Sempena pembukaan Fabio Station di Subang Bestari ni, ada promosi untuk menu Chicken Chop dan Jumbo Juice berharga RM10 je. Dah nampak harga murah ni siapa yang taknak menyinggah kan? Lagipun ramai yang cakap sedap terus dinner dekat sini lepas balik dari kerja.
Bertemakan oren dan hitam dengan sentuhan dekorasi moden, Fabio Station hidang makanan western, pasta dengan jumbo juice. Harga pun tak lah mahal sangat nak compare dengan western restaurant yang lain. Fabio Station ni buka dari jam 3 petang sampai jam 10 malam.
Beria lah pergi Fabio Station ni sebab nak makan chicken chop sudahnya order Mix Platter, Garlic Bread, Mushroom Soup dengan Watermelon Jumbo Juice.
Dalam Mix Platter tu ada Chicken Grill, Lamb Chop, Fish Fillet, Spaghetti Aglio Olio, fries dengan coleslaw. Banyak benda boleh makan instead of chicken chop haha
Mushroom soup mana-mana tempat jarang lah tak sedap cuma garlic bread dia je lah terlampau lembik. Tak tahu lah overcooked ataupun jenis roti tu memang dah lembut. But still sedap sebab garlic spread tu.
Fish Fillet dia not bad lah walaupun too oily tapi sebab medium cook so isi dia rasa lembut dan juicy. Sedap makan bila diperah lemon tu. Kalau pedas maybe lagi sedap lol please pardon my lidah utagha. Sos cili dekat sini disediakan upon request tapi dia bagi sebotol, boleh la tibai sos cili banyak-banyak.
Lamb chop not bad lah cuma terlampau banyak rosemary as you guys can see in that picture. Takde masalah pun dengan rosemary tapi kalau terlampau banyak macam potong rasa manis kambing tu. Aglio Olio pun sedap sebab ada seafood.
Dah makan something yang pedas dan panas kena la lawan balik dengan air yang sejuk, ye dak? Buah tembikai dia fresh, bila minum tak sedar pun dah nak habis. Pilihan yang tepat lah order saiz jumbo.
Dekorasi Fabio Station ni simple je tapi cantik! Walaupun ruang dia kecil tapi tak terasa sangat sebab dia buka meja sampai ke luar. Better duduk dekat dalam sebab area ni penuh dengan orang bila sebelah tu Roti Canai Terbang.
Parents yang bawa anak-anak kecil mungkin suka la bahagian ni sebab menu western kan lama nak masak so kalau anak meragam sebab bosan boleh letak dekat section ni. Surau dengan toilet pun disediakan jugak. Parking pun tak ada masalah sebab kawasan ni luas. For sure Fabio Station ni masuk dalam list untuk dinner sebab sedap dan murah!
lamb dia nampak sedap! temptingnyaaa
ReplyDelete