Movie Review : Virus (2019)

Monday, 23 November 2020


Director : Aashiq Abu

Writer : Muhsin Parari, Sharfu, Suhas

Cast : Kunchacko Boban, Tovino Thomas, Parvathy Thiruvothu, Asif Ali, Rahman, Soubin Shahir, Indrajith Sukumaran, Revathi, Rima Kallingal, Madonna Sebastian, Sreenath Bhasi, Zakariya Mohammed

Production Company : OPM Cinemas

Distributor : OPM Cinemas

Genre : Medical / Drama 

Running Time : 152 minutes

Release Date : 7 June 2019

Trailer :

Diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku di Kerala, India Selatan bila virus Nipah merebak di Government Medical College, Kozhikode. Bermula dari pesakit yang bernama Zakariya (Zakariya Mohammed) yang dibawa dari Baby Hospital dan dipindahkan ke GMC. Nurse Akhila (Rima Kallingal) yang merawat turut dipindahkan ke GMC selepas mendapat symptom yang sama – demam, tekanan darah tinggi, susah bernafas dan muntah. 

Disebabkan Zakariya, terciptanya satu kluster di GMC dan pakar virus sahkan virus tersebut virus Nipah berdasarkan symptom sedia ada. Menteri Kesihatan, C K Prameela (Revathi) bersama team dia menyiasat punca virus Nipah di dua kawasan tersebut. Dalam masa yang sama pelbagai jenis kontroversi dan khabar angin wujud antaranya ialah virus yang merebak mungkin disebarkan oleh kumpulan pengganas gara-gara datang dari Zakariya, seorang Muslim. 

C K Prameela call Dr. Annu (Parvathy Thiruvothu) untuk tugas undercover dan siasat latar belakang semua pesakit yang terlibat dalam kluster Zakariya. Dalam masa yang sama, Paul (Tovino Thomas) cuba untuk kawal keadaan di GMC supaya pekerja tak panik di saat genting. 

Bagus bila pengarah movie Malayalam, Aashiq Abu buat movie berdasarkan kisah benar untuk beri penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat tapi sayang lah kalau penceritaan tak disampaikan dengan baik. Sepanjang 152 minit tengok movie Virus ni agak pening dengan semua konflik yang wujud dari awal sampai misteri terbongkar. Tiba-tiba je flashback muncul tanpa berkait dengan plot utama ataupun naratif. Nampak kreatif lah kalau watak dan sub-plot tak banyak. Bila baca kes sebenar baru faham apa yang terjadi dan siapa watak-watak berkenaan. 

Kudos to Rajeev Ravi dengan visual yang menarik untuk hidupkan senario sebenar di wad kecemasan baik zon hijau, kuning atau merah. CPR, injection, stiches, darah, kemalangan, kematian dan banyak lagi yang dipaparkan secara close-up untuk gambarkan betapa pentingnya sumbangan seorang doktor. Visual effects dengan teknologi dalam scene team Kementerian Kesihatan berbincang tentang data yang dikumpul pun nampak smart. 

Kalau yang tak familiar dengan virus Nipah mungkin tak faham tentang cara virus ni merebak sebab doktor dekat GMC ataupun doktor yang terlibat pakai PPE atau surgical mask ikut suka je. Ada scene Dr. Annu buka mask N95 dia sebab taknak pesakit cuak padahal result test dia belum keluar lagi. Dalam situasi pandemic macam tu, macam tak perlu je nak berdrama. 

Dalam movie Virus ni ada diceritakan asal-usul virus Nipah yang datang dari Malaysia pada tahun 1999 berpunca dari kelawar buah dan babi. Sejarah ni diterangkan bila ada keluarga mangsa yang nak kebumikan ikut cara Islam so team Kementerian berbincang hal SOP. Antara scene yang dijelaskan dan ditayangkan dengan cantik bila melibatkan isu sensitif. 

Walaupun movie ni sarat dengan watak tapi masing-masing ada cerita masing-masing yang penting dibawa masuk supaya nampak drama bertemakan pandemik ni. Sedih bila tengok scene mak Zakariya tak sanggup nak jumpa orang dari Kementerian yang siasat tentang punca virus Nipah sebab dia tak nak orang kampung cerca anak dia pembawa musibah. 

Hakikat yang terpaksa kita telan bila berlawan dengan pandemik. Even segelintir frontliners kita pun dicemuh oleh orang biasa sebab dituduh pembawa virus apatah lagi yang terkena virus covid-19 ataupun virus berjangkit yang lain. Kudos to Virus team yang mengangkat tema pandemik dari kisah benar, hopefully akan datang lebih banyak lagi movie macam ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8.3/10

3 comments

  1. musim pandemic mcm ni, cerita ni mmg sesuai utk ditonton

    ReplyDelete
  2. Cerita ini bagus untuk ditonton di musim sekarang ini.. Betapa mahalnya usaha frontliners dalam menangani setiap krisis..

    ReplyDelete
  3. Bila ada flashback tue yang rasa macam pening sikit nak tengok... Tapi movie nie sesuai sangat untuk ditonton, lebih² lagi kes yang hampir sama dengan keadaan sekarang..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.