Movie Review : Night of the Undead

Wednesday, 6 January 2021

Director : Shin Jung-Won

Writer : Jang Hang-Jun, Shin Jung-Won

Cast : Lee Jung-Hyun, Kim Sung-Oh, Seo Young-Hee, Yang Dong-Geun, Lee Mi-Do, Lim Chae-Seon 

Production Company : TCO

Distributor : TCO

Genre : Comedy / Thriller

Running Time : 110 minutes

Release Date : 29 September 2020

Trailer :

Sebab baca review Kak Sha, terus rasa nak tengok sebab sinopsis dia kelakar. Mengisahkan Man Gil (Kim Sung-Oh), seorang suami yang perfect kepada So Hee (Lee Jung-Hyun). Tapi kalau dah perfect serba-serbi ni mesti ada something yang fishy kan? 

Sama juga la dengan Man Gil ni bila kantoi lepas dapat mesej dari perempuan siap bagi emoji love. Isteri mana yang tak makan hati. Lepas geram baca text tu, So Hee upah Dr. Jang (Yang Dong-Geun) untuk siasat siapa perempuan tersebut. Malangnya bukan seorang tapi ramai sangat perempuan yang jadi teman berfoya Man Gil dari siang sampai ke malam. 

Tapi ada satu benda yang pelik tentang Man Gil hasil dari risikan Detektif Jang bila Man Gil minum petrol di stesen minyak sebanyak 30 liter. Disebabkan So Hee tak percaya, dia dibawa bersama untuk jadi saksi kejadian pelik tu. Actually dekat awal movie dah tunjuk ada alien yang jatuh ke Bumi cumanya tak tahu siapa gerangannya. So bila dapat tahu Man Gil minum petrol ni, dah boleh teka dia lah makhluknya. 

Tapi tak dijelaskan apa motif dia datang ke Bumi atau apa misi dia. Teori konvensyen para pemimpin beberapa negara besar, Man Gil turun untuk kumpul DNA manusia supaya boleh replicate dan adapt dengan penduduk Bumi. Agak pelik lah sebab Man Gil dah berkahwin 4 kali so should be dah cukup untuk dia tahu sistem manusia. Tak diceritakan juga kenapa Man Gil nak bunuh So Hee sedangkan mereka berdua hidup bahagia. 

First half kelakar bila director cuba tunjuk identiti sebenar Man Gil kepada watak So Hee yang naïf dan sayangkan suami dia. Bila masuk second half ada beberapa babak yang tak penting dan draggy sampai hilang rasa kelakar ataupun thrill. Walaupun genre dia thriller, tapi tak ada scene yang thrilling atau saspen pun. Cuma terkejut je lah bila Man Gil muncul untuk bunuh So Hee. Ending pun makin merepek dan nampak tergesa nak habis. 

Watak Se Ra (Seo Young-Hee) dan Yang Sun (Lee Mi-Do) tambah mood kelakar di samping So Hee walaupun berbeza karakter. Mereka bertiga jadi rapat pun kerana kehadiran lelaki-lelaki yang tak guna dalam hidup. Watak kawan-kawan Man Gil pula tak ada apa sangat pun yang mampu diorang buat sebab cuma jadi props untuk highlight machoism Man Gil sebagai ketua. 

Bab visual pun sama bila first half nampak cantik tapi masuk second half dah macam kartun lah especially action stunt scene antara Man Gil dengan special agent yang muncul tiba-tiba dalam cerita. Watak dia quite predictable tapi tak menambahkan apa-apa impak baik pada penceritaan ataupun mood cerita. Hambar teruk sedangkan penulis skrip Jang Hang-Jun adalah pengarah untuk movie mystery thriller Forgotten (2017).

Movie atau drama Korea tak sah kalau tak show off teknologi. Sama juga dengan movie Night of the Undead hasil sutradara Shin Jung-Won ni bila ada scene Yang Sun sorok Dr. Jang dalam clothes machine. Tak dijelaskan lah apa fungsi dia tapi design dia cantik sangat. Tu belum tengok masa Man Gil memasak bila dia suruh smart speaker dia tunjuk resipi then keluar dekat fridge display. Amazed teruk! 

Overall movie Night of the Undead just a one-time watch for me sebab komedi yang dipaksa dan beberapa screenplay juga try hard untuk impress audience. Watch at your own risk. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

6 comments

  1. Haha lawak part minum petrol tu

    ReplyDelete
  2. saja nak suruh orang beli smart fridge tu kan ...

    ReplyDelete
  3. alamak, bila try hard nak buat lawak tu jadi tak lawak.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. bla ada kang sung ho mesti best hehehe suka dia since fight for my way haha

    ReplyDelete
  5. minum petrol tu mmg kelakar tapi tak pasti nak tonton ke tidak nii sbb kalau almost the end tu mcm tak berapa best bila too much try hard kan

    ReplyDelete
  6. cerita korea ni selalu out of the box storyline nya...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.