Pengarah : Danial Rifki
Penulis Skrip : Garin Nugroho
Pelakon : Acha Septriasa, Deva Mahenra, Adinda Thomas, Ira Wibowo, Robby Purba, Susan Sameh, Donny Damara, Muhammad Soufan (Munna), Dzawin
Syarikat Produksi : MNC Pictures
Pengedar : MNC Media, Netflix
Genre : Drama / Romantik
Durasi Tayangan : 106 minit
Tarikh Tayangan : 14 November 2019
Trailer :
‘Allah bekerja dengan cara tersendiri.’
Kerana wasiat arwah ayah (Muhammad Soufan), Talia (Acha Septriasa) perlu belajar agama dengan Kiblat (Deva Mahendra) dari Pondok Pesantren Ngrangkah Pawon, Sepawon, Kediri. Kisah silamnya, Kiblat dan Talia berkawan baik sejak kecil. Ayah Talia yang bagi dana untuk Kiai Umar (Donny Damara) bina pondok dan usahakan ladang koko. Bila ditanya bagaimana untuk bayar kembali wang tersebut, ayah Talia cuma minta dia balas dengan ilmu agama.
Talia ialah seorang pengacara yang terkenal kerana program gossip ‘Bibir Talia’ jadi bila setiap kali dia ke pondok untuk berjumpa dengan Kiblat, dia akan sentap dengan isi agama mengenai gossip. Ibarat menabur garam di luka Talia selepas rancangan dia diberhentikan serta merta dan digantikan dengan ‘Bisikan Chandra’ yang dikendalikan oleh Chandra (Susan Sameh), pembantunya.
Kemudiannya Head Programming (Robby Purba) minta Talia handle program Kuliah Subuh dan buktikan yang dia mampu naikkan rating sekaligus menjadi producer executive. Mlenuk (Adinda Thomas) cadangkan supaya Talia bawa Kiblat sebagai ustaz jemputan sebab dia handsome dan cara dia mengajar fresh. Bukan setakat penonton berusia sahaja yang tertarik malah golongan milennials.
Sayangnya Kiblat bawa Husna (Chiki Fawzi), anak perempuan Kiai yang mungkin akan dijodohkan dengan Kiblat. Rasa cemburu mula datang tambah pula hubungan Talia dengan Kiblat dingin tak seperti zaman kecil dulu.
Walaupun movie 99 Nama Cinta di bawah produksi MNC Pictures ni berkonsepkan agama tapi tak bosan dengan pace yang laju dan skrip yang menarik. Dialog berkisar keagamaan diadun dengan ringkas bersama rencah komedi seperti scene Mas Bambu (Dzawin) menerangkan tentang gelaran Ustaz.
‘Nama saya Bambu. Pelajar di sini panggil saya Ustaz Bambu tapi puan tak perlu panggil saya Ustaz sebab ustaz tu maksudnya guru di dalam Bahasa Arab. Sama seperti kerusi, kursiyun dalam bahasa Arabnya.’
Dari dulu memang suka sangat dengan movie berkonsepkan agama dari negara Indonesia sebab olahan tu benar-benar mahu mengajar dengan lebih dekat tanpa sebarang perli atau ‘tarbiah sentap’ seperti di Malaysia. Even dalam lagu pun perli keras dengan rap berjela. Sudahnya ke mana? Di situ ajaaa…
Penulis skrip 99 Nama Cinta ni bukan calang-calang orang sebab Garin Nugroho dah banyak kali menang pelbagai award untuk penulisan skripnya. Movie debut dia, Cinta Sepotong Roti (1991) pun dah dapat 6 pencalonan di Indonesian Film Festival (IFF). Surat untuk Bidadari (Letter for an Angel) tahun 1994 pula pernah menang di Tokyo International Film Festival. Walaupun pengiktirafan ni dah lama tapi hasil kerja dia masih lagi berbisa. Hasilnya? Skrip 99 Nama Cinta.
Tertarik dengan perwatakan Husna yang mendalami ilmu agama dari fesyen dan musik kerana semasa Wali Songo menyebarkan Islam di Tanah Jawa, salah satu method yang diguna pakai adalah seni dan musik. Selain dari mengajar ilmu agama, Husna juga mengajar bagaimana untuk menghasilkan fashion yang menutup aurat tanpa membuang seni kebudayaan masyarakat tempat. Sedap suara Chiki menyanyi lagu yang dicipta oleh Sunan Kalijaga dengan ukulele. Walaupun 99 Nama Cinta adalah movie debut tapi dia langsung tak kekok dan menyerlah walaupun kebanyakan screentime bersama nama-nama besar.
Soundtrack utama 99 Nama Cinta adalah Seluruh Cinta nyanyian Cakra Khan dan Dato’ Siti Nurhaliza. Sesuai sangat bila lagu berentak balada dengan lirik puitis memberi gambaran kagum dengan persona seseorang. Dalam movie ni Talia yang senang dengan kuliah agama Kiblat manakala Kiblat pula suka dengan ketabahan Talia.
Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku 'kan selalu memujamu
Hingga nanti kita 'kan bersama
Bila tengok watak Kiblat ni teringat dengan karakter Ustaz Adam dalam franchise drama Nur, menyampaikan dakwah tanpa judgement dan ikhlas kerana Allah. Kalau suka dengan drama Nur, vibe 99 Nama Cinta sesuai sangat untuk you guys.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
teringat pulak cite aeril "99 kali rindu"..haha
ReplyDeletei suka NUR 1 ..so i think i akan suka juga cita ni
ReplyDelete