Writers: Heung So-Ri, Kim Hyung-Min, Park So-Ri
Cast: Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Lee Do-Hyun, Go Min-si, Kim Nam-hee, Park Kyu-young, Kim Sang-ho
Production Companies: Studio Dragon, Studio N
Distributor: Netflix
Genre : Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes: 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 18 December, 2020
Trailer:
Selepas kematian semua ahli keluarga, Cha Hyun-su (Song Kang) berpindah ke Green Mansion Apartment tapi kejadian aneh bermula selepas jiran sebelah datang minta bantuan kemudiannya bertukar menjadi raksasa. Tak semua bertukar menjadi raksasa yang sama, kerana perubahan tersebut mengikut keinginan, obsesi, trauma semasa hidup sebagai manusia. Ada juga berubah menjadi raksasa labah-labah dan jel.
Tak didedahkan punca dan bagaimana virus raksasa tu masuk ke dalam sistem manusia tapi yang pastinya setiap yang berjangkit akan mengalami simptom yang sama – hidung berdarah dengan banyak, perilaku berubah menjadi agresif dan akan mula berhalusinasi.
Dalam keraguan dengan tindakan Kerajaan yang mengurung mereka di dalam bangunan masing-masing, kehendak untuk keluar dari bangunan tersebut juga seperti menempah maut bila kawasan tersebut dipenuhi dengan raksasa.
Lee Eun-hyuk (Lee Do-hyun) cuba bertenang dan ambil alih menjaga semua yang terselamat termasuklah adik dia sendiri, Lee Eun-yoo (Go Min-si). Drama ni bergerak dengan berlatarbelakangkan dua bahagian. Bahagian pertama di bahagian ground floor yang dikawal oleh Eun-hyuk dan Seo Yi-kyeong (Lee Si-young), bekas ahli bomba dan juga special force.
Manakala di bahagian atas pula ada watak-watak yang tak kurang hebatnya seperti Hyun-su, Pyeon Sang-wook (Lee Jin-wook), Yoon Ji-soo (Park Kyu-young), Jung Jae-heon (Kim Nam-hee) dan Han Du-sik (Kim Sang-ho).
Masing-masing ada kelebihan dan strong factor untuk survive dalam serangan raksasa ni sementara menunggu bantuan dari Kerajaan sampai. Sedangkan yang lain cuma bergantung harap kepada watak-watak utama ataupun memburukkan keadaan dengan jadi bodoh.
Penulis keluar dari template tipikal bila manusia kena gigit akan bertukar menjadi zombie atau berjangkit dengan virus. Idea yang fresh tapi bila raksasa takkan mati jadi hmmm macam mana nak survive ni?
‘When someone is sure about keeping a promise when it’s hardly possible, there’s a good chance that’s a lie.’
Diadaptasikan dari webcomic berjudul Sweet Home karya Kim Carnby dan Hwang Young-chan, barisan pengarah - Lee Eung-bok, Jang Young-woo & Park So-hyun berjaya menghidupkan dunia yang dipenuhi dengan raksasa.
Penggunaan visual effects, transition yang menarik, grading tone sesuai dengan mood cerita antara kekuatan drama Sweet Home di bawah terbitan Netflix. Sinematografi yang berlandskapkan perang dipaparkan dengan cemerlang. Backround music dari Gaemi menambahkan elemen saspen dan misteri tentang kejadian aneh di Korea Selatan ni.
Lepas naskhah cinta tiga segi, Love Alarm (2019), Song Kang berlakon pula dalam action thriller drama Sweet Home sebagai main lead. Walaupun watak lebih kurang sama, sejenis yang pendiam dan banyak ekspresikan melalui pandangan mata dalam kebanyakan scene tapi watak Hyun-su mempunyai depth dan impaknya yang tersendiri.
Sedih bila penduduk apartment tu gunakan dia sebagai senjata tapi lagi sedih bila Du-sik peluk dan tenangkan dia dalam episod 10. Scene dia dengan Eun-yoo pun comel and both of them berlakon dalam Love Alarm jugak cuma bukan as couple.
Watak Lee Si-young padu jugak dalam drama ni bila dia antara yang kuat bertarung dengan monsters, deal dengan military dengan keadaan dia macam tu. Masa dia pakai winter coat nampak macam innocent je tapi bila dia pakai sportswear perghhh body mantap gila. Energy sama level je dengan Lee Jin-wook. Puas sangat bila tengok scene dia bunuh semua manusia yang lebih mengerikan daripada monster.
Hakikatnya naskhah Sweet Home ni lebih menonjolkan sisi gelap manusia bila dalam keadaan genting sama ada akan menjadi berguna kepada orang sekeliling ataupun jadi sampah. Setakat musim pertama, belum diceritakan lagi ada mana-mana manusia yang berubah jadi raksasa akan bertukar kembali jadi manusia sebab dalam mana-mana agama pun akan ada ruang untuk manusia bertaubat. Yang diberitahu penulis cuma teknik untuk melambatkan proses bertukar jadi raksasa bila manusia kena kawal diri dan bertenang.
‘We live as human, die also as human.’
Tak pasti bila Season 2 akan keluar sebab Netflix ni sejenis jugak kalau buat drama suka biar fans tunggu lama macam Love Alarm dengan Vagabond. Untuk drama dengan heavy vfx macam Sweet Home ni tak tahu lah bila pulak nak munculnya. Mungkin 5 tahun lagi….
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Ada tengok gak tp sbb akak tgk mcm ada zombie dan scary xjadi nak temgok walaupun pelakon yg akak suka, akak ni xminat movie yg zombie2 or rasaksa banyak2 gini ngeri hahahaj
ReplyDeleteYeah!! Dah keluar dah.. Tak sabar nak tengok.. Komik dia tak habis lagi baca..
ReplyDeleteini klu dia buat hal mcm cerita kingdom, boleh marah la.. season 1 2018 season 2 2020 hahah
ReplyDeleteadoi struggle tau nak habiskan satu episode sebab takut tengok monster dia tu. ini kes lagi seram daripada hantu..hahaha
ReplyDeleteMasuk list kat netflix nanti boleh layan hihihi
ReplyDelete