Movie Review : Drishyam

Wednesday, 9 December 2020

Director : Nishikant Kamat

Writer : Upendra Sidhaye

Cast : Ajay Devgn, Tabu, Shriya Saran, Ishita Dutta, Mrunal Jadhav, Kamlesh Sawant, Rishab Chadha

Production Company : Panorama Studios

Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, White Hill Studios

Genre : Thriller / Drama

Running Time : 163 minutes

Release Date : 31 July 2015

Trailer :

Pengarah movie asal Drishyam (Illusion), Jeethu Joseph minta untuk movie ni dibikin semula dengan tajuk yang sama di Bollywood. Mengisahkan tentang Vijay Salgaonkar (Ajay Devgn) yang cuba untuk selamatkan keluarga dia dari dijatuhkan hukuman membunuh. 

Tragedi bermula bila Anju (Ishita Dutta) diganggu oleh Sam (Rishab Chaddha) selepas pulang dari summer camp. Akibat takut maruah dia tercalar, tanpa sengaja Anju dan ibu dia, Nandini (Shriya Saran) pukul Sam sehingga mati dan tanam di belakang rumah. Bila Vijay pulang dari kedai, dia dapat tahu tentang kemalangan tersebut dan buang semua barang Sam dan campak kereta ke dalam lombong. 

Tak lama kemudian baru dia dapat tahu yang Sam adalah anak kepada Inspector General Meera Deshmukh (Tabu). Sub-inspector Laxmikant Gaitonde (Kamlesh Sawant) berulang kali bagitahu kepada pegawai polis yang lain bahawa Vijay ada pada 2 Oktober sebab dia nampak Vijay drive kereta kuning sama dengan deskripsi kereta Sam. Tapi alibi dia sukar untuk dipercayai sebab Vijay dan keluarga semuanya bercuti ke Panaji pada 2 dan 3 Oktober. Tambah pula, ramai yang tahu perang dingin antara SI Gaitonde dengan Vijay. 

Meera dan Mahesh Deshmukh (Rajat Kapoor) mula risau dengan anak mereka berdua sebaba tak ada sebarang bukti atau hint mengaitkan Vijay sekeluarga dengan kehilangan Sam. Malah tak ada bukti lain yang dapat bantu mereka menjejak di mana keberadaan Sam. Paling tidak, mereka nak tahu di mana mayat anak mereka berdua. 

Pace movie pada first half agak perlahan sebab pengarah baru nak memperkenalkan keluarga Salgaonkar dan karakter Vijay sebagai watak utama. Bila masuk second half di mana IG Meera mula mencari anak dia, baru terasa gerun dan curious apa akan jadi pada keluarga yang cuba untuk keluar dari mimpi buruk. Bak kata Vijay, tak ada garis hitam dan putih dalam kejadian ni. 

Kalau Meera di tempat dia pun, mungkin dia akan lakukan benda yang sama untuk selamatkan keluarga. Tak mungkin mereka dapat selamat dari polis yang dah terkenal dengan budaya membuli dan salah guna kuasa. Digambarkan dengan baik oleh Kamlesh Sawant bila keluarga kecil ni dibelasah walaupun Anju dan Anu (Mrunal Jadhav) masih minor. 

Dari lensa Avinash Arun kita dapat lihat keindahan Pondolem, Goa walaupun Cuma beberapa tempat tapi cukup untuk buat kita tertarik untuk stay di kampung yang tenang, cantik dengan penduduk yang ramah dan saling membantu. Seni bina dan dekorasi cantik pun memainkan peranan untuk menghidupkan budaya setempat. Music score dari Vishal Bhardwaj dengan lirik dikarang oleh Gulzar naikkan mood penceritaaan dan emosi. 

Lakonan Tabu memuaskan untuk watak Inspector General Meera dengan emosi yang berkecamuk tapi masih lagi dapat gunakan pengalaman dan kebijaksanaan dia untuk decode penipuan licik Vijay dan keluarga dia. Ajay Devgn pula nampak too heroic for a commoner dengan bulky body sebab dia tengah shooting action movie – Shivaay masa ni. Shriya Saran pun nampak tak ngam sebagai isteri dia. 

Movie asal Drishyam yang beraasal dari Malayalam dah dibikin semula di Telugu, Tamil juga Bollywood dan kesemuanya mendapat kutipan tinggi. Akibat dari sambutan hangat, team production decide untuk buat sequel. Dah habis shooting dah pun dekat Kerala. Hopefully tahun depan boleh tengok apa kejutan dari keluarga Salgaonkar dalam movie Drishyam 2 nanti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 10/10

1 comment

  1. nak habis kan first half yg slow tu seksa kan .... kena push tgk baru boleh enjoy

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.