Event habis jam 5. 

Kalau tak dapat bergambar pun redho je lah, memang nasib malang betul seorang Pana. 

Tiba-tiba teringat ada agreement nak kena pass dekat geng 4G so kitorang approach En. Paul supaya boleh jumpa dengan 4G untuk sign acknowledgement. And yesssss En Fendy jadi photographer untuk ambik gambar dengan Akim! 

Bonus : Photobomb dengan Black

Bila dah happy dapat bergambar terus lupa ada misi lagi satu. Nak dapat sign Akim. So pusing balik jumpa Akim. Sementara dia tengah sign tu I bagitahu dia dulu pernah request dekat Twitter mintak dia belanja lagu Warkah Untukmu sebab dia komposer lagu famous Ara. 



Akim ohhh kan je tapi I tahu dia tak ingat pun. 

Sebelum gagak keluar, I bagitahu suka tengok video Stacy masak dekat Youtube. My favorite is Sup Ayam Rebung. Sedappp! 

‘Oh, masa masak tu buat guna rebung apa?’

‘Guna rebung biasa je.’

‘Cuba try guna rebung dari Sabah sebab rasa dia lagi sedap dari rebung dekat sini.’

‘Really?! Okay, nanti I try order rebung dari sana. Thanks Akim!’

‘Thanks jugak tengok video dia.’

Dah happy dapat bergambar dengan signature tu dah lega tahap petala lepastu masa menyembang dengan client dia tanya dah bergambar dengan Akim ke belum. Even dah cakap dah pun, dia panggil Akim untuk bergambar lagi. Akim okay je senyum macam awal awal tadi. I was like damnnn dia punya fan service memang letops! 

Tak macam artis BBNU tu, datang pun lambat, bila bergambar kekwat suruh cepat padahal memang fan meet session kot T.T

Sepatutnya bulan 12 haritu geng 4G datang office sign agreement tapi cancel last minute sebab apa entah, lupa dah. Sekarang dah PKP memang terkubur lah harapan nak jumpa lagi. 

Anyway, happy birthday Akim! Semoga fasa 30-an ni menjadi fasa untuk Akim lebih sukses sebagai komposer, penyanyi, pelakon, produser Rhythm & Rhyme Entertainment dan mentor dalam industri hiburan. Mungkin boleh jadi komposer atau penyanyi untuk negara luar pulak. Who knows kan? Talented people macam Akim boleh campak dekat mana-mana pun, tetap jadi bintang. Gitteww! 

18 comments

  1. sampai kte pun rasa happy feeling sis tu dapat jumpa akim ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh shukerrr la tu dik pana kita niiii.. Kita baca pun tersenyummm2... Ehhh apakesss

    ReplyDelete
  3. apahal la phone nak hang time time peak mcm tu .. ishhhh!!
    but goshhh !!! bestnya dpt jumpa.. and handsome gila dia skrg kan !
    jealous jealous

    ReplyDelete
  4. bagusnya dia punya fan servis.. memang humble habislah..

    ReplyDelete
  5. peh..ini betul betul fanatik akim ni...mana tau boleh muncul dalam muzik video lagu akim..

    ReplyDelete
  6. bestbya dapat jumpa akim. sanah helwah akim. suka tengok dengan akim and stacey

    ReplyDelete
  7. Akim and Stacy adalah antara artis yang sempou pernah Rawlins jumpa. Pernah gurau2 dengan Stacy sekali Akim masuk kacau hahaha
    Comel dedua nie

    ReplyDelete
  8. Wah peminat ya.. hahahah.. kita suka juga lagu2 dia.. best.. akim antara penyanyi malaysia yg boleh tahan lama dlm industri

    ReplyDelete
  9. wahh dpt bergamba ngan Akim! :D

    ReplyDelete
  10. Lain betul muka Aqim sekarang kan, nampak muka kebapaan dah..
    Happt birthday to you Aqim..
    Sis boleh bayangkan kalau konsert mereka berempat ni menjadi...perghhhh meletop.. mantop.. gandingan hebat...

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Akim semoga terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. Wah bestnya dpt wishes from him terus and signature 👍👍sure happy giler kan..

    ReplyDelete
  12. boleh tak sy cakap... ni kipas susah mati Akim? #gurau hehehehe happy birthday Akim ;-)

    ReplyDelete
  13. Wah seronoknya dapat jumpa artis yang kita paling minat, kan? Saya suka juga tengok Akim ni, terutama bila dia jadi juri program realiti tv. Komen2 yang bernas dan matang.

    ReplyDelete
  14. Ala muda lagi baru cecah 30 puluh masih banyak lagi perjalanan kehidupan dan career kat luar sana. Semoga tarikh ulang tahun ini buat akim and team lebih berjaya dalam dunia seni..

    ReplyDelete
  15. that is a really cute story of your first meeting with him, so much fangirling going on! happy birthday to your idol!

    ReplyDelete
  16. Happy Birthday to him! He looks cute even though already 30 this year. Nice to meet and greet and selfie with idol!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.