Movie Review | Habibie & Ainun 3 (2019)

Saturday, 12 December 2020

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Ifan Ismail

Pelakon :  Maudy Ayunda, Reza Rahadian, Jefri Nichol, Marcella Zalianty, Arswendy Bening Swara, Jennifer Coppen, Rebecca Klopper, Teuku Ryzki, Eric Febrian, Aghniny Haque

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures 

Genre :  Biografi / Drama / Romantik

Durasi Tayangan :  121 minit

Tarikh Tayangan : 19 Disember 2019 (Indonesia), 26 Disember 2019 (Malaysia)

Trailer :

Kalau second installment dalam franchise kisah cinta sejati antara Presiden Ke-3 Indonesia, Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan Ibu Negara Indonesia, Bu Hasri Ainun Besari, installment ketiga pula menceritakan perjalanan Ainun untuk menjadi seorang doktor kelulusan Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia. 

Percanggahan pada jalan cerita bila dalam movie Habibie & Ainun (2012), watak Ainun bercerita kepada Rudy yang dia mahu jadi seorang doktor selepas ibu dia, Sadarmi Besari (Marcella Zalianty) pulang dengan baju yang penuh dengan darah. Sangkanya dicederakan tentera Jepun tapi rupanya ibu dia baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki. Dari saat itu, Ainun bercita-cita untuk menjadi doktor untuk bantu orang seperti ibu dia. 

Tapi dalam movie Habibie & Ainun 3, ceritanya bertukar kepada ibunya dan Ainun pergi ke rumah orang kampung untuk menyambut kelahiran. Ibunya pula yang bangga dengan Ainun kerana banyak membantu dan berani walaupun di dalam keadaan berbahaya. 

Sama seperti Rudy Habibie (2016), scene Rudy berjumpa dengan Ainun untuk bagitahu dia hodoh dan gemuk seperti gula Jawa dibikin semula dengan perubahan pada pelakon. Kali ni Rudy dilakonkan oleh Reza sendiri. Muka Reza diubah menjadi muda dengan bantuan VFX. Kemas hasilnya. Tapi scene Presiden Soekarno berucap di Jerman, boleh pula ambil sedutan dari movie sebelumnya. Untuk watak Rudy yang tua pula Reza menggunakan khidmat prostetik selama 6 jam. Saling tak tumpah seperti Pak Rudy yang sebenar. 

Sayangnya Pak Rudy tak berkesempatan untuk menonton movie tentang kehidupan kampus Ainun dan sosoknya digambarkan sebagai tonggak keberanian dalam melawan stigma perempuan yang tempatnya hanya di dapur kerana masih ramai yang belum merdeka pemikirannya. Pak Rudy telah pun menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 2019, 9 tahun selepas pemergian Bu Ainun pada 22 Mei 2010.  Di bahagian credit scene pengarah Hanung Bramantyo letak beberapa klip asal Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan juga upacara pengebumian yang diiringi oleh rakyat Indonesia. 

Masa dapat tahu Pak Rudy meninggal tahun lepas, rasa sedih juga dengan pemergian permata negara Indonesia ni tapi bila teringat interview yang dia akan dapat bertemu dengan Bu Ainun, rasa gembira saangat impian dia akan tercapai. Lagu Kamu Dan Kenangan ciptaan Melly Goeslaw yang dinyanyikan oleh Maudy Ayunda sendiri menambahkan rasa sayu sebab lirik yang bermakna. Tambah pula Pak Rudy sendiri suka dan menangis bila dengar lagu tu, apatah lagi kita yang membayangkan betapa besarnya cinta dia kepada Ainun. 

Selepas 2 movie di bawah franchise Habibie & Ainun menggunakan khidmat Ipung Rachmat Syaiful, kali ni visual naskhah biografi drama diserahkan kepada Yudi Datau. Shot yang menarik untuk menghidupkan watak Ainun dengan close-up dan aerial view untuk gambarkan keindahan Jakarta. Costume, hairstyle dengan props menghidupkan semua era yang dipaparkan dalam movie ni.

Sedih sebenarnya bila dapat tahu watak Ainun bukan lagi dilakonkan oleh Bunga Citra Lestari sebab dah tengok Habibie & Ainun. Muka Bunga pun lagi seiras dengan Bu Ainun yang asal. Tapi lakonan Maudy Ayunda pun apa kurangnya. Dalam movie ni dia bercinta dengan Ahmad (Jefri Nichol) tapi berpisah kerana prinsip hidup yang berbeza. Ahmad nak keluar dari Indonesia supaya Ainun dan anak-anak boleh hidup dalam surrounding yang positif tapi Ainun pula mahu bangunkan Indonesia dan jadikan tempat yang lebih bagus, sama seperti impian Rudy. 

