Movie Review : Raja Natwarlal

Saturday, 28 November 2020

Director : Kunal Deshmukh

Writer : Kunal Deshmukh, Parveez Shaikh, Sanjay Masoom (dialogue)

Cast : Emraan Hashmi, Humaima Malick, Paresh Rawal, Kay Kay Menon, Deepak Tijori, Prasad Oak, Prachi Shah, Mohammed Zeeshan Ayyub

Production Company : UTV Motion Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Crime / Thriller 

Running Time : 140 minutes

Release Date : 29 August 2014

iMDB Rating : 6.1/10

Trailer :

Selepas kejayaan franchise Jannat, pengarah dan penulis Kunal Deshmukh bekerjasama sekali lagi bersama Emraan Hashmi dalam movie dengan genre crime thriller – Raja Natwarlal yang mengisahkan conman Raja (Emraan Hashmi) nak balas dendam atas kematian kawan baik dia, Raghav Desai (Deepak Tijori) yang dibunuh oleh orang upahan Varda Yadav (Kay Kay Menon). 

Kisah bermula dengan hasrat Raja untuk curi wang kepunyaan Varda sebanyak Rs8 juta bila dia terdengar conversation anak buah Varda di sebuah restoran. Raja buat plan dengan Raghav walaupun awalnya kawan baik dia nasihatkan supaya jangan bermain dengan api. Besar duit yang dicuri, besar juga risikonya. Tapi Raja tetap juga dengan plan dia sebab dia nak selamatkan cinta hati, Zia (Humaima Malick) yang terperangkap dan dipaksa bekerja sebagai bar dancer. 

Plan mereka berjaya seperti yang dirancang tapi nyawa Raghav melayang depan mata Raja sendiri. Sikit pun Raghav tak buka mulut tentang Raja jadi tak ada siapa pun yang tahu identiti Raja yang sebenarnya. Raja mencari Yogi (Paresh Rawal) di Dharamshala sebab Raghav pernah bagitahu pasal seasoned conman sebelum dia meninggal. 

Yogi setuju untuk bantu dan kumpulkan semua team members dia untuk cari maklumat tentang Varda supaya mereka semua boleh tentukan cara apa yang sesuai berdasarkan kelemahan pihak lawan. Bukan calang-calang orang jadi mereka semua kena pastikan plan menjadi tanpa gagal. Silap langkah, sama ada meringkuk dalam penjara ataupun dibunuh oleh Varda. 

Karya Kunal Deshmukh sebelum ni lebih dark tapi kali ni dia come up dengan jalan cerita yang lebih fun dan menghiburkan supaya fans Emraan nampak sisi berbeza. Special dalam movie Raja Natwarlal ni Emraan siap menari lagi sebab nak hidupkan karakter Raja yang fun.Visual dari lensa Raaj A Chakravarti cantik especially sinematografi di Cape Town, Afrika. 

Disebabkan Priyanka Chopra dengan Jacqueline Fernandez busy dengan movie lain, team production offer role heroine kepada Humaima Malick – model dan pelakon Pakistan. Sesuai sangat lah Humaima berlakon watak Zia sebab dia cantik dan body dia lembut je bila menari. Rasa terpukau bila tengok dia dalam lagu Tere Hoke Rehenge (Female Version). Suara Shweta Pandit padan dengan Humaima. Tak sangka komposer Yuvan Shankar Raja yang debut dengan movie Raja Natwarlal boleh deliver music album dengan 6 lagu hits dengan lirik yang dikarang oleh Irshad Kamil.

Wardrobe Zia patut diberi pujian dan perhatian sebab cantik dan unik. Dia suka pakai dress, sari atau lehenga dari material chiffon so bila dia bergerak atau menari nampak flowy dan terletak cantik pada badan dia. Chandbali earrings atau jhumka ataupun accessories cantik belaka. Pendek kata, dekat tempat yang sesak pun dia tetap menonjol. Watak Raja pun ada fashion yang tersendiri sebab dia suka pakai kemeja denim dengan patch di bahagian bahu. Kudos to Jafer Ali Munshi and team! 

Babak-babak awal dalam Raja Natwarlal nampak biasa je dan kisah percintaan Raja dengan Zia pun tak ditonjolkan sangat buatkan relationship mereka berdua jadi persoalan sama ada cinta Raja bertepuk sebelah tangan tapi lepas Raja berjumpa dengan Yogi, dekat situ dah mula nampak momentum cerita mula menaik dan menghiburkan. Ditambah pula dengan plot twist di hujung cerita. Walaupun terserlah fiksyen untuk certain part tapi menarik je untuk layan. Macam scene hitman Varda (Mohammed Zeeshan Ayyub) tahu mana nak cari Raja tapi Varda tak kenal pun siapa Raja. Ataupun scene Raja keluar dari boot kereta tapi pemandu tak terasa pun perbezaan berat kereta padahal kita nampak kereta ternaik sikit bila Raja keluar. 

Teknik yang Yogi tunjuk pun akan didedahkan pada hujung movie macam mana dia boleh gerakkan rokok tanpa sentuh langsung walaupun dia gebang pasal fizik supaya kita nampak teknik dia tu real. 

‘A trap where you divert the victim’s attention is to show him what makes him believe so the victim will be convinced.’  

Dalam movie ni tak ada watak baik atau jahat tapi trust issues tetap jadi keutamaan. Lakonan Kay Kay Menon tak pernah menghampakan dalam avatar businessman slash villain yang scam ramai orang untuk jadi billionaire. Scene bila dia dapat tahu Raja dengan Yogi tipu dia tu epic habis lah. Syok jugak kalau team production buat sequel sekaligus menghidupkan franchise tentang conman. You guys boleh layan movie ni dekat Netflix. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.