Drama Review | Scam 1992 : The Harshad Mehta Story (2020)

Sunday, 8 November 2020

Directors: Hansal Mehta, Jay Mehta

Writers: Sumit Purohit, Saurav Dey, Vaibhav Vishal, Karan Vyas

Cast:  Pratik Gandhi, Shreya Dhanwanthary, Nikhil Dwivedi, Mamik Singh, Lalit Parimoo, Rajat Kapoor, Vishesh Bansal, Chirag Vohra, Anjali Barot

Genre: Crime / Drama

Running Episodes: 10 episodes

Release Date: 9 October 2020

Production Company: Applause Entertainment

Distributor: SonyLIV

Trailer:

 

Nama Harshad Mehta (Pratik Gandhi) bukan sesuatu yang asing dalam dunia saham di India sebab dia mencipta sejarah dengan kebijaksanaan dia mengatur strategi dalam pasaran saham sehingga digelar The Big Bull pada tahun 90-an. Bermula sebagai broker di pasaran saham dalam Bombay Stock Exchange dan tubuhkan syarikat consultancy untuk saham bersama adik dia, Ashwin Mehta (Hemant Kher), kemudiannya berjaya create satu strategy dalam money market. 

Harshad Mehta bergabung dengan bank-bank tempatan yang dilabelkan sebagai outdated pada masa tu dan tak mampu bersaing dengan foreign bank seperti Citibank sehingga dibuli dan hanya kroni Citibank yang boleh buat trading di pasaran money market. Strategi Harshad berjaya tapi Citibank tak berdiam diri dan mula sebarkan rumours sampai menjejaskan reputasi Harshad Mehta. 

Ashwin dan Bhushan Bhatt (Chirag Vohra) dah nasihatkan supaya jangan melampau sebab fund mereka kebanyakannya datang dari syarikat-syarikat kerajaan. Tapi ego Harshad melebihi segala-galanya sampai lah journalist Suchita Dalal (Shreya Dhanwanthary) dapat tips dari someone yang Harshad Mehta curi Rs50 billion dari akaun kerajaan. 

Walaupun Suchita tegaskan kepada semua yang perbuatan Harshad adalah salah dari segi undang-undang, ramai orang terkesan dengan scam atau illegal business ni tapi Harshad tetap dengan pendirian dia yang dia tak seleweng duit sesiapa. Semua duit yang diambil dah diganti balik dan bukan salah dia kalau market crash kerana politik ataupun terrorist dan protes. 

Antara salah satu sebab kenapa nak tengok sangat web series ni bila timeline Harshad Mehta ni lebih kurang je dengan timeline Mumbai Blast 1993 dan salah satu bom diletakkan di dalam bangunan Bombay Stock Exchange. 

Web series tentang Harshad Mehta ni diadaptasikan dari novel ‘The Scam: Who Won, who Lost, who Got Away’ yang ditulis oleh Suchita Dalal dan suami dia, Debashish Basu yang banyak buat research tentang stock market dan juga buat interview dengan Harshad Mehta sendiri selepas keluar dari penjara. So web series ni tak glorify watak Harshad Mehta cuma ceritakan kembali kes jenayah berkolar putih yang berlaku di India. 

Tapi kalau ikutkan kes Harshad Mehta tak berhenti macam dalam series dan novel Suchita sebab kes ni masih lagi berjalan di Supreme Court tahun lepas bila Ashwin Mehta belajar law dan menang beberapa kes dalam membersihkan nama abang dia. Even isteri Harshad, Jyoti Mehta (Anjali Barot) menang kes tuntutan hutang tahun 2019. 

Dekat awal series tu nampak lah watak Suchita dengan informer dia memang nak jatuhkan Harshad Mehta sebab personal enmity tapi bila kes ni dah jadi besar, masing-masing nak berpihak pada fakta tapi malangnya kes dah jadi makin teruk bila Perdana Menteri pun terlibat sekali. Walaupun Harshad Mehta ada jenayah dia, tapi tak patut dia dibuli sampai macam tu sampai 600 kes mahkamah. 

Anyway lakonan Pratik Gandhi memang convincing habis sebagai Harshad Mehta yang cool, pandai manipulate dan confident tinggi. Dia ada karisma dan gaya tersendiri. Pelakon pembantu pun bagus, walaupun screentime terhad tapi berjaya deliver yang terbaik untuk watak masing-masing. Ditambah dengan kekuatan pada dialog dan suntingan yang menarik. 

"The most expensive thing in this world is trust, cheap people can't afford it. "

Suka sangat dengan opening montage web series Scam 1992 ni sebab ikut tema tahun 80-an dan stock market. The soundtrack is the greatest! Ada elemen mystery, catchy, groovy and funky sesuai sangat dengan karakter Harshad Mehta dan plot web series ni. Soundtrack yang lain pun tambah mood dalam penceritaan. Berlatarbelakangkan tahun 90-an so visual pun diolah mengikut rentak suasana pada masa tu. Kudos to wardrobe dan prop team!

