Pengarah : Saw Teong Hin
Penulis Skrip : Mamat Khalid, Saw Teong Hin
Pelakon : M. Nasir, Tiara Jacquelina, Adlin Aman Ramlee, Alex Komang, Azmil Mustapha, Sofia Jane, Rahim Razali, Sabri Yunus, Khir Rahman, Radhi Khalid, Man Bai, Muhammad Naufal Nasullah, Melissa Saila, Dian Sastrowardoyo, Christine Hakim, Rumina Sidek
Genre : Sejarah / Drama / Cinta
Durasi Tayangan : 134 minit
Tarikh Tayangan : 31 August 2004
Syarikat Produksi : EnfiniTi Productions Sdn Bhd
Pengedar : Netflix
Trailer :
Berlayar berbelok-belok,
Sauh dibongkar di tempat tenang,
Yang tinggal hati tak elok,
Yang pergi hati tak senang.
Gusti Putri Retno Dumillah (Tiara Jacquelina) dari Kerjaaan Majapahit jatuh cinta dengan Datuk Laksamana Hang Tuah (M. Nasir) di Kerajaan Melaka. Tapi dek kerana serangan Putera Demak (Azmil Mustapha) terhadap rakyat Majapahit, abangnya Gusti Adipati Handaya Ningrat (Alex Komang) pergi ke Melaka dengan hajat supaya Sultan Melaka Mahmud (Adlin Aman Ramlee) berkahwin dengan adiknya.
Gembira bukan kepalang Sultan Mahmud mendengar hajat tersebut walaupun di sisi dia sudah ada si cantik Permaisuri Tun Teja (Sofia Jane). Gusti Putri lebih rela berkahwin dengan Putera Demak daripada Sultan Melaka sebab setiap hari akan bertembung mata dengan Hang Tuah tapi Gusti Adipati mengingatkan bahawa perkahwinan ini untuk menyelamatkan rakyat dan negeri dia.
"Pura-pura mencari ayam, ekor mata di anak orang." – Tun Teja
Gusti Putri yang larikan diri dengan bantuan Mbok (Christine Hakim) bersembunyi di Gunung Ledang sambil menanti ketibaan Hang Tuah. Datuk Bendahara (Rahim Razali) usulkan kepada Sultan Melaka supaya menghantar Hang Tuah ke Gunung Ledang untuk menghantar titah. Rombongan Hang Tuah yang ditemani Tun Mamat (Khir Rahman), Sang Setia (Sabri Yunus) dan pembantu Topok (Man Bai), Tapik (Radhi Khalid) juga anak buah yang lain bertemu dengan Gusti Puteri yang menyamar sebagai Nenek Kebayan (Rumina Sidek) untuk selidik hajat mereka semua.
Akhirnya Gusti Puteri yang terluka kerana kesetiaan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka bagi 7 syarat untuk berkahwin :
"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."
7 syarat dari Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka ni famous sehingga sekarang untuk jadi tauladan supaya jangan tamak dan sanggup korbankan anak sendiri demi cinta. Tapi tak tahu pula tentang kisah cinta agung antara Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang sebab Hang Tuah hidup pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Puteri Gunung Ledang juga berasal dari negara kita bukan Indonesia seperti yang digambarkan.
Puteri Gunung Ledang yang pernah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice pada tahun 2004 dan menjadi filem pertama tempatan yang dihantar ke Academy Awards tahun 2005, kaya dengan seni budaya serumpun dari penceritaan yang menggambarkan keadaan zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Majapahit dengan seni musik, tarian budaya, kostum, props dan juga bahasa antara dua Kerajaan.
Sayangnya tak ada soundtrack Asmaradana yang dinyanyikan sendiri oleh Tiara Jacquelina ataupun lagu Bagaikan Siti nyanyi Siti Nurhaliza dan M.Nasir dimasukkan dalam movie cuma latar bunyi dengan instrument seruling ataupun gendang bersesuaian dengan suasana dan mood dalam scene tersebut.
Semua pelakon sesuai dengan watak yang dibawa, sarat dengan intensity sebagai manusia yang beradab dan budaya. Ada karisma ketika berbicara tapi malangnya Adlin Aman Ramlie agak kurang sesuai dengan watak Sultan Melaka. Bila dia deliver dialogue pun nampak kurang meyakinkan sebab ada kedengaran slang Bahasa Melayu moden. Scene dia mengamuk dan sumpah Gusti Putri pun kurang menyengat.
M.Nasir yang terkenal dengan lagu yang mempunyai lirik puitis dan bermakna nampak selesa dalam watak Hang Tuah tambah pula bila dia berbalas pantun atau dialog dengan Gusti Putri. Seni silat dia kemas dan cekap. Dia menari pun nampak smooth je untuk seorang pendekar. Tiara pun cantik dalam persalinan puteri Majapahit dengan aksesori sarat cuma dia nampak tercungap dalam scene dengan Sultan Melaka sebab baju dia. Tarian Keraton nampak cantik dan berseni.
Overall movie Puteri Gunung Ledang sesuai diangkat sebagai filem tempatan yang kaya dengan seni budaya. Pengarah dan penulis patutnya come up lagi dengan naskhah seperti movie ni sebab kita kekurangan filem bertemakan kisah mitos untuk generasi sekarang atau akan datang. Terima kasih Netflix sebab tayangkan balik movie epik ni.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10
Tak pernah tengok lagi ..
ReplyDeletewaktu filem ni keluar. suka giler dengar ost dia yg best lagu bagaikan sakti..
ReplyDeletekawan i ckp cerita ni masterpiece betul tapi i tak pernah tgk lagi.. but will do
ReplyDeleteDulu tengok filem ini dekat panggung wayang, memang puas hatilah dengar bunyi dentum dentam, lagu dia.. Adoi.. rindu pula nak ke wayang.. hahaha
ReplyDeleteAgree, for me, lakonan oleh Khir Rahman dan Adlin Aman Ramli agak kurang bagi membawakan watak melayu zaman melaka sebab masih terdengar bahasa melayu moden mereka menjadikan scene yg terdapat mereka kurang di hayati. yang peling best adalah part Rahim Razali, beliau menjayakan wataknya dgn bagus sekali maklumlah pelakon lama
ReplyDelete