Movie Review | Saka Nan Sepi

Friday, 8 January 2021

Pengarah :  Razaisyam Rashid, Azri Azman

Penulis Skrip : Fatimah Ruzaimi, Razaisyam Rashid, Azri Azman

Pelakon :  Syafiq Kyle, Mimi Lana, Namron, Sherry Alhadad, Han Zalini, Ayie Hushairi Husin, Fadhli Masoot, K En Ridzuan, Tapai Faisal

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan :  minit

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020

Syarikat Produksi :  Astro Shaw, Alpha47 Films

Pengedar :  Astro First 

Trailer :

Othman (Namron) sekeluarga pergi berkhemah di hutan untuk spend time bersama bila anak-anak dia tak dapat terima kehadiran isteri baru dia, Zaiton (Sherry Alhadad). Masa Rozi (Mimi Lana) pergi ke kawasan yang terletak jauh sedikit untuk hisap ganja, dia ternampak saka (Han Zalini) tiba-tiba sahaja muncul di hadapan dia. Apa lagi, menjerit sakan lah dia walaupun tengah high.

Othman yang tengah leraikan pergaduhan antara Zaiton dengan anak lelaki dia, Mohd Sufian (Syafiq Kyle) terus bergegas ke sana. Rozi yang pengsan tiba-tiba bangun dan asyik tersengih sepanjang masa. Sufian syak gara-gara ganja tapi Zaiton rasa Rozi disampuk dan gesa suami dia bawa Rozi berubat dengan bomoh. Keesokan paginya pun perangai Rozi lain macam. 

Bila bawa berjumpa dengan Tok Kasim (Ayie Hushairi Husin), Rozi pulih seperti biasa dan saka tersebut dijadikan hamba kepada bomoh tersebut. Tugas dia untuk mengganggu mereka sekeluarga supaya tok bomoh dapat duit lebih setiap kali mereka datang berubat. 

Saka yang takut dihapuskan dari dunia manusia terpaksa menurut sahaja arahan tok bomoh yang tamak tu. Tapi bila dia ke rumah mereka berempat, lain pula yang jadi sampaikan saka diambil menjadi keluarga angkat. Tok bomoh yang geram dikhianati berhasrat untuk balas dendam. Selamat tak saka dari cengkaman Tok Kasim kena tengok lah movie seram komedi arahan Razaisyam Rashid dan Azri Azman ni dekat Astro First. 

Movie Saka Nan Sepi ni walaupun berkenaan dengan saka tapi tak ada lah seram mana pun sebab watak saka dia lemah lembut dan rindu dengan keluarga. Sebab tu dia suka sangat dengan keluarga Othman ni, sama macam keluarga dia dulu. Mesej kekeluargaan pun mendalam dalam movie ni especially second half bila semua watak sebenarnya impikan keluarga yang bahagia dan jadi makin rapat sebab saka datang kacau. 

Movie Saka Nan Sepi ni adalah movie kedua Mimi Lana dengan Syafiq Kyle bekerjasama dengan pengarah dan penulis Razaisyam Rashid selepas movie Pusaka (2019). Cumanya situasi, mood dan watak yang berbeza. Dalam Pusaka diorang jadi adik-beradik yang rapat, genre seram yang buatkan bulu roma berdiri tegak penuh dengan rasa saspen tapi dalam Saka Nan Sepi, Rozi dengan Sufian bukan rapat pun. Tapi okay lah sebab diorang pun baru lepas putus masa ni so tak banyak lah screentime bersama.

Suka tengok Namron dengan Sherry sebagai pasangan suami isteri. Tak sangka menjadi betul bila diorang ber my love, honey bagai onscreen. Tak nampak kekok langsung walaupun ketara betul beza usia tu. Tak tahu lah magis apa pengarah Razaisyam ni guna sebab pelakon yang hambar berlakon pun boleh pandai berlakon bila kerja dengan dia. 

Visual dari Zulkefli Zain pun cantik dengan lighting dan sinematografi walaupun cuma shoot di beberapa tempat sahaja seperti hutan, rumah Othman sekeluarga, rumah Tok Kassim dan fun fair. Busana dari Norzamri Ghazali juga patut diberi pujian sebab pakaian yang dikenakan sesuai dengan karakter watak-watak utama. Busana watak Razak (Fadhli Masoot) nampak klasik walaupun muncul sekejap tapi mencuri perhatian. Tak pasti lah latar masa movie ni masa bila sebab ikutkan pakaian dan visual tone macam 90's even props dan decoration pun more to 90s tapi kereta Naza Citra keluar tahun 2006. 

Walaupun movie Saka Nan Sepi ni ada banyak strong point tapi personally for me masa second half tu garapan dan penulisannya tak berapa kemas dan draggy bila beberapa dialog diulang untuk tanam mesej dekat penonton. Ada juga scene komedi yang tak menjadi punchline dia tapi overall okay lah fun je movie ni untuk tontonan keluarga. Tahniah Saka Nan Sepi, movie kedua paling banyak ditonton di Astro First. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

7 comments

  1. mcm best.. sesuai utk tontonan keluarga pd weekend kan?

    ReplyDelete
  2. ni antara movie seram yang tak seram... ok la bagi akak best juga, kelakar layan cuma rimas asyik bergelap je, sampai kadang fikir tak boleh ke bukak lampu terang sikit...

    ReplyDelete
  3. seram tak seram jer ... ok menarik

    ReplyDelete
  4. tgk tayangan perdana je..tak sempat lagi nk tgk yg full movie..tapi baca ni cam best je..lawak

    ReplyDelete
  5. macam best. kot ada time boleh tngok nnt. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  6. Namron mmg best and real lakonan dia kan, cuma dlm KL gangster underworld saja nampak dia kekok ><

    ReplyDelete
  7. Ok mcm best ja baca walaupun ada part boring2 kan... Nnt nk cari tgk jugak la... Sbb akk suka shery tu dgn namron berlakon

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.