Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 5

Saturday, 16 January 2021

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Dalam episod 4 web series My Lecturer, My Husband, Inggrit (Prilly Latuconsina) dah buat salah dengan Arya (Reza Rahadian) sampai dia lari keluar dari rumah walaupun hujan lebat. Bila Arya dah stress, kecewa dan marah mula lah watak Inggrit nak menangis macam tipikal watak perempuan dalam drama. 

Like I said in previous review, web series di WeTV yang diadaptasikan dari novel My Lecturer, My Husband ni diadaptasikan dari novelis perempuan dan mungkin saja masih muda so tak ada babak dari perspektif yang matang. Nak tak nak layan je lah sebab dah di pertengahan drama dah pun. Lagipun sebab utama tengok semata untuk Reza Rahadian je. Lakonan dia dengan Kevin Ardilova sebagai Tristan sahaja yang ada range of emotion. 

Bila dah menyampah, just like any typical storyline, penulis QueenB buat watak Inggrit jatuh sakit akibat gastrik bila tak makan lepas Arya mogok masak untuk dia seorang sahaja. Sengaja kan sebenarnya sebab nak tarik simpati audience? Watak Inggrit ni sudah lah tak pandai memasak, pemalas pula tu. Order je lah dekat food delivery apps macam Arya pernah buat untuk dia sebelum ni. Nak jaga diri sendiri pun tak mampu, apatah lagi nak jaga suami yang tak rela dinikahi. 

Kebetulan masa Inggrit dihantar ke hospital, Tristan ternampak dan rawat dia. Tapi disebabkan tugas sebagai frontliner untuk pesakit-pesakit yang dijangkiti corona virus, dia terpaksa tinggalkan Inggrit. Sebelum ni menyampah dengan watak Dave (Farhan Rasyid) sebab suruh kurangkan study tapi lebihkan Inggrit walhal Tristan dating dengan girlfriend dia setiap hari kot. Tapi kali ni mungkin watak Dave dah matang sebab dia marah dengan Tristan bila asyik risaukan pasal Inggrit walhal ada pesakit dah diserang sakit jantung. Ada benda lebih penting dari hal cinta. Dah la handsome!

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power -  MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Dekat montaj pun boleh nampak khidmat CGI beserta visual effects yang disunting cantik. Transition pun menarik. 

Music score dari Andi Rianto guna lagu balada Hati Memilih Cinta nyanyian Ilham Nahumarury untuk scene emosi dan soundtrack penutup, sesuai dengan situasi dan mood cerita. Diselimuti sentuhan okestra dan emosi juga vocal Ilham bagi sentuhan romantik juga drama dalam web series yang diadaptasikan dari novel My Lecturer, My Husband karya Glitcious. 

Menyampah dengan watak Inggrit pun, menangis jugak masa scene Tristan datang jumpa dia dekat rumah tapi Inggrit tetap patuh dengan arahan Arya bila dia tak bagi Tristan masuk. Masing-masing terjerat dengan keadaan dan takdir hidup. Kalau jadi Inggrit memang tak sanggup nak bagitahu Tristan pasal perkahwinan dia sebab nanti dia frust. Dah la tengah pandemik. 

Actually Arya dah nak bincang tentang situasi dia, Inggrit dan Tristan tapi Iim (Josephine Firmstone) pula buat video call sebab dia nampak gambar Inggrit dalam busana kahwin sebab sepupu dia make up assistant masa wedding Inggrit. Iim syak Inggrit dah kahwin senyap-senyap dengan Arya sebab dia dah mengandung anak Tristan. Punya lah liar gossip Iim sampai bertambah kucar-kacir keadaan dalam rumah tangga Inggrit dengan Arya! Berdesup terus layan episod 6!!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 6. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.