Movie Review : Ladies Vs Ricky Bahl

Sunday, 18 October 2020

Director : Maneesh Sharma

Writer : Devika Bhagat, Habib Faisal (Dialogue)

Cast : Ranveer Singh, Anushka Sharma, Parineeti Chopra, Dipannita Sharma, Aditi Sharma

Production Company : Yash Raj Films

Distributor : Yash Raj Films

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 140 minutes

Release Date : 9 December 2011

Trailer :

Weekend macam ni memang syok kalau layan movie rom-com Bollywood since movie sekarang tak banyak boleh release sebab covid-19 plus Btown pun dah lama tinggalkan genre ni dengan soundtrack yang best. 

Ladies Vs Ricky Bahl mengisahkan tentang Dimple Chaddha (Parineeti Chopra), anak tunggal businessman Delhi (Shireesh Sharma) yang jadi mangsa penipuan Sunny Singh (Ranveer Singh) selepas bercinta berbulan lamanya. Lepas dapat duit dan bagi masalah kepada keluarga Dimple, Sunny lari ke Mumbai dengan penipuan baru dia terhadap Raina Parulekar (Dipannita Sharma) dengan jumlah yang lebih besar. 

Sakit hati dengan penipuan Deven Shah (Ranveer Singh), Raina bagitahu media yang dia akan buktikan dia tak bersalah untuk tuduhan mencuri duit company dan akan pulangkan kembali duit yang hilang. Gara-gara footage tu, Saira Rashid (Aditi Sharma) dari Lucknow buat panggilan kepada Raina dan bagitahu dia pun ditipu oleh Iqbal Khan (Ranveer Singh). 

Mereka bertiga buat keputusan untuk dapatkan balik duit yang hilang dengan menipu lelaki ni. Raina buat plan untuk bawa masuk Ishika (Anushka Sharma) dengan identiti anak orang kaya yang datang dari US untuk buka restoran di Goa. Dengan skills yang Ishika ada sebagai sales girl, dia setuju untuk perangkap Ricky Bahl. Berjaya atau tak plan diorang bertiga ni, kena tengok sendiri lah. 

Ni bukan pertama kali Ranveer Singh dan Anushka Sharma bekerja bersama pengarah Maneesh Sharma dalam movie genre rom-com. Kalau sebelum ni mereka berdua lakonkan watak local start-up entrepreneur dalam movie Band Baaja Baarat, kali ni berlakon sebagai partnership tapi watak kali ni lebih urban dan sexy. And since both of them bercinta in real life masa shooting movie ni, chemistry mereka berdua nampak menyengat walaupun screentime lebih pendek berbanding movie BBB. 

Though Ranveer and Anushka are the leading pair, but the credit must be given to Parineeti Chopra and huge thanks to Habib Faisal’s dialogues. Dari awal sampai habis terhibur dengan watak gadis Punjabi yang dilakonkan oleh Parineeti walhal ni movie debut dia. Dari berlakon, menari, jatuh cinta dan putus cinta, balas dendam, semuanya perfect. And even better dari Ranveer dan Anushka yang kadang-kadang over. Memang layak sangat Parineeti menang Filmfare Female Debut Award. Lakonan Dipannita Sharma dan Aditi Sharma pun bagus juga and it is fun to watch them three. 

Antara kekuatan movie Ladies vs Ricky Bahl ni haruslah pada music album karya dari gandingan adik-beradik Salim Merchant dan Sulaiman Merchant. Dari tahun 2011 sampai lah sekarang lagu-lagu mereka masih segar especially lagu Aadat Se Majboor, Jigar Da Tukda dan Thug Le. I even workout dengan lagu Thug Le. Thanks to Doonya!

Konsep movie Ladies vs Ricky Bahl ni mungkin sama dengan movie Hollywood, John Tucker Must Die walaupun I tak pernah tengok movie tu tapi dari trailer dan jalan cerita memang sama tapi tak kisah pun sebab dalam movie ni ada bonus soundtrack yang best. 

Bila tengok balik movie ni, baru perasan ada persamaan antara movie Band Baaja Baarat dengan Ladies vs Ricky Bahl ni bila Ranveer Singh mentioned pasal SRK. Dalam BBB dia ganti SRK untuk perform dekat wedding, dalam movie ni pula dia guna dialogue SRK sebagai caller ringtone dia dan dialog masa dia bid goodbye. Well, masa ni YRF tengah gigih nak gantikan SRK dengan Ranveer Singh sebagai maskot YRF but since movie ni flop dekat box office, eksperimen mereka gagal sampai lah sekarang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.3/10

7 comments

  1. love woman's power type of genre !

    ReplyDelete
  2. betullah lagu filem hindustan dulu memang best. kadang tengok movie sebab nak dengar lagu je..haha

    ReplyDelete

  3. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  4. 7.3 /10 tinggi juga rating tu..mesti best ceritanya..kena juga tonton ni :)

    ReplyDelete
  5. Serius akak dah ketinggalan dengan hero n heroin baru bollywood.. Masih stuck di zaman SRK n kajol.. Hahahhaha

    ReplyDelete
  6. mAcam pernah tengok, macam gak pernah. Haiyoooo~

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.