Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 4

Saturday, 16 January 2021


Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020

Trailer :


 

Betul lah apa yang I predict dalam web series My Lecturer, My Husband episod 3 bila Inggita Sari (Prilly Latuconsina) takut nak berterus-terang dengan Tristan (Kevin Ardilova) soal perkahwinan dia dengan Arya (Reza Rahadian). Inggit tak nak Tristan kecewa sampai terganggu dalam pelajaran. Tak nak juga Tristan benci dengan dia. Tapi kalau diikutkan watak Tristan, sejenis yang tenang dan fikir tak ikut emosi. Tapi siapa tahu bila libatkan soal cinta. 


Kan bagus kalau penulis QueenB letak scene di mana Inggit berbincang dengan Arya tentang Tristan sebab Arya pun tahu status perhubungan Inggit dan Tristan. Tapi tu lah, web series di WeTV yang diadaptasikan dari novel My Lecturer, My Husband ni diadaptasikan dari novelis perempuan dan mungkin saja masih muda so tak ada babak dari perspektif yang matang. Lebih kepada jalan cerita tipikal drama cinta kahwin paksa. 


Bila tengok episod 4 web series My Lecturer, My Husband di bawah syarikat produksi MD Entertainment ni makin bertambah menyampah dengan watak Inggit sebab melampau sangat bila layan Arya. Tahu la sakit hati kena kahwin paksa tapi sama-sama pun terpaksa juga. Pretty sure Arya ada alasan tersendiri kenapa dia setuju untuk berkahwin dengan Inggit walaupun jauh lebih muda dan belum matang. Bersabar dengan kerenah Inggit walaupun selalu jadi punca masalah sampai ganggu hal kerja dia. 


Baru perasan yang kereta Arya ada dekat luar rumah Inggit tapi Tristan dengan kawan-kawan Inggit tak perasan pun padahal terletak elok je depan rumah. Kawan Inggit, si Joana (Sonia Alyssa) crush dengan Arya tapi boleh tak perasan barang kepunyaan Arya yang besar tu. Lama jugak lah dia tunggu dekat luar rumah sementara Inggit fikir jalan macam mana nak sorok suami rahsia dia. 


Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power - MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Dekat montaj pun boleh nampak khidmat CGI beserta visual effects yang disunting cantik. Transition pun menarik. 


Timing shooting web series My Lecturer, My Husband ni masa dunia dilanda virus berbahaya Covid-19 dan masa Indonesia kena lockdown so dalam episod 4 ni dah banyak scene yang bicarakan tentang virus, kuliah online, berhubung guna Zoom ataupun sanitasi untuk elak dari dijangkiti corona. Scene Tristan update dekat Instagram pasal tugas dia jadi sukarelawan hospital macam tak logik sebab tak ada langsung bekas pelitup muka pada wajah dia. 


Music score dari Andi Rianto guna lagu balada Hati Memilih Cinta nyanyian Ilham Nahumarury untuk scene emosi dan soundtrack penutup, sesuai dengan situasi dan mood cerita. Diselimuti sentuhan okestra dan emosi juga vocal Ilham bagi sentuhan romantik juga drama dalam web series yang diadaptasikan dari novel My Lecturer, My Husband karya Glitcious. 


Cliphanger untuk episod 5 web series My Lecturer, My Husband ni memang bikin penasaran sebab Arya dah tak boleh bersabar dengan sifat egois Inggit sampai lari keluar rumah walaupun tengah hujan lebat. Kalau drama Melayu selalunya watak heroin yang keluar tapi dalam web series arahan Monty Tiwa ni hero yang buat drama. Tak sabar! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 6. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.