Pengarah : Monty Tiwa
Penulis Skrip : QueenB
Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri
Syarikat Produksi : MD Entertainment
Pengedar : iflix, WeTV
Genre : Romantik / Komedi / Drama
Episod : 8 episod
Durasi Tayangan : 35 minit
Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020
Trailer :
Baru je persoalkan dalam My Lecturer, My Husband episod 2 bila tengok scene Tristan (Kevin Ardilova) datang bagi bunga dekat cinta hati dia, Inggita Sari (Prilly Latuconsina) sedangkan tengah kuarantin gara-gara covid-19. Tup tup dalam episod 3 ni penulis QueenB dah tunjuk scene security guard datang tegur mereka berdua bila berjumpa di halaman rumah. Inggit tak pakai pelitup muka pun kena tegur sebab arahan dah dikeluarkan.
Kesian tengok watak Arya (Reza Rahadian) dalam episod ni sebab banyak kali kena mengalah dengan perangai tak matang dan kedegilan isteri dia. Scene dia cuba pujuk dengan belon bentuk hati tu comel sangat tapi Inggit jadi geram sebab salah anggap. Bagi dia Arya sengaja mengejek sebab Tristan tak datang macam semalam bagi belon dengan bunga padahal Tristan sendiri cakap dia boleh buat setiap hari.
‘Udah, dari nunggu yang nggak jelas, meningan kamu lihat yang jelas di depan mata.’ - Arya
Kesihatan ayah Inggit, Wahyu Promono (Tegar Satrya) pun dah beransur pulih bila muncul scene parents Inggit video call dan Inggit dengan Arya berlakon mesra depan mereka berdua. Tapi ibu Inggit (Aida Nurmala) rasa tak tenang sebab takut anak dia masih belum boleh terima kehadiran suami yang jauh lebih tua. Sepatutnya dia fikir benda tu sebelum buat keputusan untuk kahwinkan Inggit kan?
Geram juga dengan perangai Inggit sebab tak tahu nak bezakan yang mana satu keutamaan dia. Dia sakit hati bila Arya tegur dia acuh tak acuh dalam pelajaran tapi tak ada pula usaha dia untuk fokus dalam pelajaran. Siap masuk kelas lambat pulak tu. Ada kelebihan besar dari pelajar lain bila bersuamikan pensyarah subjek penting pun tak digunakan sehabis baik. Bergaduh soal bahagikan ruang rumah ada lah. Tipikal drama kahwin paksa.
Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power - MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Music score dari Andi Rianto guna lagu balada Hati Memilih Cinta nyanyian Ilham Nahumarury untuk scene emosi dan soundtrack penutup, sesuai dengan situasi dan mood cerita. Diselimuti sentuhan okestra dan emosi juga vocal Ilham bagi sentuhan romantik dan drama dalam web series yang diadaptasikan dari novel My Lecturer, My Husband karya Glitcious.
Dialog dari QueenB diolah sesuai dengan karakter Reza Rahadian yang kelakar dan ada sisi romantis macam scene dia pujuk Inggit untuk breakfast in bed lepas dia denda buat karangan 200 muka surat. Walaupun ada Reza sebagai pelakon utama tapi tertarik juga dengan kelembutan dan ketenangan watak Tristan. Kesian juga bila Inggit tak bagitahu dia dah berkahwin dengan Arya. Mungkin sebab tak nak Tristan frust sampai hilang fokus dari study sebab dia antara best student dekat kampus tu.
Tak sabar nak tengok episod 4 dekat WeTV sebab kawan-kawan Inggit dah mula mengganggu gara-gara bosan kuarantin di asrama dan rumah sendiri. Mungkin dalam episod 4, director Monty Tiwa kembangkan macam mana Inggit nak sorok Arya ataupun berterus-terang sahaja. Dah nampak scene director mula bagi hint yang Inggit berdebar bila nampak Arya. Siapa je tak?! Hiksss!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.