Movie Review : Hasee Toh Phasee

Monday, 9 November 2020

Director : Vinil Mathew

Writer : Harshavardhan Kulkarni, Anurag Kashyap, Purva Naresh, Vinil Matthew

Cast : Sidharth Malhotra, Parineeti Chopra, Adah Sharma, Manoj Joshi, Sharat Saxena

Production Company : Phantom Films, Dharma Productions

Distributor : Reliance Entertainment, AA Films

Genre : Romantic / Comedy / Drama

Running Time : 141 minutes

Release Date : 7 February 2014

Trailer :

Antara keserasian dan kecantikan, yang mana satu dapat bertahan dalam perhubungan? Hasee Toh Phasee membawa tema ni dalam naskhah genre romantic comedy hasil buah tangan 4 penulis - Harshavardhan Kulkarni, Anurag Kashyap, Purva Naresh dan Vinil Matthew di bawah arahan Vinil Matthew sendiri. 

Nikhil (Sidharth Malhotra) secara tak sengaja berjumpa dengan Meeta (Parineeti Chopra) dalam majlis kahwin. Tak susah pun untuk dia jatuh suka dengan Meeta bila masing-masing ada cara berfikir yang sama. Sayangnya Meeta dalam perjalanan ke Goa sebagai transit sebelum dia ambil PhD dan buat research dalam fizik di China. 

Malam yang sama, Nikhil terpesona dengan kecantikan Karishma (Adah Sharma), kakak kepada Meeta. Dan dia tak bertepuk sebelah tangan bila Karishma bagi hint yang sama. 7 tahun kemudian both of them bertunang dan bakal berkahwin. Devesh Solanki (Manoj Joshi) tak berkenan sangat dengan Nikhil sebab dia dah banyak laburkan duit untuk bisnes Nikhil tapi belum dapat hasil. Sebab sayang dengan anak, dia turutkan saja kehendak Karishma. 

Kebetulan Meeta balik ke Delhi untuk berjumpa dengan ayah dia tapi Karishma advice supaya jangan keruhkan keadaan dan minta Nikhil jaga Meeta sebab keadaan Meeta yang addict dengan ubat sampai hilang memori dan kewarasan. Nikhil mula jatuh cinta dengan Meeta tapi dia setia dengan Karishma sebab sayang relationship dah 7 tahun walaupun dia tahu dia tak pernah sependapat dalam apa-apa hal pun dan rasa rendah diri, insecure dengan status Karishma. Macam mana Nikhil nak keluar dari dilemma dia, kena tengok la movie ni dekat Netflix. 

Watak Nikhil dengan Meeta agak berbeza bila Meeta lebih agresif manakala Nikhil jenis pasif tapi bila Nikhil tegang, Meeta pula come up dengan solution untuk tenangkan keadaan. Both of them saling melengkapi. Berbeza dengan Karishma yang lebih mementingkan imej dan status. 

Personally for me tak ada masalah pun dengan watak Karishma and have to admit, watak Nikhil memang ada kekurangan dia tapi masing-masing tak sedar yang both of them stay in relationship bukan sebab cinta dah pun tapi lebih kepada komitmen. Dalam tak sedar dah bertukar jadi toxic relationship. Anyway, susah jugak nak kesian dengan Karishma sebab lakonan Adah Sharma kayu habis. Tak ada chemistry langsung dengan Sid Malhotra. 

Walaupun movie ni genre rom-com tapi tak ada visual ataupun sinematografi menarik sebab plot masa dia kebanyakannya semasa majlis tunang hingga majlis kahwin so banyak shoot dalam rumah dan beberapa bangunan sebab watak Nikhil tengah busy cari tender. Tapi music score dari Vishal-Shekhar memang mantap! Enam lagu naikkan mood dan sesuai dengan tema romantic dan mood majlis kahwin. My pick is Manchala sebab gabungan suara Shafqat Amanat Ali dan Nupur Pant sarat dengan emosi, ngam habis dengan lirik dan situasi percintaan Nikhil dengan Meeta. 

‘Manchala mann chala teri ore (The mad heart goes towards you)’

Siapa sangka gabungan produser Karan Johar (Dharma Productions) yang suka hasilkan movie berkonsepkan stylish, dreamy and fancy ni dapat cari keseimbangan sempurna bila berkongsi idea dengan produser Anurag Kashyap (Phantom Films) yang suka sentuhan realiti kisah kehidupan. I guess bukan pada watak fiksyen Nikhil dan Meeta je yang serasi tapi team production pun berjodoh. 

Dialog dalam movie Hasee Toh Phasee pun perlu diberi pujian. Emosi bila tengok semua scene Meeta dengan ayah dia. Even scene tanpa dialog bila Meeta nak sangat tengok ayah dia walaupun dari jauh tu haihhhh her eyes speaks volume. Parineeti Chopra did that! Nailed it. 

p/s : Movie ni asalnya Anurag Kashyap offer dekat Sushant Singh Rajput tapi dia tolak. Even Parineeti Chopra taknak berlakon dengan Sushant sebab dia TV actor. Pffttt 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.6/10

3 comments

  1. Woww.. Tinggi rating movie ni.. Nak kena masuk list ni..

    ReplyDelete
  2. omg klu SS yang berlakon.. sure peminat dia sedih bila tgk kan.. hmm mcm peminat hiruma miura tgk cita2 dia skrg :(

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.