Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Rahila Ali
Pelakon : Fasha Sadha, Beto Kusyairi, Wanna Ali, Aman Syah, Amirul Haswendy
Syarikat Produksi : Pencil Pictures & Record
Pengedar : Iflix
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 78 minit
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2020
Trailer :
Jarang industri perfileman nak sentuh topik kesihatan mental dan pengarah Rahila Ali cuba gunakan medium movie Aku Bukan Gila untuk bagi awareness dan info tentang masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam masyarakat kita. Something fresh to watch. Mengisahkan Andra (Fasha Sadha) pergi bercuti ke Wales dan secara tak sengaja terjumpa dengan Andre (Beto Kusyairi) yang baran. Dalam perjalanan ke homestay, dia berjumpa pula dengan Sara (Wanna Ali) si pemilik kafe berdekatan dengan homestay.
Waktu siang Andra nampak normal, enjoy travel dekat Wales walaupun banyak kali ayah dia (Aman Syah) jawab call acuh tak acuh. Bila malam menjelma, mula la dia berubah karakter dan menangis rasa diri useless kemudian terkenangkan ibu dia yang dah lama meninggal. Watak Andre pun sakit sebenarnya sebab dia suka baran tak semena.
Jalan cerita Aku Bukan Gila ni nampak banyak kelemahan bila production team lebih menitikberatkan keindahan Wales instead of masalah yang dihadapi Andra. Rasa tak cukup perencah drama sebab tak boleh nak connect dengan kisah Andra mahupun Andre. Dah nak hujung baru diberitahu tapi terlampau ringan. Flashback pun cuma ulang balik apa yang kita dah tengok awalnya. Lagi cantik kalau letak flashback yang menambahkan impak pada cerita.
Tak tahu kenapa Andra tak bawa ubat yang cukup sepanjang tempoh bercuti walhal tu benda paling penting sekali. Kalaupun Andra call doktor dia (Amirul Haswendy), apa lah sangat orang tu boleh buat instead of bagi kata-kata semangat. Nak pos pun entah sampai entah tidak. Plan Andra untuk stay dekat Wales comes after scene tertinggal ubat. Kalau sebelum, mungkin kita faham lah. Watak doktor pun tak meyakinkan langsung. Bila muncul setakat tanya emosi Andra. Hmmm….
Watak Andre tak ditulis dengan cantik, even bakat lakonan Beto bagus pun there’s nothing much he can do about it. I seriously have problem dengan dialog ‘ego dengan lelaki tak dapat dipisahkan’ sedangkan tak ada kaitan pun. Segan, rasa bersalah dengan ego tu tak sama. Bila Sara cakap Andre ego pun macam tak perlu je sebab Andra bukan tanggungjawab dia pun. Daripada dia tempelak Andre, mungkin lagi tersentuh kalau Sara pujuk atas dasar prihatin.
Bab visual memang menarik lah kalau dah shoot dekat tempat yang cantik. Even pemandangan Kuala Lumpur pun nampak menarik dengan bantuan dron dan hasil editing Areel Abu Bakar dan Helmi Yusof. No doubt on that at all. Lagu tema Tak Gundah nyanyian Sissy Iman pun naikkan mood bila tengok kecantikan Wales dengan tune yang catchy dan fun sesuai dengan range Sissy.
Cuma bab olahan dan suntingan juga dialog lah agak lemah. Chemistry Fasha dengan Beto pun tak strong untuk gambarkan sebagai pasangan yang bercinta. Mungkin Andra takut asyik kena marah je dengan Andre. Hopefully lepas jumpa doktor, Andre dah boleh chill sikit.
Overall movie ni boleh dikembangkan lagi dan watak ayah Andra pun boleh dipanjangkan lagi sebab dia adalah punca utama kenapa sakit Andra semakin teruk walaupun cuba keluar dari zon depression dia dengan bantuan klinikal. Movie ni cuma shoot selama 10 hari sahaja sebab covid-19 tapi boleh je kalau team production panjangkan lagi scene Andra bawa Andre jumpa doktor bila balik ke Malaysia kan?
You guys boleh tengok movie Aku Bukan Gila ni dekat iFlix secara percuma.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10
idea dia menarik tapi tak dikembangkan dgn baik. saya hampir terlelap tengok movie ni, dia punya dialog adoyai bosan giler..
ReplyDeletebetul, setuju video dia cantik sangat, berhabis pengarah nak shoot tempat lawa ni kan :)
ReplyDeleteWaahh macam best jee. nanti tengok ! XD
ReplyDeleteMovie Malaysia memang selalu macam ni. Kadang-kadang ideanya dah bagus tapi olahan dia hmmm
ReplyDeletei rasa movie malaysia ni, diorg takleh nak focus and beratkan watak sbb anyhow.. finas akan tapis.. and wajib ada kesesalan la... yg ending dia good good.. mcm tu.. sbb tu kot kureng
ReplyDeleteWalaupun cerita mcm hambar..tapi akak nk pi tgk la.. Sebab ada beto🤣
ReplyDeleteaida minat beto. sgt minat, fana.
ReplyDeletetapi tu la, after reading this, mcm tak syok plak.
scenery dah ngam, citer plak down. hmmmm...