Pengarah : Hanung Bramantyo
Penulis Skrip : Gina S. Noer, Hanung Bramantyo
Pelakon : Reza Rahadian, Chelsea Islan, Dian Nitami, Indah Permatasari, Ernest Prakasa, Boris Bokir, Rey Bong, Cornelio Sunny, Pandji Pragiwaksono, Bastian Bintang Simbolon, Wawan Sofyan, Donny Damara
Genre : Biografi / Drama
Durasi Tayangan : 142 minit
Tarikh Tayangan : 30 June 2016
Syarikat Produksi : MD Entertainment
Pengedar : MD Pictures / Netflix
Trailer :
Movie prequel kepada Habibie & Ainun (2012) ni diadaptasikan dari novel Rudy: Kisah Masa Muda Sang Visioner, karya Gina S. Noer yang mengisahkan tentang perjalanan Pak Bacharuddin Jusuf Habibie semasa belajar engineering di Universiti Teknologi Rhein Westfalen, Aachen, Jerman.
Menampilkan banyak watak baru di kalangan sahabat Rudy (Reza Rahadian) di zaman kampus tambah pula dia menjadi Presiden Pertubuhan Pelajar Indonesia - Peter Manumasa (Pandji Pragiwaksono), Liem Keng Kie (Ernest Prakasa) dan Poltak Hasibuan (Boris Bokir) yang banyak membantu Rudy.
Ada juga watak-watak sampingan lain terutama dari keluarga Rudy bila di awal movie diceritakan kesusahan rakyat Indonesia ketika penjajahan Jepun dan ketika ekonomi tak menentu. Watak-watak senior di kalangan askar dan melanjutkan pelajaran kerana kecerdasan masing-masing tetapi membuli Rudy dan bercanggah idealism tentang Indonesia.
“Rudy,kamu harus menjadi mata air,kalau kamu baik pasti di sekitarmu akan baik,tapi kalau kamu kotor pasti disekelilingmu akan mati. Ada banyak sekali orang di muka bumi ini,banyak sekali ragamnya. Jangan sampai kamu lukai mereka, itu intinya’- Alwi Abdul Jalil Habibie
Disuntik semangat untuk berjuang kepada tanah air, Rudy berpegang dengan impian dia sejak kecil untuk mencipta pesawat dan membangunkan Indonesia dan menjadi harimau kepada Asia dan juga Afrika bak kata Presiden Soekarno (Wawan Sofyan).
Dalam prequel ni baru la faham kenapa Rudy bagitahu Ainun yang dia nak balik ke Indonesia selepas berjaya bina koc keretapi yang bagus di Jerman. Presiden Soekarno yang minta dia untuk pulang bangunkan negara, jangan berlama-lama di negara orang. Tapi kecewa bila Indonesia belum bersedia menerima bakat besar Rudy.
Dalam kesibukan Rudy belajar engineering dan cuba mencipta aviation industry di Indonesia, dia banyak mendapat inspirasi dan ilham dari kekasih dia, Ilona (Chelsea Islan) yang berasal dari Poland tapi jatuh cinta dengan budaya Indonesia. Tapi kerana cinta Rudy lebih besar dari cinta kepada manusia, maka mereka berdua berpisah. Kalau tak, masakan kita akan tahu tentang kisah cinta sejati Pak Habibie dan Bu Ainun kan?
‘Faktanya aku cinta Indonesia, Masalahnya aku cinta Indonesia, Solusinya aku cinta Indonesia!’ – Rudy Habibie
Movie Rudy Habibie tidak lagi di bawah sutradara Faozan Rizal tapi mengambil Hanung Bramantyo sebagai pengarah juga penulis yang pernah cemerlang dengan movie Ayat-Ayat Cinta. Penceritaan dan suntingan nampak lebih kemas dengan pelbagai emosi dan konflik dan sarat dengan mesej sosial. Dialog juga memainkan peranan untuk beberapa babak antaranya babak di mana Rudy bercerita dengan ayahnya (Donny Damara) tentang kehidupan atau dengan ibu dia (Dian Nitami) soal kesabaran dan kekuatan ketika gagal.
Tapi keliru dengan scene di mana Rudy bagitau Ainun hodoh dan gemuk sebenarnya sama dengan scene dalam movie Habibie & Ainun ataupun tidak? Sebab situasinya sama tapi pelakon berbeza. Nak kata isu copyright pun bukan juga sebab producer sama - Manoj Punjabi di bawah terbitan production house MD Pictures.
