“Platform iLike”: e-Dagang Sosial KRU - Gabungan Ikon Media Dan Usahawan Tempatan Untuk Ke Pasaran Global | Pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi seluruh dunia telah membuka peluang baru bagi menjana pendapatan melalui platform digital. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris “Every Cloud Has A Silver Lining”.
Walaupun warga dunia masih didalam peperangan menewaskan virus ini, ianya juga telah mencetus pelbagai inovasi serta mempercepatkan lagi proses transformasi pelbagai perniagaan dan gaya hidup sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4).
KRU bernasib baik kerana telah membuat persediaan awal bagi transformasi digital keseluruhan operasi perniagaan kumpulannya sejak September 2019. Setelah lebih 1 tahun bagi proses pembangunan perniagaan ini, KRU akan melancarkan platform e-dagang sosial yang dijenamakan sebagai “iLike” melalui laman sesawang serta applikasi Android dan iOS pada penghujung Oktober 2020.
Keunikan utama bagi platform iLike adalah tawaran beberapa produk ikon media eksklusif yang tidak dijual melalui platform lain. Selain itu, iLike menyediakan eko-sistem dimana ikon media serta “influencers” (sama ada graduan, suri rumah ataupun golongan professional) untuk menjana pendapatan disamping membantu usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk-produk mereka diperingkat tempatan dan antarabangsa.
“Penyenaraian produk di platform iLike adalah percuma dan peniaga boleh menawarkan produk tanpa had. Selain itu, iLike juga turut menyediakan perkhidmatan penerbitan iklan serta pakej pengiklanan digital serendah RM 888 untuk tempahan sebelum 31 Disember 2020. KRU juga turut menawarkan pakej latihan jangka pendek serta e-pembelajaran bagi para usahawan dan “influencers” melalui program up-skilling dan re-skilling “Social e-Commerce” mulai November 2020.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, KRU Entertainment Sdn Bhd.
KRU juga telah melantik usahawan selebriti Didie Alias sebagai Ikon Media pertama iLike. Beliau bakal mengendalikan rancangan “iLike Show” secara langsung di Facebook, YouTube dan Instagram mulai 10hb Oktober 2020.
Menurut Didie Alias “Saya amat berterima kasih kerana usaha saya menggabungkan selebriti serta usahawan-usahawan tempatan melalui karnival Lefest Tour selama ini mendapat perhatian dari KRU. Memandangkan kekangan semasa bagi aktiviti penganjuran acara melibatkan orang ramai, saya berasakan pelancaran platform iLike ini adalah amat diperlukan dan tepat pada masanya. Insya’allah saya akan menunaikan tanggungjawab saya membantu selebriti dan usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan masing-masing sebagai Ikon Media iLike”.
Penyenaraikan produk di platform iLike adalah terbuka kepada peniaga-peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (berstatus Syarikat, Perkongsian atau Perniagaan) yang menawarkan hanya produk-produk asli (bukan tiruan atau cetak rompak).
Untuk maklumat lanjut, sila langgan di www.ilike.com.my.
KRU ni sentiasa ada idea baru dan lebih kedepan dari artis lain
ReplyDeleteanything comes from KRU, i always suka.. so bias towards them hahaha
ReplyDeleteEh bagusnyaa.. nanti nak tengok appsnya macam mana, nak share gak dengan kawan yang ada biz ni.. thanks Farhana sharing...sebab Sis baru tau ni..
ReplyDeleteOh bagus juga ada platform yang diusahakan macam ni kan, lagi banyak pilihan untuk customer. Dah lama juga tak dengar pasal KRU ni hehe nice la & all the best!
ReplyDeletetak dapat lagi gambaran sebenar platfotm
ReplyDeleteiLike ni , tapi mungkin lepas projek ni dah jalan dan tengok sendiri baru boleh faham..apapu satu usaha yang bagus dari KRU ...
Can't believe that KRU is into e-commerce as well. Ha :D My childhood favourite local group. Guess I will need to support them then.
ReplyDeleteKRU ni lagu semua dah la sedap di dengar. Idea pun hebat dari trio ni. Nasib baik KRU dah rancang seawal Sept tahun lalu. Seronok dan tak sabar bila dapat tahu ada 'great offer' untuk influencers.
ReplyDeletehari tu ad juga dengar pasal ni. bagus KRU! ambil peluang yang mana ada untuk sama-sama bantu orang ramai. nak grab juga lah peluang ni. mana tau rezeki kan!
ReplyDeletesekarang semua dah ke arah digitalization kan, semua pun taknak ketinggalan untuk membangunkan platform e dagang, menarik ni bagi yang berniaga online, banyak pakej yang ditawarkan tu
ReplyDeleteBagus la idea dan usaha murni diaorang ni sebab memamg cara camni dapat sama2 membantu usahawan jugak..maklum la zaman ekonomi tenat ni kannn huhu
ReplyDeleteUsed to follow this kru group. Always with creative ideas. Hopefully this one will help many people
ReplyDeleteSekarang semua kena dalam media digital jer senang perniagaan semua kena macam tu juga hehehe bagus untuk artis yang terjejas pendamik ni kan moga usaha ini dapat membantu mereka yang memerlukan..
ReplyDeletewahhhh baguslah ada medium seperti ini menghimpunkan produk2 tempatan dalam satu paltform. mudah utk orang cari apa2, semua di hujung jari
ReplyDeleteBagus KRU kerana bangun dan membuka ruang untuk ramai menambah pendapatan di kala ekonomi dan kesihatan dunia kacau sekarang kan. Keep on going strong KRU
ReplyDeleteiLike ni macam platform ecommerce macam shopee lazada tu ke? Siap influencer boleh promote barang-barang. Menarik
ReplyDeleteWahhh i like this. Haha platform baru ye. Norman KRU ni pandai betul la buat bisnes ek..
ReplyDeleteWow.. hebatlah KRU lancarkan e-commerce tersendiri dan makin banyak platform untuk menjana pendapatan especially para influencers.
ReplyDeleteHebat KRU ni.. Walaupun dh tak de dlm bidang seni sangat nah sekrg ecommerce pulak.. Terbaikla
ReplyDeleteWah, boleh tahan KRU ni, dah ada platform e-dagang sendiri. Inovatif, sambil boleh bantu orang lain jana pendapatan.
ReplyDeleteWow another new e commerce platform, macam ok juga. Nanti sis nak check out juga.
ReplyDelete