Movie Review : Ae Dil Hai Mushkil (2016)

Saturday, 14 November 2020

 Director : Karan Johar

Writer : Karan Johar

Cast : Ranbir Kapoor, Anushka Sharma, Aishwarya Rai Bachchan, Fawad Khan, Lisa Haydon, Ali Abbas

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 157 minutes

Release Date : 28 October 2016

Trailer :

                           

Karan Johar terkenal dengan barisan movie romantic comedy atau drama so this Diwali I tengok balik movie Ae Dil Hai Mushkil yang mengisahkan tentang Ayan Sanger (Ranbir Kapoor) ambil MBA di London dan cuba untuk jadi penyanyi. Tapi pertemuan dia dengan Alizeh (Anushka Sharma) buat dia lebih faham tentang jiwa dan emosi dalam sesebuah lagu.

Di saat dia jatuh cinta dengan Alizeh, DJ Ali (Fawad Khan) datang tuntut peluang kedua dan melamar Alizeh. Ayan cuba buang Alizeh dari hidup dia dan bercinta dengan si cantik Saba (Aishwarya Rai Bachchan) tapi perasaan dia terhadap Alizeh tetap kuat. Dia cuba jadi seorang yang matang, pandai bersyair/bersajak pun tetap Alizeh pandang dia sebagai kawan baik. Tak lebih dari tu.

Dalam movie ni masa Ayan bagi interview dia bagitahu cinta dia tak bertepuk sbelah tangan tapi masa interview Karan Johar dengan pihak media, dia bagitahu tema movie Ae Dil Hai Mushkil ni cinta yang tak berbalas. Dan Karan Johar masih mengekalkan prinsip percintaan yang dia pernah guna dalam movie Kuch Kuch Hota Hai (1998) dulu bila cinta adalah persahabatan.

‘There is passion in love but there is peace in friendship’ – Alizeh Khan

Sebab tu Alizeh taknak hancurkan ketenangan dan kegembiraan yang ada dengan balas cinta Ayan walaupun Ayan sayang sangat dengan dia.Boleh kata movie Ae Dil Hai Mushkil adalah tribute film kepada barisan filem romantik yang pernah diterbitkan oleh Dharma Productions. Banyak dialog, scene dan background music juga dance yang diambil dari movie-movie hits Dharma.

Karan Johar kata dia tak kisah sangat dengan pelakon yang berlakon watak Alizeh ataupun Ayan tapi dia memang nak sangat Aishwarya Rai berlakon watak Saba sebab dia create khas untuk Aishu and of course she nailed it with her poise and beauty. Bila adanya Aishwarya sebagai Saba, Karan Johar dah breaking streotypes yang wanita berusia 40-an masih hot untuk commercial films dan boleh wujudkan hot chemistry dengan pelakon lelaki muda. Be it chemistry with her ex-husband, Tahir Khan (Shah Rukh Khan) ataupun dengan Ayan, dua-dua nampak serasi dan tenggelam dalam cinta Saba.

Sepatutnya Saif Ali Khan yang berlakon watak Tahir tapi dia terpaksa reject sebab kaki dia injured. Sayang sebab tak pernah tengok Saif dan Aish dalam satu movie tapi terubat rindu lepas 14 tahun Aish dengan SRK berlakon sebagai pasangan bercinta lepas movie Devdas. Both of them bergaduh sebab movie Chalte Chalte tapi berbaik dan bekerja dalam Ae Dil Hai Mushkil. So this movie kinda special lah.

Kalau movie Karan Johar memang kita dah dijanjikan dengan visual yang menarik dengan shot dan camera angle yang cantik. Perks in working with Dharma yang memang terkenal dengan kreativiti untuk hasilkan prop dan set yang artistic sesuai dengan mood penceritaan. Manish Malhotra pula in charge untuk costume design dan setiap watak ada fashion sense yang berbeza mengikut karakter masing-masing. Untuk Alizeh yang dibesarkan dalam komuniti Muslim, Manish reka fashion yang menggabungkan sentuhan moden dan juga traditional. Kreativiti ni menjadi trend dan ikutan dan tersenarai dalam iconic look di Bollywood.

Music album Ae Dil Hai Mushkil adalah tunjang kekuatan movie cinta tak berbalas ni hasil karya Pritam sebagai composer dan lirik yang ditulis oleh Amitabh Bhattacharya membuatkan album ni dinobatkan sebagai Album Of The Year 2016 dan menang banyak award dalam kategori masing-masing.

Channa Mereya paling menusuk dalam hati dengan lirik yang dikarang bersama sentuhan Sufi dan suara yang sarat dengan emosi dari Arijit Singh. Dah la Ayan nyanyi masa dia nampak Alizeh dalam persalinan pengantin untuk majlis akad nikah dengan DJ Ali. Another one is Bulleya, gabungan lirik berunsur Sufi dengan music guitar riff menghasilkan lagu yang bermakna. 

Pendek kata, album ni akan tetap segar bukan sahaja pada tahun 2016 atau mungkin dua dekad akan datang. Long term investment for Ranbir Kapoor’s career. Dia hidupkan lagu ni dengan lakonan dia, feels like he owns those songs.

Appreciation token untuk pelakon pembantu, Lisa Haydon yang muncul sebagai teman wanita bimbo Ayan sebelum dia jatuh cinta dengan Alizeh. Walaupun dia muncul sekejap je tapi semua scene dia menghiburkan especially scene double date dengan Alizeh dan Dr. Faisal (Ali Abbas).

‘I love the vatavaaran of this place.’ – Lisa D’Souza

First half is fun, second half is sob and weepy. Cukup rencah untuk movie romantic drama. I couldn’t ask for more. Penat dah menangis semalam so my advice please bring a box of tissue kalau nak tengok movie ni.

 ‘The power of one sided love is unique ... it doesn't get distributed into two, as it happens in the relationships of others ... only my right is there on it’ - Tahir Taliyar Khan

p/s : Dalam movie ni ada mention 'Malaysia Airlines' gara-gara kes kehilangan MH370...

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. owh saif dan aish tak pernah berlakon sekali ke? ingatkan dorg ada movie bersama mybe saya silap org kot..hehe

    uish rasa nak tengok la, suka layan citer hindustan macam ni..

    ReplyDelete
  2. omggggggggg!!! i need to watch this

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.