Movie Review : Coolie No. 1 (2020)

Saturday, 26 December 2020

Director : David Dhawan

Writer : Rumi Jaffrey, Farhad Samji

Cast : Varun Dhawan, Sara Ali Khan, Paresh Rawal, Javed Jaffrey, Sahil Vaid, Vikas Verma

Production Company : Pooja Entertainment

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Romantic / Comedy / Action

Running Time : 135 minutes

Release Date : 25 December 2020

Trailer :

Remake dari movie Coolie No. 1 (1995) di bawah arahan pengarah yang sama, David Dhawan mengisahkan tentang Raju (Varun Dhawan), seorang kuli di stesen keretapi yang jatuh cinta dengan si cantik Sarah Rozario (Sara Ali Khan), anak kepada billionaire, Jeffrey Rozario (Paresh Rawal) yang sombong dengan kekayaan dan status dia. 

‘You know what kind of son-in-law I want? The one who charters an airplane to buy groceries. If a country wants to borrow money, they should ask him.’ - Jeffrey Rozario

Terhina dengan kata-kata Jeffrey, Pandit Jai Kishen (Javed Jaffrey) berazam akan balas dendam. Dia terjumpa Raju kemudiannya plan untuk menyamar sebagai putera raja yang mempunyai syarikat Kunwar & Kunwar Multimillionaires. Kawan baik Raju, Deepak Verma (Sahil Vaid) pula menyamar sebagai driver dan pinjamkan kereta mewah selama beberapa minggu sementara owner sebenar, Mahesh Anand Pratap Singh (Vikas Verma) pergi ke Singapura. 

Plan mereka bertiga menjadi bila pakcik Sarah (Rajpal Yadav) percaya helah mereka dan biarkan tinggal di hotel di Goa secara percuma. Bukan setakat tu je, Sarah pun jatuh cinta pandang pertama disebabkan kekayaan, kekacakan dan sifat rendah diri yang ada pada Raj. Mereka berdua berkahwin walaupun Raj bagitahu yang ayah dia tak suka dia berkahwin dengan keluarga miskin. 

Sama macam Coolie No. 1 (1995), jalan cerita tak banyak yang diubah tapi ada beberapa scene dibuang dan diubah bersesuaian dengan selera audience zaman sekarang. Kalau versi Govinda nampak tak meyakinkan sebagai kuli gara-gara kostum bersih dan baru, versi Varun Dhawan tampak real dengan muka comot, kulit sedikit gelap dan baju yang kotor dan luntur. 

Sama macam Govinda, lakonan Varun Dhawan menjadi dengan perfect comic timing dan romantic bila muncul scene bersama Sara. Fresh Jodi and sizzling chemistry! Untuk scene action pun nampak sharp dan cantik dengan bantuan camera angle dari Ravi K. Chandran. Cuma untuk scene yang melibatkan keretapi je nampak tak cantik VFX. Patutnya kurangkan scene yang melibatkan VFX kalau tak ada bajet untuk suntingan yang lebih kemas. Scene last mungkin signature scene untuk Coolie No. 1 baik yang lama atau baru tapi macam tak realistik langsung sedangkan boleh je Raj selamatkan Jeffrey dari tingkap yang pecah tu. 

Music score dari Tanishk Bagchi dan duo Salim-Sulaiman bagi nafas baru kepada beberapa lagu dalam Coolie No. 1 (1995) seperti Husn Hai Suhana, Mirchi Lagi Toh dan Coolie No. 1 dan tambah lagu Teri Bhabhi, Mummy Kasam dan Tere Siva. Semua lagu best kalau hasil gubahan Tanishk cuma sayangnya kebanyakan suara penyanyi latar perempuan tak match dengan suara Sara Ali Khan. Nampak sangat miming dan lip sync dia pun tak berapa menjadi. 

Choreography dance dari Ganesh Acharya untuk semua lagu nampak cantik dan kena dengan suasana lagu tapi untuk lagu Husn Hai Suhana tak sesuai sangat dengan hand groping steps tu sedangkan movie ni tontonan umum. One thing for sure, Sara Ali Khan tak pandai menari sebab kebanyakan heavy steps diberikan pada Varun.

 

Ada tribute moment bila Varun Dhawan mimic dan lontarkan dialog SRK dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Salman Khan dalam movie KICK (2014), Amitabh Bachchan dalam movie Coolie (1984) dan Mithun Chakraborthy untuk Disco Dancer (1982). Tapi tak ada tribute langsung untuk Govinda sedangkan dia yang popularkan movie ni dulu. 

Dalam animasi di awal movie ada cameo karikatur seiras Amitabh Bachchan walhal tak ada kena mengena pun. Dah la watak tu ambil Raju bekerja dekat situ walhal Raju dah tunjuk gambar mak dia. Instead of tolong carikan ataupun hantar dekat balai polis, watak tu paparkan child labor. Mak Raju pun tak datang balik cari anak dia walhal dia tahu dekat stesen mana anak dia tercicir. Raju pun dah selesa hidup sendirian gamaknya. 

Dalam movie ni ada ramai pelawak terkenal macam Paresh Rawal, Rajpal Yadav dan Johnny Lever tapi dialog masing-masing cringe sampaikan rasa annoying nak tengok setiap kali muncul. Movie Coolie No. 1 ni dah ada 3 movie sebelumnya tapi sikit pun tak ada pembaharuan dari dialog dan jalan cerita yang lebih kemas. Jadi untuk apa remake? Membazir sangat. 

Hopefully Varun akan stop dengan movie comedy slapstick macam ni sebab range of talent dia besar tapi tersekat dek kerana permintaan keluarga. I crave for another Badlapur and October. Since Bollywood cinema tak mungkin akan buka dalam masa terdekat dan ramai yang bagi perhatian kepada OTT platform, ada baiknya Varun fokus dengan method acting films. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.