Drama Review : Fabulous Lives of Bollywood Wives

Sunday, 29 November 2020

Director : Karan Johar

Cast :  Neelam Kothari, Maheep Kapoor, Bhavna Pandey, Seema Khan, Gauri Khan, Sohail Khan, Sanjay Kapoor, Chunky Pandey, Shah Rukh Khan, Samir Soni

Genre : Reality Show / Comedy

Running Episodes : 8 episodes

Release Date : 16 November 2020

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Netflix 

Trailer :

Dah lama tunggu series ni keluar sebab berkisarkan 'realiti kehidupan' Bollywood Wives di bawah banner house Dharma Productions pulak tu. Masa tu tak reveal lagi siapa yang akan join so main teka lah yang Gauri Khan, Suzanne Khan yang akan join sebab diorang berdua rapat dengan Karan Johar rupanya tak. 

Bollywood Wives yang join ni pun antara yang rapat jugak dengan Gauri sekeluarga : 

1. Maheep Kapoor – jewelry designer

Isteri kepada pelakon Sanjay Kapoor, adik ipar pelakon Anil Kapoor dan pengarah Boney Kapoor. Biras kepada mendiang SriDevi. Ibu kepada Shanaya Kapoor dan Jahaan Kapoor. Makcik kepada Sonam Kapoor, Rhea Kapoor, Harshvardhan Kapoor, Arjun Kapoor, Janhvi Kapoor, Kushi Kapoor dan Mohit Marwah. 

2. Bhavana Pandey – fashion designer

Isteri kepada pelakon Chunky Pandey. Ibu kepada pelakon Ananya Panday yang debut dalam movie Student Of The Year 2. Seorang lagi anak perempuan dia, Ryssa Pandey. Ananya berkawan rapat dengan Shanaya Kapoor dan Suhana Khan (anak kepada SRK dan Gauri Khan) sejak kecil lagi. Bhavana dengan Maheep memang rapat dengan SRK dan Gauri. 

3. Neelam Khotari Soni – pelakon

Neelam pelakon yang top zaman 80-an dan 90-an. Dia pernah berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai untuk slot The Neelam Show, dalam movie Hum Saath Saath Hain sebagai beradik perempuan dan dalam movie Vivaah sebagai kakak Prem. Neelam berkahwin dengan pelakon Samir Soni dan mempunyai seorang anak perempuan, Ahana Soni. 

4. Seema Khan – fashion designer

Seema berkahwin dengan Sohail Khan, adik kepada Salman Khan dan Arbaaz Khan. Bekas biras kepada pelakon Malaika Arora Khan. Mempunyai dua orang anak lelaki – Nirvan dan Yohan. 

Mereka semua dah berkawan selama 25 tahun sejak masing-masing berumur 20 tahun tak silap sebab diorang kahwin muda kecuali Neelam sebab dia busy dengan lakonan. Dalam series ni boleh tengok la rutin harian Bollywood wives ni macam mana. Busy dengan kerja tapi keutamaan tetap kepada family. Sanjay Kapoor paling kelakar dalam ni setiap kali dia muncul. Bukan netizen je troll Ananya Pandey, dia pun sama naik je.  

Maheep dengan Seema obsess dengan anak-anak diorang tapi Bhavana lebih kepada nak larikan diri dan spend time dengan kerja dan kawan-kawan dia. Bukan nak lari sangat lah sebab Ananya memang jenis merap, nak post gambar apa dekat Instagram pun tanya mak dia yang mana sesuai. Padahal kawan dia ramai je. 

Dilema Neelam pula lebih kepada dunia lakonan sebab dia dah berhenti untuk fokus dengan keluarga tapi tak pernah putus dapat offer untuk buat comeback. Ada scene dia discuss dengan Samir Soni pasal skrip yang dia dapat kebanyakannya ada bahasa kasar ataupun intimate scene. Susah untuk dia accept sebab zaman 80-an dia dah cipta imej pelakon yang sopan dan dia tak pernah memaki onscreen atau buat intimate scene sebab dia taknak anak-anak dia tengok. 

Dari episod 1 lagi Karan Johar dah bagi hint yang mereka semua dijemput ke parti Gauri Khan so selain dilemma yang ada ni, diorang pun busy nak pilih outfit mana yang sesuai. Bila ada scene Karan Johar datang melawat diorang berempat, masing-masing akan nervous sebab Karan ni jenis pandai korek rahsia orang lepastu akan bash dalam Whatsapp group dia tak pun buat blind items dekat Mumbai Mirror. 

Masa diorang shoot ni tahun 2019 macam tu sebab Ananya tengah busy promote movie debut dia Student Of The Year 2 lepastu Shanaya dapat jemputan ke Le Bal di Paris. Sedih tengok scene Seema jumpa Sohail Khan sebab tahun lepas affair Sohail dengan Huma Qureshi exposed so dalam series ni diorang tinggal asing walaupun belum bercerai. Sebab tu Seema selalu lepak dengan Maheep. 

Of course lah dalam series ni banyak cameo dari pelakon, pengarah, producer ataupun photographer famous di Bollywood antaranya Raveena Tandon, Janhvi Kapoor, Arjun Kapoor, Malaika Arora Khan, Jacqueline Fernandez, Ekta Kapoor, Sid Malhotra, Pragya Kapoor dan ramai lagi. 

Suka tengok episod diorang berempat pergi bercuti dekat Doha sebab mewah sangat suite yang diorang dapat. Masa diorang tanya siapa pernah tinggal dekat suite ni, staff tu cakap SRK tapi memasing buat muka bosan haha sebab diorang dah lepak sama-sama dengan SRK sejak dia struggle nak jadi A-list actor kot. Bila staff cakap Jennifer Lopez memasing menjerit lol. Wardrobe memasing pun cantik sebab diorang designer kan. Suka tengok accessories diorang. Semua lah suka, cantik belaka!

Tapi tak semua benda best lah dalam series ni sebab most of the time diorang speaking English je. Soundtrack pun lagu English like really? Dharma ada banyak lagu best kot kenapa tak guna je? Ada la beberapa scene yang nampak sangat scripted dan ikut cara Karan Johar which we already seen before. Mengharapkan ada teh tertumpah but naahhhh they play it safe. 

Tak sabar nak tunggu season 2 pulak sebab sekarang tengah lockdown so kemungkinan besar tahun depan baru start shooting balik. Hopefully makin ramai dan lebih banyak drama Karan Johar masukkan dalam series ni. Lagipun show Koffee With Karan kan dah tak ada so boleh la dia fokus dekat series ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.5 = 6/10

2 comments

  1. dah lama tak layan filem bollywood. kenal Neelam je... tupun sebab neelam show dalam Kuch kuch hota hai

    ReplyDelete
  2. Neelam is pretty as always!!! i suka dia start cita hum saath saath hai

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.