Movie Review : Gori Tere Pyaar Mein

Tuesday, 5 January 2021

Director : Punit Malhotra

Writer : Arshad Sayed, Punit Malhotra

Cast : Kareena Kapoor Khan, Imran Khan, Shraddha Kapoor, Nizhalgal Ravi, Sujatha Kumar, Manoj Bakshi, Neelu Kohli, Esha Gupta

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Dharma Productions, Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 150 minutes

Release Date : 22 November 2013

Trailer :

Happy movie Gori Tere Pyaar Mein ni masuk Netflix sebab movie ni one of my fav movie. Tengok banyak kali pun still happy dengan jalan cerita dua pasangan yang berbeza cara hidup dan perwatakan ni. It’s like the characters show their love triumphs all. 

Mengisahkan tentang Sriram Venkat (Imran Khan) dari keturunan India Selatan tapi lebih moden cara hidup dia sebab grad dalam Degree in Engineering di Amerika. Ayah dia (Nizhalgal Ravi) dah naik meluat nak nasihatkan Sriram dan labelkan anak sulung dia sebagai black sheep. Tak melekat dekat rumah, tak bantu dekat syarikat, tak ada masa depan dan suka berfoya. 

Mak Sriram (Sujatha Kumar) rasa cara untuk betulkan anak dia dengan berkahwin dan Sriram akan dibuang dari syarikat kalau dia cuba reject lamaran. Bila Sriram berjumpa dengan Vasudha Natarajan (Shraddha Kapoor), dia terus setuju nak kahwin sebab Vasudha cantik dan sopan. Sayangnya Vasudha bercinta dengan Kamal tapi tak direstui keluarga kerana Kamal seorang aktivis yang tak ada pendapatan tetap. Malah berketurunan Sikh. 

Sriram bagitahu yang aktivis ni menyusahkan hidup orang lain, sama macam ex dia, Dia Sharma (Kareena Kapoor Khan). Bila Vasudha dengar cerita Sriram, dia pula jatuh suka dengan perwatakan Dia yang berprinsip, matang dan tegas. Vasudha nampak yang Sriram sebenarnya masih sayang dengan Dia lebih-lebih lagi selepas kematian Sandy. Vasudha yakinkan Sriram untuk pujuk balik Dia bukan sebab Kamal tapi sebab dia tak nak jadi rebound kepada Sriram. 

Konsep movie di bawah production house Dharma Production ni menarik sebab bukan sahaja highlight percintaan antara dua kaum yang berbeza mahupun lifestyle yang berbeza malah watak Dia lebih berusia dari watak Sriram. Dekat Bollywood konsep macam ni tak banyak lagi. Tak pasti lah kenapa dan ramai audience yang tak suka perempuan berusia bercinta dengan lelaki muda. Movie ni pun mengalami nasib yang sama bila flop dekat box office. 

Visual movie  Gori Tere Pyaar Mein biasa je tapi nampak real dengan paparkan kesibukan kota Delhi dan suasana kehidupan di Bangalore. Second half movie ni shoot dekat kampung Jhumli, Gujarat yang jauh di pedalaman tanpa kemudahan fasiliti. So tak ada la pakaian yang fancy ataupun sinematografi menarik. But still, wardrobe dalam movie ni diselia khas oleh Manish Malhotra so ada la beberapa looks Dia Sharma yang cantik. 

Music score dari duo Vishal-Shekhar antara kekuatan movie romantic comedy ni sebab semua 6 single track dia best, tak kira lah genre energetic pop club macam Dhat Teri Ki ataupun romantic ballad untuk lagu Naina. Ditambah dengan strong chemistry Imran dengan Kareena, terasa kemanisan cinta tu tak kisah lah momen awal bercinta ataupun masa Sriram pujuk untuk sambung balik. Paling suka dengan lagu Dil Duffer nyanyian Shruti Pathak dan Nitesh Kadam.

 

Movie ni adalah movie kedua kerjasama antara Imran dengan Punit Malhotra lepas movie I Hate Luv Storys di bawah Dharma Productions jugak. Boleh kata Imran dah selesa bekerja di bawah Punit sebab nampak dia improve banyak compared to previous movie. Expression dengan dialogue delivery dia pun ada improvement. Bonus bila director tak buat Sriram pergi bertumbuk dengan orang macam tipikal Bollywood rom-com. 

Ada tribute scene dari watak Sriram bila dia menyanyi lagu Jo Bhi Mein dalam movie Rockstar (2011). Kinda cute sebab dia rapat dengan Ranbir Kapoor masa ni. Lagi satu scene dia quote ayat Salman Khan dalam Maine Pyar Kiya. Pak cik dia, Aamir Khan bff Salman dari zaman 90s lagi. 

Overall movie ni memang best dan sesuai sangat dengan genre rom-com. Dialog yang kelakar buatkan kita terhibur sampai habis. Watak Sriram dengan Dia tak banyak dialog cheesy atau pickupline merepek. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

7 comments

  1. Menarik jalan cerita nie.. Nak² watak Kareena yang merupakan gadis kampung tapi mempunyai wawasan yang tinggi.. Kenapa akak tak jumpa filem nie yerkkk..? hihihi anyway thanks for info pasal filem nie, nanti nak tengok kat netflix..

    ReplyDelete
  2. Best lagu Dil Duffer tu..
    Macam sweet je tengok si Imran Khan ini..

    ReplyDelete
  3. kareena ni muka dia tak makan tua betul la... cantikkk gila

    ReplyDelete
  4. owh pernah juga tengok filem ni kat astro tapi dah penghujung. hope dpt tengok lg. huhu. Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  5. bla tgk poster tu nmpk kareena sgt muda. bla tgk tarikh release... ooo patut laa... igt kn baru lg hehehe

    ReplyDelete
  6. menarik gak ni Pana..dah lama tak tonton movie Hindi..ni pun dok layan KDrama sebab join anak..hehee

    ReplyDelete
  7. zaman ni suka giler layan movie kareena tapi tak ingat pernah tengok tak cite ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.