Movie Review : Mulut Masin

Monday, 30 November 2020

Pengarah :  Razaisyam Rashid

Penulis Skrip :  Anwari Ashraf, Zaim Akmal, Shemad Al Jufri, Zulaikha Zakaria, Natasha Azlan

Pelakon : Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Farahdhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Syarikat Produksi :  Alpha 47 Films

Pengedar :  Astro Shaw / Astro First

Genre :  Komedi / Seram

Durasi Tayangan :  70 minit

Tarikh Tayangan : 19 November 2020

Trailer :

Movie Mulut Masin naskhah terbaru dari pengarah Razaisyam Rashid mengisahkan tentang 5 orang sepupu mencari wasiat nenek mereka (Khatijah Tan) yang telah hilang gara-gara Ayu (Cassia Iman) buka kotak pusaka sekaligus melanggar amanah arwah nenek mereka. Sudahnya mereka dilempar garam dan dihantui kelibat nenek. 

Roy (As’ad Motawh) ajak mereka semua ke kubur nenek untuk pastikan sama ada nenek dah bangkit ataupun khayalan semata. Masin mulut Roy bila kubur nenek berlubang semula. Esok pagi Roy cakap dalam tempayan tu ada petunjuk kepada wasiat. Masin lagi! Memang ada petunjuk yang tersimpan elok dalam labu sayong. Sudahnya mereka berlima menjejak kembali wasiat yang hilang berdasarkan petunjuk yang ditinggalkan oleh nenek sebelum parents diorang tahu perkara sebenar. Menangis Boyot (Muzayyin Mahyuddin) kalau tak dapat makan seminggu. 

Movie yang diadun konsep tradisional dan kontemporari ni mengetegahkan warisan seni orang Melayu bila nenek Ramlah suka berpantun 4 kerat. Tambahan pula tulisannya menggunakan tulisan jawi yang dah makin lapuk dek arus kemodenan. Sama seperti iman yang tak dapat diwarisi anak beranak, begitu lah juga Ajib (Jay Nazif) yang tak mampu membaca tulisan jawi. Nasib baik si Azan (Danish Hazriq) pro dengan tulisan jawi dan tinggi ilmu agama. 

Bila melibatkan wasiat dan harta pusaka, tipikal perangai anak-anak suka bergaduh berebutkan harta tanpa peduli langsung keadaan orang tua. Sama juga la yang ditonjolkan oleh watak Pak Long (Lan Pet Pet), Minah (Maria Farida), Angah (Faradhiya) dan juga suami dia (Aloy Paradoks). Tak banyak pun watak diorang buat dalam movie ni selain bergaduh sebab keutamaan diletakkan pada bahu pelakon-pelakon cilik dengan keletah kelakar mereka berlima. 

Tak sangka As’ad Motawh ada bakat berlakon sebab selama ni elakkan untuk layan hasil kerja dia sebab nyanyian dia yang sumbang dan dikecam bertubi. Better kalau As’ad fokus dengan dunia lakonan sebab physical traits dia sesuai sebagai pelakon utama. Rasanya movie ni berlatarbelakangkan Kodiang, Kedah sebab Ajib dengan nenek dia sembang utagha. Scene guard pun mention Usain Bolt Kodiang. Jay memang selesa dengan dialek utagha sebab dia lahir di Penang tapi on and off pada watak lain. 

Lakonan kelima-lima pelakon kanak-kanak  dan remaja nampak tak kekok depan kamera sebab masing-masing memang dah ada pengalaman shooting ads sebelum ni. Chemistry diorang berlima tu nampak cantik walaupun awalnya Roy sejenis poyo tapi makin lama makin nampak perubahan karakter lepas banyak masa diluangkan bersama. Pengarah Razaisyam Rashid bagitahu yang dia kena train pelakon kanak-kanak ni selama 10 hari sebelum start shooting. Worth the effort!

Kelemahan movie ni pada penceritaan yang tak dikembangkan sehabis baik dan durasi yang singkat selama 70 minit sahaja walhal boleh letak banyak lagi scene komedi  dan panjangkan plot masa sebab mereka semua stay sampai Hari Raya. Mungkin boleh ditambah scene flashback kisah anak-beranak Ramlah supaya bertambah deep scene emosi di hujung cerita. Scene seram pun tak banyak sangat. Mungkin sebab taknak pelakon-pelakon utama cuak agaknya. Tapi boleh je kacau pelakon sampingan kan?

Prop yang menghidupkan suasana kampung orang Melayu dari Aminah Mohammad dan music score dari Aliff Ashraf antara adunan yang sesuai dengan konsep dan tema movie Mulut Masin. Sesuai sebagai tontonan keluarga kerana sarat dengan mesej kekeluargaan. Boleh tengok di Astro First dengan harga RM15. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

18 comments

  1. aaaa i nak tgk ni tapi tak jumpa dlm telegram lagi hahah

    ReplyDelete
  2. Menarik bila guna pelakon cilik sebagai pelakon utama..

    ReplyDelete
  3. lakonan budak2 ni memang best langsung tak nampak kekok. itulah..kalau plot cerita lebih mantap baru rasa puas tengok movie ni.

    ReplyDelete
  4. wow ada as'ad motawh! tak pernah tengok lagi dia Berlakon tak sangka ada bakat rupanya. dekat astro masih ditayangkan ke? macam nak tengoklahhhhh

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada cerita ni. Banyak pelakon cilik terlibat ya dalam filem ni. Menarik

    ReplyDelete
  6. nice review dan komen membina. harap pihak produksi baca lah.hehe. lama betul tak layan movie melayu

    ReplyDelete
  7. love a malay movie with a good story line. cant wait to add this to the list and watch it soon

    ReplyDelete
  8. Banyak betul filem/telefilem Melayu yang bergenre komedi seram ni ya. Mesti sebab sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.

    ReplyDelete
  9. Berapa kali nampak dah cite ni tapi belum tengok lagi, nak kena ada geng baru tengok.. minggu adik-adik datang bolehlah nengok reramai.. macam kelakar seram yaaa..

    ReplyDelete
  10. Thanks for the review, i belum sempat nak watch this Movie Mulut Masin yet. Nanti time cuti nak cari.

    ReplyDelete
  11. macam macam eh tajuk filem melayu ni hahah. cinematograpy filem ni nampak menarik jugak

    ReplyDelete
  12. Menarik juga filem ni kan.. benda yang sangat berkait rapat dengan sesiapa pun bila its come to wasiat... sure banyak pengajaran yang boleh learn from here..

    ReplyDelete
  13. Dari review ni, macam menarik je cerita dia. Ni yang tak sabar nak tengok ni. Suka cerita macam ni

    ReplyDelete
  14. Cute nya tajuk citer tu, rasa terpanggil gitu nak nonton baca review aja cam tak puas gitu

    Cara Kak Su buat Duit Affiliate USD

    ReplyDelete
  15. Nampak macam menarik.. Orang2 nye tu kebnayakan legend tu..

    ReplyDelete
  16. Movie sebegini memang pilihan Nina sekeluarga. Ada hari tu anak-anak dok ulang cakap nak tonton. Nampaknya akan di usahakan bila baca review menarik sini.

    ReplyDelete
  17. Orait. Boleh layan la lepas nie sebab macam menarik plak jalan cerita dia. Weekend nie

    ReplyDelete
  18. I don't really watch malay movies , but will introduce to my friends, maybe they will like it. Thank you so much for introducing.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.