Pengarah : Viva Westi
Penulis Skrip : Titien Wattimena
Pelakon : Reza Rahadian, Marsha Timothy, Iedil Putra, Dea Panendra, Roy Marten, Widi Mulia, Fendy Chow
Genre : Romantik / Komedi
Durasi Tayangan : 97 minit
Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020
Syarikat Produksi : MNC Pictures
Pengedar : Netflix
Trailer :
Selalunya barang-barang dari ex kita akan buang atau bakar kan? Tapi Tristan (Reza Rahadian), owner Toko Barang Mantan akan jual barang bersama sejarah putusnya sesuatu hubungan tu supaya ada sentimental value dia. Kedai tu juga untuk membantu mereka yang putus cinta untuk move on. Tristan dibantu oleh Amel (Dea Panendra), yang bekerja sambil belajar dan Rio (Iedil Putra) membantu sepenuhnya di situ sebab Tristan tak pandai sangat deal dengan customer.
Satu hari Laras (Marsha Timothy), ex yang paling bermakna dalam hidup Tristan datang untuk menjemput Tristan ke majlis pernikahan dia. Hidup Tristan mula hilang arah gara-gara Laras bila kenangan lama muncul semula. Bertambah yakin yang Tristan ada harapan untuk muncul balik dalam hidup Laras bila pertunangan bersama Nino putus.
Tristan mula fokus dengan kedai dia dan cuba jual semua barang di media sosial walhal idea dari Amel dulu ditolak mentah kerana prinsip dia yang mahukan organic selling. Tristan mula reka cerita untuk barang jualannya supaya laku keras. Semua ni gara-gara Tristan nak Laras nampak yang dia ada masa depan walaupun tak grad dari kolej. Dia nak Toko Barang Mantan ada masa depan dan boleh pergi jauh.
Tapi tak semudah itu Laras akan terima Tristan dalam hidup dia sebab bukan kerana masa depan atau kerjaya Tristan tapi sebab sikap Tristan yang tak percaya dengan cinta. Nak ungkapkan sayang pun susah sampai Laras ragu-ragu dengan cinta Tristan dan takut dia cuma akan jadi statistik atau angka dalam hidup Tristan.
First half karya Viva Westi penuh dengan gelak tawa dek kerana customer diorang yang bermacam ragam. Ada yang nak jual barang ex sebab sakit hati diduakan, ada yang jual sebab dah jumpa cinta baru, ada yang nak jual tapi tak jadi pulak sebab masih sayang. Tapi bila masuk second half dah mula tegang dengan ego dan emosi Tristan terhadap Laras.
Keserasian Reza Rahadian dan Marsha Timothy antara kekuatan movie romantik komedi ni dengan dialog yang puitis dari Titien Wattimena. Tumpuan lebih kepada Iedil Putra sebenarnya sebab dia pelakon Malaysia yang dapat peluang berlakon di Indonesia. Dialogue delivery dia jelas dan tak kekok pun bertutur dalam bahasa Indo. Convincing enough for me.
Shooting location untuk movie Toko Barang Mantan pun cantik dan urban. Bukan kedai Tristan je yang menjadi tumpuan dengan dekorasi dan mural kreatif, tapi kedai kopi, dental clinic dan florist pun menghidupkan suasana kota yang sibuk. Yagi Sugandi juga paparkan kehidupan metropolis bandar Jakarta dari lensa dia dengan shot yang menarik.
Music score dalam movie Toko Barang Mantan sesuai dengan mood rom-com dan tema kisah cinta anak muda. Lagu Dari Kata Turun Ke Hati nyanyian Dea Panendra dengan lirik dari Titien Wattimena sesuai dengan scene Tristan walang dan keliru dengan keputusan Laras.
Aku terpecah jadi jutaan rasa
Dari kata turun ke hati
Dari lidah pindah ke nadi
Sayangnya penulis tak kembangkan sangat scene Tristan dengan ayah dia walhal kisah mereka berdua yang jadi punca utama kenapa Tristan mula tak percaya dengan cinta dan mempunyai perspektif berbeza dengan Laras. Lagi cantik kalau ada scene ayah Tristan bagitahu kenapa dia stop jadi player selepas berjumpa dengan Bu Mety supaya Tristan lebih faham dengan situasi ayah dia bukan setakat dari pandangan Amel dan Rio yang masih muda. Ending nampak cepat nak habis walaupun sweet tapi tak ada depth. Overall, nice to watch for weekend.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10
iedil putra ni memang berlakon di indonesia ke sekarang?
ReplyDeletetak pasti la pulak bab tu. Kalau betul then good for him lah sebab berlakon dalam movie. Exposure tinggi, saing2 bront dengan fazura
Deleteunik betul jalan cerita dia ni
ReplyDeleteiedil putra? tak kenal...nnt leh cari kendian
ReplyDeletehuhu..barang yang ex bagi dulu semua saya pos balik kat dia kah kah kah
ReplyDeletenampak macam best cerita ni. banyak jugak filem2 indo yang best saya tengok sejak belakangan ni :)
ReplyDeleteMenariknya jalan cerita dia. Nanti nak tengok juga la. Cerita indo suka usik jalan cerita macam ni kan. Yang tak pernah terfikir
ReplyDeletehahahaha~ tetiba teringat kat ex.. akak baru habis Antologi Rasa, nanti boleh tengok ni plak..
ReplyDeleteBaca tajuk pun dah kelakar. Cerita Indonesia memang suka letak tajuk tak boleh blah :-D
ReplyDeleteMemang wujud ek kedai jual barang ex gitu? Hahahaha... kalau betul, waa rasa ramai hnatar barang ex ke tokok tu kann hahahaha... menarik plak, nanti nak tengoklah..
ReplyDeleteOh ada juga ya movi sebegini rare. Tajuk dan jalan kisah buat kita mau tonton. Err kalau wujud di Malaysia ini toko, pasti ramai yang mau pergi. Mdm tak pernah wujud apa barang dari ex. Semuanya secret admirer. Bikin filem jom!
ReplyDeleteSuka cerita romantik komedi.mcm ni.. hiburan santai dan boleh hilangkan stress juga heheh
ReplyDeleteBab romantik komedi ni, Indonesia paling leading.. boleh tengok ni over the weekend nanti.. :)
ReplyDeleteAda juga macam ni eh. Jual barang ex. Hehehe. Jalan cerita menarik. Tapi betulla cakap kena tambah scene kenapa tristan tak percaya cinta
ReplyDeletefilem filem indonesia memang menarik dan nampak jauh lagi maju dari malaysia. hahah
ReplyDeleteWah.. ada eidil.. menarik..
ReplyDeleteoooo.. alin dari yang lain ni.. boleh masuk list nak tengok nanti.. hehehe
ReplyDeleteSeronok gak baca jln cerita dia tapi klu brg exxnyk camner nak jual haaa klu brg2 tu berharga okaylah
ReplyDelete