Alisya Nasi Kandar Melayu Utara, Subang Perdana

Sunday, 22 November 2020

Sejak PKPB ni memang jarang lah nak keluar makan dekat luar especially weekend. Nak masak pun malas sebab nak beli barang dapur kena beratur lama lepastu masa membeli pun terhad sebab tak boleh lama dalam premis tu. 

Best way is, Foodpanda lah. Sekarang ni pun makin banyak kedai makan dengan restoran yang dah register dengan Foodpanda. Minggu lepas saja nak try makan nasi kandar dari restoran Alisya Nasi Kandar Melayu Utara ni. 


Saja nak try restoran nasi kandar Melayu, mana lah tahu kan lagi sedap dari mamak. Harga pun lebih kurang je. Nasi yang restoran Alisya guna ni nasi berwarna kuning which dia dah rendam dengan bancuhan air kunyit. Portion nasi dia agak banyak cuma sayur agak kedekut lah sebab bagi sebatang bendi je. Rasanya bendi sekilo tak la mahal pun. 


Masa beli ni dah second purchase dah dengan restoran Alisya, redho je dapat bendi sebatang sebab dekat dapur pun ada stok bendi jugak so kitorang masak bendi goreng biar meriah sikit. Untuk option lauk pula ada ikan tenggiri, ayam goreng dengan kambing. Semua lauk dah pernah rasa dan semua lauk sedap. 


Lauk kari kambing la paling mahal sebab kuah sahaja dah cecah RM11. Tengok dalam gambar ni dapat banyak tulang je, dia bagi pun sikit. Menyesal jugak lah beli tapi okay lah setakat nak cuba. Lepas ni kalau nak beli pun order dekat Foodpanda awal pagi lepastu guna voucher hahaha

Kuah dia campuran 5 jenis kuah dan memang dah ada dalam set nasi dan lauk dah pun tapi kalau nak beli asing, dia akan charge RM3.00 macam tu. Papadom dia sedap sebab nipis dan rangup. Ada tempat macam lemau sikit. Ada yang keras jugak. 

Overall nasi kandar dari restoran Alisya ni menepati citarasa tekak utagha, kari pekat pulak tu. Memang puas hati kalau beli. Dah habis PKPB nanti nak pergi makan dekat restoran dia pulak! Yang duduk area sekitar Subang Perdana tu boleh la try order dekat restoran ni. Recommended!

4 comments

  1. Lagi senang guna foodpanda sebab tak perlu beratur untuk beli makanan. Tapi yang paling best masa ada promo code.

    ReplyDelete
  2. betul.. no food panda dah ada byk option kan..senang and smua hujung jari ja

    ReplyDelete
  3. makanan nampak sedap.
    nampak nasi kuning macam tu teringat nasi kuning tawau.
    lama ndak merasa.
    sekarang ni senang sangat untuk order makan, food panda kan ada.
    dan dah banyak kedai makan/kafe yang join food panda so pilihan makanan makin banyak.

    ReplyDelete
  4. Fuhhh kari dia, nampak menarik. Senang ada foodpanda sekarang ni. Klik2 jer sampai depan rumah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.