Director : Abbas Tyrewala
Writer : Abbas Tyrewala
Cast : Imran Khan, Genelia D'Souza, Manjari Phadnis, Ayaz Khan, Paresh Rawal, Prateik Babbar, Naseeruddin Shah, Ratna Pathak Shah, Karan Makhija, Alishka Varde, Nirav Mehta, Sugandha Garg, Arbaaz Khan, Sohail Khan
Production Company : Aamir Khan Productions
Distributor : PVR Pictures
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 155 minutes
Release Date : 4 July 2008
Trailer :
‘He’s a Rathore, from Ranjhore! You can take the Rathore out of Ranjhore but you cannot take the Ranjhore out of Rathore. In Ranjhore, a boy has to complete three rites of passage to become a man - thrash someone, get arrested for that and ride a horse.’ - Amar Singh Rathore (Naseeruddin Shah)
Savitri (Ratna Pathak Shah) keluar dari Ranjhore selepas kematian suami dia kerana ditikam dalam pergelutan. Dia besarkan Jai Singh Rathore (Imran Khan) bersendirian dan berjanji pada diri sendiri agar Jai tak akan gunakan kekuatan dia untuk pukul orang lain. Tapi mendiang suami dia selalu ingatkan dia yang anak lelaki keturunan Rathore tetap akan mempunyai perangai yang sama.
Jai berkawan baik dengan Aditi Mahant (Genelia D'Souza) yang berbeza perangai bila dia suka guna kekerasan untuk selesaikan masalah. Pantang dicabar mula lah dia naik angin. 5 tahun mereka berkawan baik siang malam on call, lepak sama-sama sampai orang sekeliling mula syak mereka bercinta termasuklah ibu bapa Aditi sendiri.
Sama juga dengan kawan-kawan mereka yang lain – Jiggy (Nirav Mehta), Rotlu (Karan Makhija), Sandhya (Alishka Varde) dan Shaleen Varma (Sugandha Garg). Sudahnya lepas habis kolej, Aditi akan tolong Jai cari partner and vice versa. Jai berjumpa dengan Meghna (Manjari Phadnis) dan Aditi happy dengan anak kawan ayah dia, Sushant (Ayaz Khan). Tapi apa lah maknanya lelaki idaman kalau hidup Jai dan Aditi kosong. Betul ke selama ni Jai dan Aditi saling jatuh cinta tapi masing-masing tak sedar?
‘We used to spend so much time together because we wanted to be with each other, because we were happy together! It is not a duty or an obligation that you should spend time with me. So please, don't ashame me by saying sorry.’ - Aditi
Movie debut Jaane Tu... Ya Jaane Na merupakan movie debut kepada anak saudara kesayangan Aamir Khan sebab tu lah movie ni diterbitkan di bawah production house Aamir Khan sendiri. Dengan bajet 100 juta untuk pembikinan filem, movie Jaane Tu... Ya Jaane Na berjaya meraih kutipan sebanyak 500 juta!
Even Imran Khan menang Best Male Debut award di Filmfare. Bukan sebab nepotism tapi sebab dia memang berbakat dalam lakonan pun. Imran Khan dah pernah berlakon sejak kecil dalam dua movie hit di Bollywood - Qayamat Se Qayamat Tak (1988) & Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992). Walaupun berlakon dengan Genelia D’Souza yang dah lama berlakon di Btown, Tamil, Telugu dan Kannada tapi chemistry diorang tetap cantik onscreen. Tak ada siapa yang overshadow siapa pun, just perfectly blend together.
Tak ada apa yang special pun dalam kisah cinta antara Jai dan Aditi ni, even villain pun tak wujud tapi disebabkan penceritaan yang kreatif, kita pun jadi penasaran seperti watak Mala Mishra (Renuka Kunzru) yang datang untuk jemput Aditi dan Jai dekat airport. Gara-gara satu jam delay, mereka berempat buka cerita supaya tak bosan di sana.
Nothing much for visual but a huge deal for music album karya A. R. Rahman dengan lirik yang dikarang oleh pengarah dan penulis skrip movie ni sendiri - Abbas Tyrewala. Bukan setakat dapat sambutan hangat pada tahun 2008 selepas 1.5 juta unit album terjual malah A.R. Rahman menang Filmfare Best Music Director Award. Lagu Kahin Toh is my fav! The lyrics, the music, emotion, everything just perfect! Dalam lagu Papu Can’t Dance Saala ada terselit lirik ‘Papa kehte hain bada naam karega’, lirik ni ada dalam soundtrack hit Qayamat Se Qayamat Tak, movie blockbuster lakonan Aamir Khan.
Jaane Tu... Ya Jaane Na mungkin ada kekurangan tapi kekuatan lakonan, skrip, music score, komedi yang tak berlebihan dengan suntingan yang bagus buatkan movie ni jadi kegilaan sejak diterbitkan. Yang belum tengok lagi boleh layan dekat Netflix.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10
handsome jugak hero dia.. boleh tahan..
ReplyDeletetapi akak x kenal sngt.. nama pun festime tahu..
Lama suda x layan hidustan mcm best jugak ni
ReplyDeletesuka quote tu
ReplyDeletekita tgk Aamir Khan jadi hero now anak saudara dia pula ambil alih ! how old i feel now haha
ReplyDelete