Movie Review : Pekak

Tuesday, 22 December 2020

Pengarah :  Mohd Khairul Azri Md Noor

Penulis Skrip :  Khairul Azri, Azril Hamzah & Alfie Palemo

Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Zaidi Omar, Joe Flizzow, Kin Wah Chew

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  96 minit

Tarikh Tayangan : 30 June 2015 (World Premieres Film Festival), 1 September 2016 (Malaysia)

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Lightbulb Pictures

Pengedar :  Primeworks Studio

Trailer :

Filem yang ditayangkan di Marché du Film di Cannes dan World Premiere Film Festival Philippines pada tahun 2016 merupakan debut filem untuk pengarah dan penulis, Mohd Khairul Azri Md Noor. Mengisahkan tentang Uda (Zahiril Adzim) pemegang kad OKU kerana cacat pendengaran. Untuk dapatkan dana RM60,000 supaya dapat buat pembedahan cochlea, Uda bekerja di bawah pusher (Joe Flizzow) sebagai penjual dadah. 

Uda akan faham apa yang orang cakap melalui pergerakan mulut mereka. Dia akan pergi ke stesen keretapi untuk merasa sendiri gegaran dan angin yang terhasil oleh pergerakan keretapi. Lepas serbuan pihak polis, pusher pindahkan Uda ke sebuah flat. Di situ dia ternampak Dara (Sharifah Amani) di dalam lif lantas jatuh cinta selepas ternampak MP3 Dara dengan lagu favorite dia, Rintihan Hati dendangan Uthman Hamzah. 

Dek kerana tersalah pilih kawan, Dara belajar mencuri, ponteng sekolah dan berparti setiap malam bersama Melor (Sharifah Sakinah). Bapa Dara (Zaidi Omar) pula sibuk bekerja sebagai security guard selepas bersara dari askar. Sikap dia yang baran menyukarkan Dara untuk mendengar kata malah menjadi lebih liar. 

Melor pula selalu berlakon baik depan bapa Dara padahal berpakat dengan teman lelaki dia, Azman Stoner (Amerul Affendi) supaya Kamil (Iedil Putra) dapat tidur dengan Dara. Plan mereka gagal bila Dara muntah selepas hisap ganja kemudiannya balik bersama Uda. Dari situ Uda dan Dara mula rapat kemudiannya bercinta. 

Duit simpanan Uda pun dah mula cukup untuk buat pembedahan tapi hari tak selamanya cerah bila Melor, Azman dan Kamil ada rencana lain terhadap Dara. Movie genre drama di bawah production house Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures ni boleh ditonton di Netflix. 

Masa movie Pekak keluar memang banyak pihak yang berbunyi sebab dikatakan mengguris perasaan OKU dan tak sesuai ditonton oleh anak muda. Tapi kalau ini lah realiti sebenar kehidupan, kenapa pihak-pihak tersebut nak terasa? Keadaan hidup watak-watak utama dalam Pekak adalah keadaan yang tersepit dengan kemiskinan lantas membuat pilihan yang salah untuk survive. 

Pengarah pun dah terangkan yang movie ni lebih kepada hukum karma pada perbuatan masing-masing. Kenapa guna OKU mungkin untuk highlight yang orang pekak boleh dengar peritnya kehidupan tapi orang normal tak mampu nak faham macam scene ayah Dara tunjuk surat curhat kepada Uda di hospital. 

Skrip Pekak diolah cantik bilamana diinspirasikan oleh konsep cinta Romeo dan Juliet. Diadun dengan kreatif untuk memaparkan realiti kehidupan dengan masalah sosial yang mendalam. Dari lensa S’ham Mokhtar, visual Pekak nampak menarik dengan cerita berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak. Music score dari Monoloque sesuai dengan mood penceritaan dan senario kehidupan orang kota. 

Usaha Zahiril Adzim untuk mendalami karakter watak Uda dengan minta tunjuk ajar ayah dia yang bekerja sebagai guru pendidikan khas membuahkan hasil pada lakonan yang punya jiwa terutamanya scene dia berdiri di tepi stesen keretapi ataupun pada scene dia bersama Dara. Zahiril dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di International Motivational Film Festival dan Festival Filem Malaysia (FFM) 2016. 

Sama juga dengan pelakon-pelakon yang lain deliver watak masing-masing dengan bersahaja dan nampak meyakinkan. Movie Pekak mungkin bukan untuk semua orang tapi sebuah filem yang berani dari industri filem tempatan yang mampu bersaing hingga mendapat pengiktirafan negara luar. Tahniah team Pekak!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. i tgk ni masa baru kluar tu , best and i love it so much

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.