Ipung Rachmat Syaiful bermain dengan kecantikan negara Jerman dan menampilkan lebih banyak lagi panorama yang cantik berbanding Habibie & Ainun. VFX dari Dapur Film Production pun nampak meyakinkan bila digunakan untuk scene penjajahan Jepun.
Music score dari Tya Subiakto masih menggunakan karya Melly Goeslaw dengan lagu soundtrack utama – Mencari Cinta Sejati nyanyian Cakra Khan dengan lirik yang menggambarkan percintaan Ilona dan Rudy yang tak dapat bersama kerana cinta pada negara tanpa batas. Lagu Mata Air menghidupkan mood bila liriknya menyeru anak bangsa Indonesia untuk berjuang demi negara.
Baik Habibie & Ainun, mahupun Rudy Habibie, keduanya mengangkat cinta kepada negara begitu dalam sekali tambahan pula diinspirasikan dari kisah benar Presiden Ketiga Indonesia yang hidupnya dikelilingan dengan ilmu, ilmu dan ilmu. Tak hairan lah kalau movie Rudy Habibie tercalon dalam 10 kategori di Piala Citra. Terbaik!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
OST dia the best!
ReplyDeletelama suda x layan movie indo tau malay..busy tengok anime ja skrg haha
ReplyDeletepatriotik betul pak habibie ni, sayang betul dia dengan negara dia tapi sayang bila orang indonesia tak bersedia lagi tak terima bakat dia.
ReplyDeletePatriotik betul..cerita based on true story memang best 👍
ReplyDeletereza rahadian my fav actor.. suka semuaaaa cite yang dia berlakon. best gak movie ni. memang makanan reza la berlakon genre gini. nanti nak cari cite ni. thanks sharing
ReplyDeleteMovie macam ni sangat memberi motivasi kepada kita untuk terus berjaya dalam hidup dan menjadi orang berguna bagus sebenarnya...
ReplyDeleterajin yer dia buat movie review.. bagus lah movie ni patriotik sungguh watak utama.. kalau free2 nnt boleh la layan kat netflix
ReplyDeleteAla kalau cerita kat netflix tak dptla nak tengok.. Ehhehe.. Tapi macam kureng je tengok jalan cerita dia
ReplyDeleteFilem yang menarik. Bukan senang ya nak adaptasi kisah benar menjadi sebuah filem. Apatah lagi kisah seorang tokoh negarawan yang disegani.
ReplyDeleteBagus Farhana ko letak ni, sejak-sejak ni Sis suka nengok cite Indonesia, entah apa mood datang ntah, semalam baru je layan filem Silam tu.. nanti nak tengok filem ni plak..
ReplyDeleteRajin u review movie2. Mouse mommy pun x ada masa nak tengok movie skrg.
ReplyDeletePerfect 10 movie ni.. Wahhh.. Wajib tengok la macam tue... Memang suka filem genre macam ni juga..
ReplyDeleteOh, saya ada perasan iklan movie ni di TV! Rasa mcm menarik untk ditonton, lagi2 sebab nak tengok wajah sweet Chelsea Islan! Since u dah review mcm ni! Ok nak tengok jugak lah!
ReplyDeleteOoh ni yang ada kaitan gn lagu BCL tu kan? Dengar ramai yang cakap citer ni best. Nanti nak tengok lah! Suka gila lagu dia
ReplyDeleteTahu tajuk dia tapi belum pernah tengok , saya ni kalau citer indonesia tak suka tengok sangat sebab ayatvdia berat sangat nak difahami ...kena temgok 2 ker 3 kali baru faham kisahnya....lagi2 kalau tak ada subtitle memang blur saja....ni dah baca review rasa menarik pulak ....nanti boleh tengok sebab maaih adabkat netflix
ReplyDeleteanother great movie is on netflix. totally adding this to my must-watch list after reading your review!
ReplyDeletekalau pelakon pun best, confirm jalan ceritanya pun feeling je kan. nak try layan lah
ReplyDeleteOh yeah saya suka hero dia tu, kacak haha ^^ btw, saya jarang tengok movie or drama
ReplyDeleteDah lama tak tengok movie... Nanti nk tengok on netflix 👍😊
ReplyDelete