Movie Review : Manorama Six Feet Under

Sunday, 3 January 2021

Director : Navdeep Singh

Writer : Devika Bhagat, Navdeep Singh

Cast : Abhay Deol, Raima Sen, Gul Panag, Sarika, Raima Sen, Kulbhushan Kharbanda, Vinay Pathak, Nawazuddin Siddiqui, Jogi

Production Company : Shemaroo Entertainment

Distributor : Shemaroo Entertainment, Netflix

Genre : Crime / Thriller / Drama

Running Time : 138 minutes

Release Date : 21 September 2007

Trailer :

Diinspirasikan dari movie Chinatown (1974), movie Manorama Six Feet Under arahan Navdeep Singh di bawah production house Shemaroo Entertainment ni mengisahkan tentang penulis amatur Satyaveer Singh Randhawa (Abhay Deol) yang pernah terbitkan novel penyiasatan berjudul Manorama. Malangnya hanya 200 buah terjual lantas dia memilih menulis untuk majalah kecil tapi digantung kerja kerana menerima rasuah. 

Dulu SV rasa yang dia akan jadi penulis famous tapi hakikatnya dia makin hilang arah tuju dalam hidup dia. Isterinya, Nimmi (Gul Panag) mula menyampah dengan suami dia dan mengungkit dia pernah tolak lamaran orang kaya untuk kahwin dengan SV. Kawasan perumahan dia di Lakhot, Rajasthan, India dah 3 tahun lamanya tak hujan. Ahli politik P. P. Rathore (Kulbhushan Kharbanda) pula berjanji akan buat projek pembinaan terusan. 

‘Lakhot. You might have heard of the place, maybe in a newspaper, ages ago.’ - SV

Satu hari SV didatangi seorang perempuan (Sarika) yang perlukan bantuan dia dek kerana novel Manorama. Katanya dia adalah isteri kepada P.P. Rathore dan syak suami dia ada hubungan sulit di farmhouse. Dia perlukan SV untuk ambil gambar bukti kecurangan tersebut dengan bayaran sebanyak Rs20,000. SV setuju dan nampak sendiri pergaduhan antara P.P. Rathore dengan perempuan muda. 

Beberapa hari selepas kerja dia selesai, perempuan tersebut datang kembali tapi dengan identiti sebenar iaitu Manorama dan bagitahu yang nyawa dia dalam bahaya. Apa pun yang terjadi pada dia, SV perlu ingat nama dia Manorama dan umur dia 32. Keesokannya Nimmi bagitahu perempuan tersebut mati dilanggar trak di highway. 

SV tahu Manorama dibunuh dan kematian dia ada kaitan dengan P.P. Rathore jadi dia pergi siasat latar belakang Manorama dan terjumpa Sheetal (Raima Sen), roommate Manorama. Sejak dari hari tu, keselamatan SV terancam dan orang upahan P.P. Rathore -  Chaila (Nawazuddin Siddiqui) dan Fauji (Jogi) minta dia serahkan gambar. Abang ipar dia, Birj (Vinay Pathak) larang untuk jauhkan diri dari kematian Manorama sebab orang biasa tak akan mampu lawan orang politik. Tapi SV tetap dengan kedegilan dia. 

Walaupun ni debut movie pengarah penulis Navdeep Singh tapi penceritaan Manorama Six Feet Under cantik tersusun dengan plot twist jenayah yang diketahui oleh Manorama. Watak Sheetal dengan scene Manorama bagitahu nama dengan umur dia tu agak predictable tapi untuk movie yang diterbitkan pada tahun 2007, I guess that’s okay. 

Screenplay pun bagus walaupun simple dan dengan bajet yang terhad macam scene Manorama berjumpa dengan SV pada malam kejadian dan dalam kegelapan malam dia dedahkan rahsia yang sebenar identiti dia. Rahsia yang dia pegang agak besar dan hitam dan hidup SV kemudiannya akan berubah menjadi gelap sebab diselubungi dengan kejahatan. Ataupun scene SV berbincang dengan Sheetal sambil bersihkan akuarium. Walaupun pandangan mata jelas tapi identiti Sheetal masih lagi terlindung dan terjaga. It just brilliant for me. 

Pemilihan para pelakon utama dipilih oleh pengarah Navdeep Singh sendiri sebab dia nak pelakon yang sesuai untuk deliver watak dalam movie Manorama Six Feet Under dengan baik. Movie crime thriller ni antara movie terbaik dalam karier lakonan Abhay Deol dan dapat pujian dari critics walaupun kutipan box office tahap sederhana je sebab Indian audience zaman tu masih belum mampu terima experimental film. Thanks to Netflix, movie ni akan sentiasa jadi pilihan untuk yang suka dengan genre thriller. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

17 comments

  1. waaa story line dia nampak best gila and u bg 10/10 means its good

    ReplyDelete
  2. wow.. thriller.. menarik untuk ditonton..

    ReplyDelete
  3. Hehehe sengih sengih akak baca. Kalau review dari Farhana memang best. Rasa nak tengok sekarang. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Berdebar pulak baca..pandai you tulis review 😝 Nak tengok movie ni, takde Netflix pulak kat rumah 😭😭

    ReplyDelete
  5. aduhhh movie review lagiii. yang haritu pun belum sempat tengok hehe. menarik lah cite ni. ok done bookmark

    ReplyDelete
  6. Suka cerita fijsyen thriller mcm ni. Makin panjang list filem tamil nak tonton

    ReplyDelete
  7. Wow, menarik juga jalan cerita filem ni.. walaupun simple cinematography dia, but still you rate them 10/10. Really good then..

    ReplyDelete
  8. Apa yang dlm filem or drama dorang, itulah realiti berlaku kan. Org berpengaruh mesti menindas org biasa. I rasa cite ni lg best dr drama melayu. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Baru lepas nengok satu filem review Farhana buat tu, lupa plak tajuknya yang Anil Kapoor tu.. nanti nak tengok lain pulak.. yang ni pun boleh try..

    ReplyDelete
  10. seronok baca movie review ni. teringin nak tengok sendiri nanti. teruskan tulis review yang best2!

    ReplyDelete
  11. Wah, menariknya sinopsis filem ni. Saya suka crime thriller, dan ditambah pulak dengan unsur politik. Lagipun, saya pernah sampai ke Rajasthan tu. Mesti best dapat tengok semula tempat2 yang saya dah pergi.

    ReplyDelete
  12. wow, can see that this is going to be an action-packed movie even just from the screenshots you shared. thanks for the beautiful review!

    ReplyDelete
  13. Agaknya apa yang berlaku di ending movie ?? hurrmmm part ni yang selalu ditunggu kan ? Filem aksi sure mendapat tempat dihati penonton

    ReplyDelete
  14. I don't really watch movie like for so long, but thanks for sharing! I believe my late-grandma will love this!

    ReplyDelete
  15. Saya nak tengok movie Tamil ni memang tak minat sangat tapi kalau sekali sekala saya akan baca kat blog ni kerana kat sini ada review yang boleh buat kita faham jalan ceritanya best lah sangat berguna...

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing movie review. Will check it out.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.