Pengarah : Monty Tiwa
Penulis Skrip : QueenB
Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri
Syarikat Produksi : MD Entertainment
Pengedar : iflix, WeTV
Genre : Romantik / Komedi / Drama
Episod : 8 episod
Durasi Tayangan : 35 minit
Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020
Trailer :
Dalam episod 1 My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Gitlicious ni dipamerkan dilema Inggita Sari (Prilly Latuconsina) untuk memilih kekasih dia, Tristan (Kevin Ardilova) ataupun Pak Arya (Reza Rahadian).
Dalam episod 2 pun sama juga dilemanya sebab perkahwinan antara Inggit dengan Pak Arya dirahsiakan sampai Inggit benar-benar bersedia. Ataupun diamkan sampai Tristan datang melamar lepas kejar impian dia, entah siapa tahu apa rencana pengarah Monty Tiwa.
Masih lagi belum tahu apa alasan Pak Arya setuju dengan ayah Inggit, Wahyu Promono (Tegar Satrya) untuk kahwinkan mereka berdua sebelum dia meninggal. Dalam episod ni dah mula nampak yang watak Pak Arya cemburu bila Tristan mesra dengan Inggit ataupun berjauh hati bila Inggit tak ikhlas layan dia sebagai isteri.
Geram juga dengar nasihat kawan Tristan bila dia kata jangan terlampau kejar impian sampai lupa dengan Inggit walhal tak lupa pun sebab dalam episod lepas, Tristan sentiasa ada dengan dia masa susah ataupun senang. Silap dia cuma satu, tak bersedia untuk galas tanggungjawab dalam perkahwinan sebab masih muda dan ada impian perlu dikejar.
Pelik juga kenapa Inggit tak berhenti kerja dekat café sedangkan dah berkahwin. Tak ada masalah pun untuk Arya sara Inggit. Kalau tengok dari gaya hidup Inggit dan keluarga dia, nampak seperti orang berada. Baru pelajar kolej dah dapat rumah banglo dua tingkat dengan furniture. Tengok peti ais pun dah tahu T20. Mungkin Inggit risau kawan-kawan dia persoalkan, tapi boleh je bagitahu nak fokus dalam kuliah lepas dapat C untuk subjek penting dalam major Mass Communication.
Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power - MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Macam scene memaparkan panorama view kota Jakarta hasil tangkapan drone. Dekorasi rumah Inggit dengan Pak Arya dan senibina rumah keluarga dia pun cantik. Cuma rumah Inggit tak nampak macam rumah student sebab bilik tidur dia pun tak dipenuhi dengan buku teks ataupun study board.
Latar masa untuk series My Lecturer, My Husband ni masa dunia baru sahaja dilanda Covid sebab ada scene Arya dengan Inggit tengok berita tentang virus berbahaya ni dan Indonesia isytihar lockdown selama 14 hari. Tapi Indonesia isytihar lockdown agak lambat dari Malaysia, around September macam tu kalau tak silap. Ada juga scene Tristan datang rumah Inggit pakai pelitup muka. Tak tahu lah apa undang-undang dekat sana sebab kalau kita PKP boleh bergerak dalam jarak 10km sahaja. Tristan siap boleh datang rumah Inggit semata nak bagi bunga je. Dekat Malaysia, ada boyfriend tolong hantar mayat girlfriend kepada family pun kena denda RM1,000 sebab langgar arahan PKP.
Momentum episod kedua masih sama dengan episod 1, masih kelakar dengan gelagat watak Inggit dan Arya tapi kali ni lebih sikit sebab terserlah perangai Arya yang nakal. Dialog dari QueenB pun kelakar juga sesuai dengan genre romantik komedi. Chemistry Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina not bad lah sesuai dengan watak dalam cerita. So, yupp gotta go for episode 3!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.