Movie Review : Sejoli - Misi Cantas Cinta

Sunday, 13 December 2020

Pengarah : Osman Ali

Penulis Skrip :  Osman Ali, Ikhwan Sha

Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah, Remy Ishak, Azad Jasmin, Dira Abu Zahar, Zarina Zainuddin, Cristina Suzanne Stockstill, Suhaili Micheline

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Nusana Sdn Bhd

Pengedar : Primeworks Studios

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  87 minit

Tarikh Tayangan :  20 Februari 2014

Trailer :

One of my fav local movie finally on Netflix! Yeayyy! 

Movie romantic komedi arahan Osman Ali di bawah produksi Grand Brilliance dan Nusana Sdn Bhd ni mengisahkan Joe (Bront Palarae) berjumpa dengan Gina (Maya Karin) di Phuket, Thailand sebab masing-masing pergi sana untuk mengubat hati yang dilukai oleh ex masing-masing. 

Kecil betul dunia ni bila ex Gina, Hardy (Remy Ishak) akan berkahwin dengan ex Joe, model terkenal si cantik Nita (Izara Aisyah). Gina dengan Joe buat satu plan untuk dapatkan balik ex diorang sebab Gina rasa mereka masih berjodoh. Well actually dia yang belum move on kena dump dengan Hardy. Joe pula sakit hati kena buang just because Nita nak kahwin dengan lelaki handsome dan kaya. 

Sampai di Malaysia, Gina dengan Joe bagitahu plan rahsia dan sulit ni kepada kawan baik mereka, Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jasmin). Plan caras cinta ni ada 3 stage bila mereka akan hancurkan self-confidence, kesefahaman dan juga kepercayaan Nita dan Hardy. 

Jalan cerita yang ringkas dan kemas daripada Osman Ali dan Ikhwan Sha dengan dialog komedi kebanyakannya dari watak Joe dan Tompy. Comic timing Bront Palarae menjadi tambah pula watak Joe dibawa dengan karakter sempoi dia. Makin bertambah jatuh cinta tengok watak Joe sebab dia caring teruk! Dia buat benda simple je, bagi bunga favorite. Walaupun sekuntum dah cukup bermakna sangat daripada yang bagi sedozen tapi tak tahu pun kita suka bunga apa. 

Maya Karin pula nampak selesa dengan watak Gina. Nampak dia senang bekerja dengan Osman Ali since dia pernah berlakon dalam movie Cun (2011) dan Ombak Rindu (2011). Dia dah pandai bermain dengan ekspresi muka, membantu sangat screenplay bila dia tunjuk reaksi berbeza bila dengan Hardy ataupun Joe. Chemistry Bront dengan Maya nampak strong bersama. Scene pujuk memujuk, menyembang ataupun golek-golek sampai jatuh kereta pun sweet je tengok. 

Pelakon sampingan pun membantu menghidupkan emosi dan mood penceritaan walaupun muncul sekejap je. Sweet betul scene Remy Ishak tenangkan Izara, nampak sangat dia memang sayang dan serious dengan relationship diorang. Chemistry Remy dengan Maya pun not bad sebab diorang dah berlakon dalam Cun. Cameo dari Cristina Suzanne pun kelakar sangat. 

Walaupun story dia predictable tapi tak jadi masalah pun sebab movie Sejoli - Misi Cantas Cinta ni jenis yang chill, ringan dan santai dengan mesej yang mudah difahami. Pace pun laju so tak bosan. Even Remy pun nak kahwin cepat lepas putus dengan Nita. Aje gila HIV test tu tahan 6 bulan je. Dia dah la busy, nak kena repeat balik memang buang masa dia. Flashback scenes pun tak ulang balik scene yang dah keluar tapi betul-betul menceritakan apa yang jadi tak seperti movie-movie tempatan yang lain. 89 minit yang ada tu memang digunakan dengan baik. 