Web series ni bertemakan pasaran saham dan sepanjang 10 episod tu memang penuh dengan ilmu saham. Even I yang terpinga masa belajar subjek saham dulu pun dah boleh faham sikit lepas tengok series ni. Lepas spend the whole day watching this series, sekarang I dah faham kenapa series ni boleh dapat rating tinggi baik dari critics ataupun audience. Best series of the year! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

28 comments

  1. klu sapa2 yg ambik acc and minat saham.. mmg enjoy tgk cita ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah betul, kalau macam orang biasa ni ambik masa jugak lah tengok straategy dia

      Delete
  2. Wah, aku jadi penasaran dengan film ini .., ulasanmu bagus membuat saya wajib menonton film ini.
    Salam.

    ReplyDelete
  3. Best bila tengok cerita2 mcm ni... Sebab boleh tgk akal scammer ni mcm mana kan... Xdak ka kt Malaysia ni buat cerita psl macau scammee tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha takdak lagi. Movie yang pasal Khalid Ibrahim pun tak buat lagi

      Delete
  4. tengok drama ni automatik jadi minat dengan benda-benda berkaitan saham

    ReplyDelete
  5. Best ni jalan cerita dia. Marsha nak tengoklah nanti walaupun bukan minat saham tapi jalan cerita dia menarik.

    ReplyDelete
  6. 1st time heard about this drama review & gonna start watching it to learn some tips on shares investment hopefully to explore about shares during this CMCO :D thanks for sharing your review about it. cheers siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Wah full mark tu. Kena tgk juga ni. Nampak menarik plus jalan cerita lain dari yg lain. Sambil2 menonton boleh belajar tentang saham sikit2 kan.

    ReplyDelete
  8. Not sure if I boleh faham all the terminology related to saham and accounting tu, but this looks interesting. I love watching movies/series based on true events.

    ReplyDelete
  9. Web series ek? Ok. Boleh masuk list untuk binge-watch kelak. Now misi mengumpul web series untuk ditonton. Boleh gak belajar selok belok dunia kewangan sikit kan

    ReplyDelete
  10. Wah... Nampak gaya kena ajak seisi keluarga tonton movie ini. Rugi lak tak tonton dah dapat full mark tentu best ni..

    ReplyDelete
  11. nampak menarik ceritanya. okay, dah masuk dalam list untuk tonton nnti. btw suka baca review2 filem ni. sebab kebanyakan filem yg direview dkt sini saya belum pernah tonton. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aeril! Memang nak war2kan filem Hindi yang syok sebab dekat tv asyik tayang yang sama ja hehe

      Delete
  12. Jalan cerita macam menarik je ni. Full mark pula tu. Dapatlah kutip ilmu dunia kewangan.

    ReplyDelete
  13. Menariknya jalan cerita ni dan suka plot macam ni.. based on real-story!. Kat Malaysia pun ada cerita menarik tapi tak sure tahun bila, ada banker yang collect setiap sen sampai dia boleh jadi jutawan... Genius! tapi tue la.. salah disisi undang2 kan..

    ReplyDelete
  14. Wah. Teruja TB baca jalan ceritanya, macam teringin nak tengok la pulak cerita ni.. Jalan cerita pun dah best ni..

    ReplyDelete
  15. Trend sekarang ni ramai dah mula berjinak dengan saham, memang sesuai ni kalau mereka tonton filem ni.. tapi ada pergaduhan juga ke? atau hanya konflik dalam bisness aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaaaa! main plot dia team bull bergaduh dengam team bear dan local bank bergaduh dengan foreign bank yang monopoli money market

      Delete
  16. Wah bagus la ye ada pembelajaran tentang saham sekali diselitkan dalam drama ni. What a cool drama! So kena tengok la ni

    ReplyDelete
  17. pergh.. genre yang saya paling suka.. memang nak kena tengok ni. tengok review awak pon wow sangat ni. ok jap lagi cari.

    ReplyDelete
  18. Fuh mesti best ni walaupun i taknpaham pasl saham mesti cerita ni banyak tunjuk macam mana nak main saham. Mesti banyak konflik ni.. Macam best

    ReplyDelete
  19. I call this as filem bijak..And I suka tonton filem ber-genre seperti ni! Ala2 Tower Heist? Kalau silap maafkan saya 🙂

    ReplyDelete
  20. Cerita.mcm ni banyak kena fikir dan best tonton dab tidak cliche sangat. Nanti nak tontonlA

    ReplyDelete
  21. Oh cerita ni pasal saham rupanya. Jarang-jarang ada cerita yang konsep macam tu. Janji layan ditonton sekali sekala konsep cerita berbeza

    ReplyDelete
  22. Oooo is a drama review... I thought got cases again in Malaysia... Hahaha... Btw, nice story there... I wanna watch it too

    ReplyDelete
  23. Reading this review makes me feel intrigued to watch it as it is about stock market and scams. I need to watch this on my own now. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  24. You might have noticed that there are many more video games store today compared to twenty years ago. The main reason for this is that the industry of video games and video game accessories has boomed all over the world in the past two decades. Many of these video games store don't just sell newly released games but they also sell old and used video games making it affordable to all video game players including those who are on a tight budget. https://www.buyyoutubesubscribers.in/

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.