Movie Review | Luck By Chance

Sunday, 10 January 2021

Director : Zoya Akhtar

Writer : Zoya Akhtar

Cast : Farhan Akhtar, Konkona Sen Sharma, Alyy Khan, Juhi Chawla, Rishi Kapoor, Hrithik Roshan, Dimple Kapadia, Isha Sharvani, Sanjay Kapoor

Production Company : Excel Entertainment

Distributor : Excel Entertainment, Big Pictures

Genre : Drama

Running Time : 156 minutes

Release Date : 30 January 2009

Trailer :

Dah lama cari movie Luck By Chance arahan dan tulisan dari Zoya Akhtar ni sebab ramai yang bagi positive reviews. Even movie ni dah lama tapi sampai sekarang orang tetap petik movie ni sebagai contoh. Mungkin sebab berlatarbelakangkan dunia sebenar industry Bollywood kot. Lagipun movie ni movie debut Zoya sebagai director dalam Bollywood. 

Di awal movie lagi dah ada scene Sona Mishra (Konkona Sen Sharma) datang untuk audition kemudiannya diambil menjadi perempuan simpanan produser Satish Chowdhury (Alyy Khan) sebab casting couch memang berleluasa dalam industri. Kes ni cuma terjadi pada outsider je sebab starkid dah ada kabel besar untuk masuk berlakon macam watak Nikki (Isha Sharvani), anak kepada pelakon terkenal, Neena (Dimple Kapadia).

Sona kemudiannya berjumpa dengan Vikram Jaisingh (Farhan Akhtar) yang baru sahaja tamat dalam acting class dan jatuh cinta. Disebabkan Sona hantar gambar kepada Satish, Vikram terpilih berlakon sebagai hero dalam movie Dil Ki Aag lepas Zaffar Khan (Hrithik Roshan) untuk berlakon dalam movie Karan Johar. Lagipun Zaffar rasa skrip movie director Ranjit (Sanjay Kapoor) tu merepek. 

Puas Romy (Rishi Kapoor) pujuk tapi dia tetap juga tak nak. Sama juga dengan pelakon-pelakon terkenal lain macam Abhishek Bachchan, John Abraham, Ranbir Kapoor, Vivek Oberoi dan Akshaye Khanna. Isteri dia, (Juhi Chawla) cadangkan dia cast pelakon baru iaitu Vikram. Macam mana cara semua pelakon tolak dalam movie ni actually macam tu la juga cara diorang yang sebenar. Macam Ranbir Kapoor cakap kita try dalam movie lain tahun 2015 nanti. Abhishek pula tolak cara baik lepastu tutup conversation dengan petik nama ayah dia – ‘Daddy say Hi!’.

Watak Romy ni suka benar percayakan astorologi, sama la dengan beberapa orang dalam industri yang tukar nama, nak berlakon hari apa ataupun buat something yang pelik atas saranan astrologi. Ada juga scene di mana Sona menyembang dengan penulis majalah, Tanveer (Ashish Sawhny) pasal Zaffar nak keluar dari movie. Dari situ lah terjadinya blind item dalam beberapa gossip website Pinkvilla, Bollywood Life dan lain-lain tentang artis, movie dan production team. 

Dalam movie ni ada ramai cameo dari orang industri sebab shoot pasal dunia filem kan macam Aamir Khan, Rani Mukherjee, Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Karan Johar, Dia Mirza, Anurag Kashyap, Mushtaq Sheikh, Javed Akhtar, Shabana Azmi, Boman Irani, Manish Malhotra, Mac Mohan,, Rajkumar Hirani dan Ronit Roy. Scene SRK lepak dekat bar dengan kawan dia kemudian terjumpa Vikram dan bagi advice jangan lupa kawan masa susah dulu actually real life advice dari dia sebab SRK bawa Mushtaq Sheikh yang support dia masa susah dulu. 

'Vikram, stardom is cocktail...fame, power, money. It can be dangerously intoxicating. But I learn one thing early in my life. Never forget the people who were with you when you're nobody. Because only them will be true to you' -  SRK

Scene Karan Johar bagitahu Zaffar Khan pasal Vikram dapat peluang untuk debut dalam movie besar lepas Zaffar keluar tu actually bitter truth about outsider. Dari peluang ni juga lah Amitabh Bachchan dengan SRK dapat berlakon dalam commercial movies sebagai leading hero dan famous. Ada juga scene Romy marah Anurag Kashyap nak buat movie unik tapi ditempelak oleh Romy sebab diorang nak buat movie mainstream bukannya nak hantar ke film festival. 

Sepatutnya watak Vikram dilakonkan oleh Saif Ali Khan tapi dia terpaksa tolak kemudiannya diberikan pada adik Zoya. Walaupun dalam movie ni ada dibicarakan hal nepotism tapi ironi jugak lah dengan fakta ni haha nasib baik Farhan memang pelakon berbakat. Movie Luck By Chance ni flop masa tahun 2009 tapi hakikatnya movie ni banyak pengajarannya tentang kehidupan dari watak Sona dan juga Vikram. 

‘Opportunities don’t come to you, they have to be created. Success don’t come knocking, we have to go after it. Keep moving towards your goal. Don’t waver. Slowly the whole world will move with you.’ – Vikram

For those yang nak tengok boleh tengok movie Luck By Chance ni dekat Netflix.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. wah suka tengok movie yg ada life lesson macam ni. banyak benda boleh relate dengan realiti..

    ReplyDelete
  2. i pun tak pernah tgk cita ni lagi... tak pernah baca any review but u punya review buat best gila

    ReplyDelete
  3. Wah.. banyak pelakon yang muncul eh dalam ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.