Visual dari Khalid Zakaria membantu menjadi penyeri kepada movie cinta ni dengan teknik shot yang menarik dan kreatif ditambah dengan sinematografi kecantikan Phuket, Thailand dan kesibukan kota Kuala Lumpur terutamanya di Bangsar dan Titiwangsa. Music score dari Nurzaidi Abd Rahman menaikkan mood dan lagu romantik balada dari Tomok – Biarkan Sejoli pun sweet.

 

Pendek kata, semuanya cukup rencah dalam movie ni. Ulang tengok banyak kali pun tetap berdekah dengan lakonan sempoi dan jalan cerita yang sweet sampai rasa nak cari jodoh macam Joe. Haa gittew! Thanks Netflix!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

21 comments

  1. bukan senang nak tengok bront berlakon filem romantic comedy. my favourite movie :)

    ReplyDelete
  2. It is always great to see Maya Karin in action again. This romantic comedy film will be a really good watch with family for sure. Thanks for reviewing this movie.

    ReplyDelete
  3. Bila penceritaan dan lakonan cun memang best nak tengok..

    ReplyDelete
  4. Pelakon semua hebat-hebat. Bront in romantic comedy pulak tu 😃 Thanks!

    ReplyDelete
  5. Saya memang suka tonton filemfilem Osman Ali ketana sinematografinya memang menarik dan ceritanya pun bagus xontoh mcm Ombak Rindu sampai sekrang suka citer tu dan lagu2nya...

    ReplyDelete
  6. Ooo kita dah tengok ni, jalan cerita ingat-ingat lupaa dah.. sebab masa tu suka Maya Karin tu berlakon hehehe..

    ReplyDelete
  7. Dalam keadaan WFH nie banyak layan movie international - drama plak tu. Now dah hooked dgn Thai series - nanti nak try layan nie plak

    ReplyDelete
  8. Wah ni cerita ex nak rampas semula kekasih masing2 la ye.. Mesti best. Nak tau akhirnya diaorg berjaya ke tak

    ReplyDelete
  9. The actress is so pretty haha. Must catch it to support local movie. Thanks for sharing this

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak nampak Izara Aishah berlakon suka dengan lakonan dia, haruslah tonton Sejoli

    ReplyDelete
  11. Rasanya dah tengok dah filem ni sebab ada Maya Karin.. i never miss her movie before.. tapi dah lama kan.. kena repeat balik ni..

    ReplyDelete
  12. Rasanya pernah dengar tajuk cerita ki tapi takmingat pernah tengok ker tak . Ni kalau kata dah ada kat Netflix bolehlah upang tayang tengok . Barisan pelakon pun semua best dan berbakat. Izara Aisyah tu sweet sangat. Maya Karin memang tak nafilah lakonan dia tapi entah kenapa kalau temgok Maya Karin mesti teringat watak seram dia dalam Jwanita dan Puntianak Harum Sundal Malam.

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya. Favorite actress saya dalam ni ialah Cristina Suzanne, sebab lakonan dia memang betul-betul bersahaja. Tapi dia cameo je, ya?

    ReplyDelete
  14. Cerita lama ninkan.. suka tgk citer ni sbb ada bront heheh..fikem santai boleh dikatakan menghiburkan lah juga hehe

    ReplyDelete
  15. Best cerita ni.. kelakar pun kelakar. memang tak rugi tengok movie ni

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tengok lagi dan jarang-jarang tengok cerita Melayu..hehe ^^ selalu tgk Netflixx oppa oppa.haha

    ReplyDelete
  17. ntah berapa banyak kali tah tengok movie ni sebab Bront Palare.. hahahaha~ hantu btol !! tapi jalan cerita tak berapa padu, kalau tak de Bront - tak jadi kot.. eh !! tiber !!

    ReplyDelete
  18. Suka tengok citer ni. Banyak kali ulang tayang, still melekat mata dok tengok sampai habis

    ReplyDelete
  19. mantap mantap juga pelakon filem ni. dah lama tak tengok izara kat tv. haha

    ReplyDelete
  20. cita ni lawak gila!! i sukaaaa !

    ReplyDelete
  21. pernah layan jugak movie ni dulu. owh dah ada kat netflix yer. boleh la layan semula nanti. seronok juga layan santai2 hujung minggu movie time kan...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.