Movie Review : Suraj Pe Mangal Bhari

Sunday, 13 December 2020


Director : Abhishek Sharma
Writer : Rohan Shankar, Shokhi Banerjee
Cast : Manoj Bajpayee, Diljit Dosanjh, Fatima Sana Shaikh, Manoj Pahwa, Annu Kapoor, Seema Pahwa, Supriya Pilgaonkar, Manuj Sharma, Vijay Raaz, Neha Pendse
Production Company : Zee Studios
Distributor : Zee Studios
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 141 minutes
Release Date : 15 November 2020
Trailer :


Berlatarbelakangkan tahun 1995 di mana parents yang nak kahwinkan anak perempuan mereka akan pergi kepada Detektif Madhu Mangal Rane (Manoj Bajpayee) untuk check latar belakang lelaki yang hantar lamaran. Dah 48 orang lelaki yang berjaya dibongkar perangai buruk diorang melalui penyamaran Madhu dan kamera tersembunyi dia. 


Mangsa ke-49 ialah Suraj Singh Dhillon (Diljit Dosanjh), anak lelaki kepada peniaga susu (Manoj Pahwa) terkenal di Bombay. Malangnya Suraj anak yang baik tapi sebab frust asyik kena reject, dia cuba bertukar avatar bad boy tapi Madhu pula tengah buat kerja untuk client. Geram tak dapat berkahwin, Surah dan Sukhi (Manuj Sharma) pecah masuk office Madhu. 

Perbuatan dia dihidu oleh Tulsi Rane (Fatima Sana Shaikh), adik kepada Madhu. Jatuh cinta pandang pertama, Suraj cuba mengorat Tulsi dan dengan cara itu, Madhu akan ikut cakap dia sebagai adik ipar. Sambil menyelam minum air ibaratnya. Tulsi pula tak lah sopan seperti yang disangka oleh ibu (Supriya Pilgaonkar) dan abang dia bila dia bekerja sebagai DJ di Water pub secara sembunyi. 


Malu apabila rahsia adik dia terbongkar, Madhu plan untuk balas dendam kepada Suraj. Tambah pula pekerjaan dia sebagai detektif pun terjejas kerana tertipu dengan helah adik kesayangan dia sendiri. 

Kalau bukan sebab latar masa movie ni, ada masanya menyampah tengok beberapa scene dari keluarga Suraj yang nak isteri atau menantu yang baik, tak belajar tinggi dan mendengar kata suami dan keluarga mertua. 


Ada beberapa scene, visual yang disunting oleh Anshuman Mahaley seperti zaman 90-an tapi kebanyakan masanya sama je dengan zaman sekarang. Costume atau hairstyle pun tak menggambarkan suasana 90-an. Except for props macam phone booth bila Tulsi ikat syiling dengan tali supaya boleh bercakap lama dengan Suraj sampai orang beratur dekat luar. Suraj dengan Tulsi ada juga contact guna pager yang pernah famous sebelum munculnya smartphone. TV box zaman lama dengan animasi video games era 90-an. 



Music score pun tak banyak berbeza dengan zaman sekarang. Tak ada langsung percubaan dari Javed – Mohsin dan Kingshuk Chakravarty untuk create lagu dengan beat dari zaman 90-an. Nevertheless, my pick – ‘Basanti’(Payal Dev, Danish Sabri), Waareya (Javed-Mohsin, Vibhor Parashar ) and ‘Ladki Dramebaaz Hai’ (Mohsin Shaikh, Jyotica Tangri, Mellow D, Aishwarya Bhandari) song.

 

Lakonan Manoj Bajpayee sesuai dengan watak dia yang kelakar semasa menjadi penyiasat. Even dia jadi transgender pun dilakonkan dengan baik. Kudos to casting team yang ambil Fatima dan Manoj sebagai adik-beradik sebab muka masing-masing nampak matang so Manoj tak tenggelam walaupun sudah jauh berusia nak dibandingkan kedua-dua pelakon utama. Watak Prof Chinmay Godbole (Vijay Raaz) pun kelakar dengan penyakit OCD dia yang dianggap pelik pada zaman 90-an. Sekarang ni ada yang siap claim ada OCD sebagai PR strategy. 


Comic timing Diljit Dosanjh dengan accent Punjabi ada masanya menjadi tapi ada masanya falls flat. Fatima Sana Shaikh kebanyakan masanya jadi mangsa kepada game Suraj ataupun plan abang dia. Walaupun chemistry Diljit dan Fatima nampak sesuai bersama tapi watak Fatima tak dapat offer banyak pun dalam movie genre satire comedy ni. 


Movie Suraj Pe Mangal Bahari hasil penulisan Rohan Shankar dan Shokhi Banerjee mungkin ada masanya kelakar dan ada masanya menyindir dengan tonjolkan beberapa scene tentang penindasan terhadap wanita dalam sesebuah perkahwinan bukan setakat dari suami malah dari keluarga mertua. For one time watch and family entertainer, it works as comedy. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

2 comments

  1. Baca dari sinopsis.. jalan cerita best.. tq review movie ni farhana 🤗

    ReplyDelete
  2. Tq review Farhana.. lagu yang Farhana buh tu sedap juga didengar..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.