Movie Review | Master (2021)

Sunday, 31 January 2021

Director : Lokesh Kanagaraj

Writer : Lokesh Kanagaraj

Cast : Vijay, Vijay Sethupathi, Arjun Das, Malavika Mohanan, Shanthanu Bhagyaraj, Andrea Jeremiah, Gouri G. Kishan, Master Mahendran, Master Poovaiyar

Production Company : B4U Motion Pictures, Seven Screen Studio, X.B. Film Creators

Distributor : Seven Screen Studios, Amazon Prime Video

Genre : Action / Crime / Thriller

Running Time : 179 minutes

Release Date : 13 January 2021

Trailer :

Kisah bermula dengan berlatarbelakangkan latar masa pada tahun 2012 bila keluarga ketua persatuan pemandu lori dibakar hidup-hidup di dalam rumah sementara anak mereka, Bhavani (Master Mahendran) jadi saksi dari sebuah bangsal tak jauh dari situ. Dia merayu supaya tak dibunuh dan berjanji akan tutup mulut. 

Bhavani dibawa ke penjara juvana dan didera setiap hari tanpa belas. Bila fizikal dia semakin kuat menampung sakit dipukul setiap hari, dia lari dari penjara kemudiannya minta tempoh masa satu minggu untuk bawa duit pengeras. Plan dia untuk seludup dadah dan arak melalui lori berjaya kemudiannya naik sebagai ketua sehingga lah Bhavani (Vijay Sethupathi) besar dan balas dendam kepada pembunuh-pembunuh keluarga dia. 

Beralih kepada watak JD (Vijay), seorang kaki mabuk yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kampus dalam major Psikologi menjadi kesayangan semua pelajar di situ sebab selalu berpihak kepada kebajikan pelajar. Tapi bila cadangan dia untuk wujudkan pilihanraya kampus telah gagal, dia digantung kerja selama 3 bulan dan dipindahkan ke penjara juvana. 

Baru sehari dekat sana, sudah ada kes pembunuhan dua beradik yang cuba minta bantuan dari JD untuk keluar dari perangkap Bhavani. Tersedar dari ketagihan dia, JD bersumpah akan balas dendam terhadap Bhavani dengan bantuan Undiyal (Master Poovaiyar) dan Charu (Malavika Mohanan).

Pertama kali dua Vijay digabungkan dalam satu movie action, sana sini ada status pasal kehebatan movie Master. 15 minit awal movie Master bergerak cantik dengan jalan cerita yang menarik dan bentuk watak Bhavani sebagai villain yang kejam dari kisah silam dan kelicikan dia untuk naik ke atas. Tak perlukan masa yang lama pun untuk dia tumpaskan musuh dia, cukup dengan satu tumbukan padu tepat ke rusuk. 

Berbeza dengan watak Vijay yang hilang dalam dunia khayalan bila watak pensyarah mabuk sepanjang masa dipandang tinggi oleh para pelajar. Dia ada kisah sedih untuk justify ketagihan dia tapi tak sekuat cerita Bhavani dan penceritaan tu tak diadun dengan kemas walhal rahsia tu yang dinanti dari first half lagi. Berbeza dengan Bhavani, JD ambil masa yang lama untuk action stunt dia dan mengikut rencah masala dengan tumbukan angin melayang and all the clichés stunt attached. Scene Vijay bertemu Vijay pun rasa lemau sebab dah nampak hala tuju pengarah ke mana. 

Kalau dekat first half ada scene feminism yang diangkat oleh pengarah dan penulis Lokesh Kanagaraj bila Savitha (Gouri G. Kishan) menang pilihanraya dengan bawa revolusi dan masa depan cerah instead of misogynist and chauvinist leader, Bhargav (Shanthanu Bhagyaraj). Dekat second half pula JD ejek nama Bhavani sissy. 

Inconsistency ni sama dengan scene emosi JD bila dia bagitahu tentang keadaan mayat dua beradik tu dalam keadaan mengerikan padahal tak sama pun dengan apa yang dia sembang. Lakonan dia agak kayu dan try hard untuk emotional scene so rasa sedih tu tak timbul langsung. Woke speech dia dengan tahanan juvana pun nampak kelakar sebab dia bagi kesedaran kepada drug addict yang consume dadah dengan arak hari-hari.

Ada juga scene Charu mengeluh pasal candlelight dinner padahal JD ajak jumpa waktu siang dekat kedai makan. Tengok gaya terang tu macam tengahari. Scene JD lukis bentuk ladam kuda pun agak meragukan sebab dari awal cerita Bhavani cuma ambil budak lelaki sebagai tawanan dia. Kenapa entah lukis dekat tangan perempuan yang berpakaian macam movie star. Kalau dia nak tengok reaksi watak-watak tertentu, baik dia lukis dekat tangan dia je. Buang masa sebab meleret.

Kenal Malavika Mohanan dalam movie Beyond The Clouds (2019) dengan kekuatan lakonan tapi dalam movie Master dia cuma jadi cantik untuk screentime yang sangat pendek dari 179 minit tu. Watak Vaanathi (Andrea Jeremiah) pun tak diberikan ruang untuk menyerlah dan kepakaran dia dicuri oleh JD untuk impress fandom Vijay.

 

Banyak scene yang meleret dan tak perlu dimasukkan pun dengan dialog yang merepek dan tak masuk akal, lenguh juga tunggu movie Master ni habis. Kekuatan movie ni hanya pada lakonan Vijay Sethupathi sebagai villain jenis no nonsense dan menggerunkan, sinematografi dan beberapa shot yang cantik juga music album dan background score yang menghidupkan suasana. Tapi ketuk pinggan besi keluar bunyi dhol tu tak boleh terima dek akal langsung. Untuk entertainment semata boleh la nak layan. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

6 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.