Tapi scene tu macam tak berapa nak menyentuh perasaan lah sebab kita dah tahu sudahnya Ainun akan pergi ke Jerman lepas berkahwin dengan Rudy. Dia jadi doktor tapi di Jerman, bukan di Indonesia. Kesian Ahmad. Tak lepas mata pandang Jefri Nichol dalam movie ni sebab dia handsome dan protective. Teringat pulak Surat Cinta Untuk Starla sebab watak dia romantik dan puitis. Dalam movie ni macho habis! 


Tak banyak sangat scene Habibie dan Ainun bersama dan dalam movie ketiga ni mereka berdua pernah berjumpa beberapa kali sebelum masing-masing pergi ke universiti. No wonder lah Rudy yakin sangat Ainun akan pilih dia walaupun ramai jejaka lain yang datang mengorat. Movie ketiga di bawah kendalian produser Manoj Punjabi sayangnya rasa tak lengkap, rasa ada yang kurang. Scene Reza dengan Maudy pun nampak awkward. Mungkin Pak Rudy sendiri yang memilih Maundy sebab dia nampak iras Bu Ainun dalam diri Maudy tapi impak Bunga lebih terasa. 

Mungkin tak banyak kisah cinta antara Habibie dan Ainun walhal tajuknya begitu. Sepatutnya letak tajuk Ainun sahaja. Hopefully Manoj Punjabi akan terbitkan banyak lagi movie berkenaan Pak Rudy Habibie dan Bu Ainun sepertimana yang dia pernah bagitahu nak release 10 movie under franchise ni sebab nak tahu sangat kejayaan-kejayaan semasa Indonesia di bawah pemerintahan Pak Rudy dan juga kisah lain antara pasangan cinta ni.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

19 comments

  1. tajuk both name kan ,tapi cerita byk satu pihak saja... hurm dash and lily yg i tgk tu, tak sure.. tapi rasanya sama byk

    ReplyDelete
  2. ala tak best la bila heroin dia berlainan untuk setiap movie

    ReplyDelete
  3. Belum sempat lagi tengok movie ni..thanks for the review ☺️

    ReplyDelete
  4. To be honest, qeela tak pernah tengok lagi movie Habibie & Ainun ni even from the start, now dah ke 3 yea?! Ramai cakap best, rasanya memang kena tengok jugak ni, jauh sangat tertinggal train dah ni haha

    ReplyDelete
  5. Cuba nak fahamkan tapi tak boleh so penyudahnya memang kena tonton dulu baru faham ...hehehe. Nanti ada masa k.sal layan ya

    ReplyDelete
  6. Oh I am new to this movie. Must support la and it's quite new movie. I like the costume and styles of the artists

    ReplyDelete
  7. Rawlins masih dalam fasa melayan Thailand movies. Nampak macam best plak franchise nie - maybe next boleh layan la kan.

    ReplyDelete
  8. reza memang my favourite Indonesia actor. semua cite yang dia berlakon saya suka sebab semua best termasuklah cite ni..

    ReplyDelete
  9. Sambil tengok movie2 ni, kita boleh educate diri sendiri tentang sejarah dan politik Indonesia, kan? Sebenarnya sebelum saya baca review2 di blog Farhana ni, saya tak familiar pun dengan nama Pak Rudy. Begitu cetek sekali pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Issyhhh jangan cakap macam tu sis, saya pun tahu pasal Pak Rudy sebab franchise ni. Takpe, sama-sama kita ambil tahu sikit sebanyak dari sini

      Delete
  10. Tajuk cerita ni pernah jadi sebutan kan dulu? Tapi faa tak minat nak tengok masa tu.. Lepas baca ni sinopsis jalan cerita macam menarik pulak. Kalau ada masa nanti bole la tengok

    ReplyDelete
  11. Baru tengok yang first tu lepas Farhana review..next nak tengok kedua dulu... nanti baru tengok yang ketiga ni.. laju-laju baca review atas, takut spoil diri Sis hahahaha..

    ReplyDelete
  12. Ini yang ke-3 ye? Perghh,, kena tengok dulu la yang first and second dulu kalu macam ni.. walaupun tak full mark, but you rating 8 pun dah cukup tinggi dah tue.. :)

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tengok filem Habibie dan Ainun walaupun banyak baca review best tentang filem. Kena cari masa untuk layan movie lah,lama juga tak layan movie ni..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Kena tgk cerita ni.. mmg nampak best sebab ada sequels dia.. so mmg details

    ReplyDelete
  16. what a great movie, i almost cant wait to watch it. i have to admit that i think the actress is really pretty hehe

    ReplyDelete
  17. Interesting moview sis, baca review pun macam dah best gitu kalau nonton mesti ngotott.. kata orang Jawa hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.