Garden of Eden Rosa T | Triple Action Acne Serum

Friday, 15 January 2021

Dah lama nak update pasal serum acne jenama Garden of Eden Rosa T ni tapi asyik lupa. Kali ni dah nampak, memang terus update sebab gallery pun dah penuh dengan gambar. 


Masa beli serum ni haruslah sebab dicanang di Twitter betapa hebatnya serum 100% plant-based ni walaupun harga dia agak mahal dalam RM99 macam tu. Tapi harga serum lebih kurang harga ni je kan? 

Ingredients : 

1) Linoleic acid from Rosehip Seed Oil and Grape Seed Oil- As an unique oil-balancing ingredient to reduce excessive sebum secretion, oily skin and clogged pores.

2) Tea Tree Oil- A powerful anti-bacterial to clear acne spots and blemishes.

3) Natural Vitamin E and Grape Seed Oil- As scar healing antioxidants to reduce skin redness, boosts skin repair.

4) Collagen- Prevent and reduce acne scars.

Does not contain: 

Animal ingredients, alcohol, preservative, colouring, artificial fragrances, mineral oil, synthetic ingredients.

Kalau ikutkan cara penggunaan serum Rosa T ni cuma apply pada waktu malam di bahagian acne dan T-zone. Memang lambat nak habis lah sebab guna waktu malam sahaja. Tapi tekstur serum ni tak best sebab dia oily walaupun nipis. Lambat untuk meresap dalam kulit so bila tidur rasa rimas sangat. Bila bangun tidur memang tak selesa lah sebab berminyak. Bau dia pun kurang digemari sebab bau herba yang agak kuat sampai mengganggu jugak lah tidur tu. 

Bila muka dah berminyak ni for sure lah akan muncul jerawat baru. Berbeza dengan apa yang dia claim akan mengurangkan jerawat. Dari kurangkan penggunaan kepada tak guna terus. Rugi jugak lah tapi nak jual balik, macam tak ada je yang nak beli. 

Lepas tak selesa guna serum ni terus beli balik serum Nutox haha sorry Rosa T. Nama dia memang sedap tapi tak sesuai dengan combination skin I. So yup, bye bye

4 comments

  1. memang tu la harga serum sekarang... yang lagi mahal pun banyak. tapi orang kata ukur poket sendiri

    ReplyDelete
  2. memang mahal harga serum ni, tak best juga bila tak sesuai dgn kulit..

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah try tapi tak tahan harga. Sesuai untuk jerawat pada kulit kering kot. Try la jual second hand di twitter, kot ada yang memamg nak guna

    ReplyDelete
  4. Kalau oily memang tak bestlah nak pakai..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.