Pengarah : M. Hilter Zami (Latiff Zami)
Penulis Skrip : M. Hilter Zami (Latiff Zami)
Pelakon : Sherry Alhadad, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Ammerul Affendi, Azrel Ismail, Ucop, Azhar Sulaiman, Mark Adam, Scha Al-Yahya, Zain Hamid, Erra Fazira, Roy Azman, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, Syasya Saidin
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 65 minit
Tarikh Tayangan : 5 November 2020
Syarikat Produksi : Empire Filem Solution
Pengedar : Astro Shaw
Trailer :
Sesuai dengan tajuk movie, Bikin Filem ni mengisahkan tentang perjalanan team production di bawah kelolaan Penerbit Khaty (Sherry Alhadad) dan Pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk menyiapkan movie genre aksi yang berjudul Dendam. Duit pembikinan tu Khaty dapat hasil pampasan bercerai dengan Dato’ Ngah Harun bila Datin Azizah (Erra Fazira) taknak lagi berkongsi suami.
Khaty lantik mak andam dia, Nana (Ucop) sebagai penerbit eksekutif dan in charge bahagian make-up semua cast. Pelakon utama pula disandang oleh Ijam Min (Azrel Ismail) merangkap anak ikan dia dan kerana followers dia di Instagram ramai, likes pun tinggi. Heroin pula kebetulan je Zarina (Scha Al-Yahya) termasuk dalam kawasan shooting. Walaupun tak pandai berlakon, Rahim G nak cast dia sebab dia cantik. Sindiran padu dari pengarah dan penulis M. Hilter Zami tentang industri perfileman sekarang. Idea movie ni juga terhasil dari pengalaman dia setelah bekerja di belakang tabir sejak umur dia 16 tahun lagi. No wonder semua scene nampak real.
Since movie ni penuh dengan pelakon-pelakon yang biasa dan selesa dalam watak komedi, tak jadi masalah pun untuk masing-masing deliver karakter yang dilakonkan dan menyerlah dengan dialog yang kelakar. Dialogue delivery pun jelas. Scene Mek Kid (Mark Adam), tukang buat air perli Ijam tu even tengok banyak kali pun tetap kelakar. Setepek je dia bagi. Gelagat pengarah yang nak tukar jalan cerita sebab tiba-tiba dapat ilham.
'Berat jugak tanggungjawab jadi pengarah ni.' - Along (Penolong Pengarah)
Scene kalut bila team props (Azhar Sulaiman) lupa nak siapkan material, production manager (Sharifah Sakinah) kena layan kerenah pelakon kekwat ataupun handle masalah yang muncul dekat set. Scene dia bawak bomoh datang set untuk tolak hujan sebab shooting terpaksa delay bila cuaca buruk sampai 3 hari. Dah tengah shoot tiba-tiba kena pack up sebab hujan lebat. Habis rosak semua props. Banyak lagi lah scene kelakar masa shooting ni. Sayangnya movie ni terlampau singkat cuma 65 minit sahaja sedangkan banyak lagi scene yang boleh dikembangkan.
'Semua filem ialah karya agung! Gabungan kepakaran dari semua surut yang diperlukan untuk melahirkan sesebuah filem adalah penyebabnya' - Rahim G
Kudos to Raja Mukhriz and his team sebab shot yang diambil semuanya cantik. Dia tahu angle mana yang sesuai untuk tambah mood dan impak pada karakter watak bila pelakon perlu guna facial expression atau body gesture semata. Cuma scene Khaty bergaduh dengan Dato’ Ngah dalam panggung tu patut diambil dari sudut lain sebab bila movie dekat belakang kena blur, nampak tak cantik shot Khaty. Scene gangster dalam kereta pun ada part yang nampak visual effects dia tapi yang tu boleh tutup mata je lah. Music score pun nice.
Rasanya goof dalam movie ni bila dalam tayangan perdana Dendam tu ada watak si botak padahal dia dah kena head shot dekat dalam kereta. Ataupun cerita dah bertukar sebab watak Zarina ditambah? Scene Khaty dengan Rahim sedih dan anggap ujian tu datang sebab maksiat pun macam tak perlu sebab industry negara lain lagi banyak maksiatnya, elok je movie boleh keluar. Silap sendiri bawa cash banyak dengan pintu kereta manual macam tu.
Anyway movie ni dah siap lama dah around 2010 sebab pengarah kata dia peram sampai 10 tahun sebab tak ada penerbit yang berani ambil movie ni. Walaupun lambat tapi terima kasih Empire Film Solution sebab angkat karya tempatan ni. Kudos to Astro Shaw sebab suka terbitkan filem dengan skrip yang bagus dan mutu lakonan juga kualiti teknik perfileman yang mantap untuk penonton. Hopefully M. Hilter Zami boleh bekerjasama lagi dengan penerbit yang sama untuk movie akan datang.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
pelakon dia best best ni , i nak kena tgk.. aduh byk betul nak catch up ni
ReplyDeleteNanti nak layan juga filem ni.
ReplyDeleteNak tengok angle shot yang nice.
Suka tengok film dengan shot2 yang cantik.
Dan jalan cerita mestilah bukan bertemakan cinta.
Ada mark adam.. mesti kelakar..
ReplyDelete