Movie Review : Khatta Meetha (2010)

Saturday, 21 November 2020


Director : Priyadarshan

Writer : Priyadarshan, Jay Master

Cast : Akshay Kumar, Trisha Krishnan, Urvashi Sharma, Rajpal Yadav, Asrani, Tinu Anand, Makrand Deshpande, Rajpal Yadav, Johny Lever

Production Company : Eros International, Hari Om Entertainment, Shree Ashtavinayak Cine Vision Limited, Shemaroo

Distributor : Eros International

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 158 minutes

Release Date : 23 July 2010

Trailer :

Movie satirical comedy drama yang dibikin semula dari movie Malayalam, Vellanakalude Nadu (1988) di bawah kelolaan pengarah yang sama mengisahkan tentang kontraktor kecil, Sachin Tichkule (Akshay Kumar) cuba untuk dapatkan dana untuk bayar pekerja dan semua expenses yang berkait dengan projek dia. 

Sepatutnya dia dapat bayaran besar dari kerajaan tapi disebabkan projek dia lulus akibat rasuah, Municipal Commissioner  Gehna Ganpule (Trisha Krishnan) hold dulu payment dia. Bukannya Sachin taknak buat kerja dengan jujur tapi separuh dari bayaran yang dia dapat perlu dibayar kepada beberapa pihak yang bagi tender kepada dia. 

Tapi kalau tengok cara pekerja dia buat kerja dalam scene dekat rumah Karodimal (Asrani) pun dah boleh agak kenapa susah sangat engineer nak luluskan projek dia. Plot utama movie ni berkenaan abang-abang ipar Sachin yang bekerja sebagai kontraktor tapi bekerjasama dengan Sanjay Rane (Jaideep Ahlawat), ahli politik yang berkelakuan samseng dan juga pembunuh. 

Projek jambatan binaan mereka runtuh bila sebuah bas yang membawa 25 orang penumpang ditimpa kemalangan bila jambatan tersebut runtuh sebab binaan tak kukuh walhal telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Seramai 20 orang yang terbunuh dan 5 orang terselamat. Kusut dengan masalah ni, abang-abang Sachin merayu kepada pemandu mereka, Vishwas Rao (Tinu Anand) supaya jadi kambing hitam. 

Tak cukup dengan mengaku bersalah, Sanjay jerut Vishwas sehingga mati supaya rahsia mereka tak terbongkar. Lepas dari scene ni, kisah hidup dan masalah tempat kerja dia mula take over flow penceritaan dan boleh dikatakan lari dari plot asal sampai jadi bosan dengan lawak hambar dan flashback yang tak menambah impak baik dari penceritaan ataupun emosi. Setengah jam terakhir baru la cerita ni berbalik kepada landasan asal. Tapi sayang lah sebab pendek je masa yang kita dapat sedangkan banyak lagi yang boleh dikembangkan dekat situ. 

Ada dua orang pelawak dalam movie Khatta Meetha – Rajpal Yadav dengan Johny Lever tapi dialog kelakar dari Jay Master tak menjadi. Mungkin ada yang suka but for me personally terlampau draggy dan mengganggu fokus kepada kes jambatan tu. Lama jugak lah nak tunggu sampai Sachin berjumpa dengan Azad (Makrand Deshpande), ahli keluarga mangsa yang nak tuntut bela. 

Lakonan Milind Gunaji, Manoj Joshi dan Paritosh Sand sebagai watak antagonis dalam movie ni tampak bersahaja. Depan keluarga nampak suci je memasing tapi bila buka topeng, terserlah kejahatan tanpa belas tu. Untuk scene tempelak kerajaan je Jay Master bagi dialog yang padu especially dialog Sachin tentang rasuah dan korupsi. 

‘So if you are benfiting from it, then let us reap some benefits as well. If we beneift the country will progress, who cares about the country's progress? We are the country.’ 

‘I am allergic to bullshit. Minister's lecture.- bullshit. He'll give food to everyone. bullshit. We will drink clean water, bullshit. We have the power in our hands and legs. We are not less than anyone. O thorn of the country listen to me. Why do you fill your pockets? If he gets a chance, he'll sell the whole country. New roads and bridges will be built, bullshit. We won't get stuck in the traffic, bullshit. The work will be done on time, bullshit.’ – Sachin 

Nothing much for music album and music score dari Pritam, visual pun okayish. Though I don’t really like the movie flow and script tapi screenplay movie Khatta Meetha ni disimpan di Oscar Library. Congrats to the team. Rasanya TV3 selalu tayang movie ni sebab ada few scenes yang I pernah tengok. But anyway, movie ni tak seperti yang dicanang and IMO, movie ni lebih menarik kalau buang comedy and unnecessary scenes dan kembangkan lagi kes jambatan runtuh kerana korupsi. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5/10

1 comment

  1. diorg tambahkan scene2 yg mengarut utk timing kot... then jadi mengarut dan boring kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.