KEMUNCULAN KEMBALI IMAAN MUSIC SELEPAS 5 TAHUN DALAM “SALAWAT 1442” MENYATUKAN TIGA JIWA - DUKE, TUJU DAN TYCO

Friday, 30 October 2020

Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada 29 Oktober 2020 ini, Imaan Music, merupakan sebuah label muzik berteraskan lagulagu Islamik kontemporari melancarkan karya terbaharunya berjudul "Salawat 1442" pada 27 Oktober (Selasa) di YouTube Imaan Music jam 10 malam.

Selepas 5 tahun, Imaan Music kini kembali menggabungkan nama-nama besar iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE), pendakwah bebas terkenal, TUJU, rapper berpengaruh daripada kumpulan K-Clique, dan TYCO, yang merupakan lagenda penyanyi rap dalam “Salawat 1442”. Objektif lagu ini adalah bertujuan untuk membawa kelainan dalam muzik dakwah yang mana konsepnya disifatkan sebagai "relaxing style”. 

Dilihat sebagai sebuah rilisan eksklusif terbitan Imaan Music, bersama komposer dan penulis lirik Tuju, Neo, dan Almanjawi, buat pertama kalinya, orang ramai dapat mendengar suara Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) menyanyi secara profesional dari dalam studio rakaman. Lagu ini juga diselitkan dengan unsur rap yang dikendalikan oleh TUJU dan TYCO.

 "Ramai yang tahu saya memang suka menyanyi ketika melaksanakan ceramah. Alhamdulillah, saya bersyukur dan hargai kepercayaan yang diberikan oleh Dato' Norman Abdul Halim untuk merakamkan sebuah lagu sempena Maulidurasul bersama dua ahli rap terkemuka, iaitu,TUJU dan TYCO." - DUKE

Dengan wujudnya lagu "Salawat 1442" ini, diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda agar sentiasa bersikap positif dalam menempuh rona kehidupan. Tidak lupa juga, elemen rap yang diselitkan dalam lagu ini, bertujuan untuk membuatkan golongan anak muda lebih tertarik untuk mendalami maksud di sebalik sambutan Maulidur Rasul.

"Pembikinan lirik lagu rap yang dinyanyikan oleh saya dalam lagu ini adalah sesuatu yang belum pernah saya luahkan lagi dalam mana-mana karya sebelum ini. Melalui "Salawat 1442", saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekaligus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi Insan yang lebih baik. Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam banyak-banyak penglibatan saya dalam menghasilkan muzik, ini adalah kali pertama saya memberanikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar. Terima kasih Imaan Music kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya dalam lagu ini. Diharapkan mesej yang saya cuba untuk sampaikan dalam "Salawat 1442" dapat difahami dan diterima oleh semua." - TUJU

 Dalam pada itu, TYCO yang turut menjadi sebahagian daripada barisan yang melengkapkan karya "Salawat 1442" meluahkan, "Setelah 12 tahun berdiam diri, entiti TYCO bakal membuat kemunculan kembali di mata orang ramai. Kali terakhir saya membuat penampilan adalah dalam filem Cicakman 2 iaitu pada tahun 2008. Walaupun konsep lagu yang dibawakan kali ini berbeza berbanding dengan karya-karya TYCO terdahulu, saya tetap mengharapkan agar karya kali ini dapat memberi impak kepada para pendengar."

 

LIRIK LAGU SALAWAT 1442

ARTIS : DUKE, Tuju, Tyco
KOMPOSER : Tuju, Neo, Almanjawi, Public Domain
LIRIK : Tuju, Neo, Almanjawi, Public Domain
SYARIKAT RAKAMAN : Imaan Music

Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam

Lakaran sejarah di buku hidup,
Pengalaman dalam nota, bertemu noktah sebelum penutup,
Salah tafsir satu dua alif bata,
Cinta terukir di bintang, mengikut harapan meniup,

Ku terus ke depan, depan
Berjalan setiap langkah dengan bekalan lafaz syukur,
Untuk masa depan, depan
Ku tanam semua warna warna hidup yang telah luntur,

Dunia yang fana penuh dugaan,
Ku relakan jiwa setiap kali menempuh,
Tujuan di betulkan, sebelum terlambat,
Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat,
Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat,

Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Dunia ini penuh pancaroba,
Ikut jalan lurus biar susah ku tetap mencuba,
Ku lihat luka di kenangan hidup,
Ku khayal ketika ku melakar sesal ku hirup,

Siapa yang sempurna kau pun tahu,
Siapa yang sempurna kau pun tahu,
Di sebalik dugaan ku belajar balik,
Mencari hidup,

Dan yang menjaga ku kanan kiri
Tahu dan mengerti catatkan aku di dalaman dan
Bukan yang nyata pada kenalan
Ku hanya satu pandangan
Mereka olah sendiri

Aku yang dalam kenangan
Aku yang tak kenal diri tentang kehidupan
Aku hanyut dalam air yang ku salami

Alhamdullilah, tanganku tadah
Kerana tanpa pedoman,
Pastiku hilang arah
Kitab diwahyukan jadi pegangan
2, 4, 4, 3, 4... Ketenangan

Ya Rabbi, segala-gala yang terpuji,
Limpah ruahkan rahmatmu ke atas Nabi
Ya Rasulullah, damailah disana
Semoga kau sambut diriku di akhir masa

Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam

Ya Rasulallah
Kau Kekasih Allah
Ya Rasulallah
Kau memimpin manusia
Jalan menuju pintu keredhaannya
Pimpin tanganku untuk bersama

Amin Ya Rabbal Alamin



Tentang Imaan Music

Imaan Music, merupakan sebuah label muzik berteraskan lagu-lagu Islamik kontemporari dengan nilai-nilai positif sebagai aspirasi kehidupan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi ;
Suzana Sukaimi (Nana), Label Manager
Email : suzana.sukaimi@krumusic.com
Tel : 012 9136024 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.