Penulis : Sara Aisha
Penerbit : Karya Seni
Helaian : 702 mukasurat / 47 bab
Genre : Thriller / Misteri / Romantik
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Jun 2019
Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis :
Review :
Rasanya dah baca review dari blogger Thes dan Tiara and most of the readers dekat Goodreads memang bagi good review untuk buku ni. Even dari sinopsis pun macam cantik je jalan cerita dia. Sadly, somehow I tak mampu nak setuju dengan review yang I baca lepas spend a week reading Memori Inara. Walaupun ada trivia yang menunjukkan kajian dari penulis untuk isu stalking, amnesia dan trauma yang dialami, namun ada beberapa persoalan yang muncul.
Latar masa untuk novel ni I assume dalam tahun 2018 sebab ingatan Inara pada tahun 2014 so I rasa masa tu masih belum melarat lagi masalah stalker dari social media ni. Tapi kalau masalah diekori ni rasanya boleh je buat report but yes, betul apa yang Inara stress sebab polis pandang enteng malah mengejek dia. Tapi dari status Inara, tak susah rasanya dia gunakan duit dan networking dia untuk minta bantuan dari Bukit Aman.
Kalau pun tak dapat bantuan dari pihak berkuasa sebab Malaysia tak ada akta untuk hukum creepy stalker, dia kan ada Whatsapp chat stalker dia. Expose je lah dekat social media bagitahu yang stalker tu fitnah dia. Dalam ramai followers dia tu takkan lah tak ada yang mampu backup Inara? Seriouslah you guys underestimate kemampuan netizen? Zaman ni zaman Datin Alyah-Ramli MS kantoi dah kahwin, Dynas kantoi bercerai gara-gara netizen gigih. Setakat nak expose fitnah stalker ni apa lah sangat.
Plot paling tak boleh terima sekali bila Gibran dengan penuh yakin kembalikan memori Inara pada tahun 2014 sedangkan dia belum wujud dalam kamus hidup Inara tapi Muzaffar. Lepastu nak cemburu Inara bagai nak gila cari Muzaffar. Ibu dia pun siap lempang anak sendiri sebab stress Inara dok sebut nama Muzaffar.
Kenapa penulis seksa watak Inara macam ni? Put yourself in her shoes! Mesti lah dia cari Muzaffar sebab diorang tengah bahagia cari barang hantaran tau-tau dia kena hadam yang Muzaffar lelaki paling jahat di mata ibu dia tanpa bukti. Seksa tau putus cinta tapi tak dapat any closure. Tak semudah kata-kata Gibran untuk Inara terima dia dalam hidup sedangkan Inara cinta sangat dengan Muzaffar. Tak jumpa sebarang cela pulak tu. Sebagai neuroscientist dan doktor psikologi, takkan la dua watak ni tak fikir cause and effect untuk tindakan diorang? Manusia mana sama dengan tikus. I’m sorry for this tapi masa Gibran halang Inara masuk dalam bilik kerja dia pun dah boleh agak plot ni ke arah mana. Watak Muzaffar ada rasionalnya tapi watak Gibran tu dari awal lagi dah fishy habis. Tak tahu kenapa ada yang tergedik nak kahwin dengan lelaki macam Gibran. Creepy habis.
Biggest loophole for me haruslah part Inara ada bukti pembunuhan keluarga Gibran tapi tak serahkan kepada polis. Video dan pengakuan dah cukup kuat untuk jatuhkan hukuman tapi tu lah novel kan, tebal pulak tu, kena la letak plot twist. Yet again, fails miserably.
Kalau dekat awal cerita, stalker Inara terlepas dari undang-undang tapi dekat hujung cerita boleh pulak Dr. Isabel ugut nak serahkan Raslan kepada pihak polis sebab stalk Inara??? Masa watak Raslan muncul tu I nak tahu sangat cerita tentang stalker Inara sebab dia je yang ada pertalian tapi sayangnya penulis tak kembangkan watak stalker tu. Yang banyaknya cuma wild assumptions dari Muzaffar dan Priya, kawan baik Inara. Lagi kelakar bila Raslan benarkan girlfriend dia obses dengan Inara dan bukan dia. Weird pfftt
Pace novel ni sangat slow dan meleweh dengan monolog Inara tapi start build up bila muncul hantu perempuan berbaju merah tapi meleweh balik sampai menyampah bila Gibran dah jadi superhuman lawan semua villain. Who needs police anyway if Gibran exists? Now I know why girls need Gibran T.T
I suka dengan penulisan Sara Aisha and I think she did her best in her research for these issues. Terima kasih sebab gunakan medium dan platform dia untuk buka mata pembaca dan rakyat Malaysia supaya lebih cakna dengan isu stalking yang masih lagi belum dianggap jenayah di negara ni tapi plot dia terlampau messed up atas nama cinta seorang Gibran. I’m sorry :(
p/s : Kepada Isabel dan Gibran, tahun 2020 Drama Band release lagu Jangan Bikin Kerja Tuhan. Well obviously for a reason.
Another side note : Review I based on pengalaman dan perasaan I. Review orang lain berdasarkan pengalaman dan perasaan orang lain.
1. Author +0.5, 2.Plot +0.2, 3. Genre +0.2, 4. Social Message +0.2, 5. Personal Thought +0 = 1.1/5
eh, apahal tak kembangkan watak stalker tu ? i pun tak puas hati klu baca novel mcm ni
ReplyDeleteSaya belum baca lagi....
ReplyDeletememang betul tak puas hati ni..hahaha
ReplyDeletesaya ok je dgn cite dia cuma bila tahu pasal gibran tu tak suka juga, iyelah dia bukan tuhan untuk control memori orang lain. lain orang lain pendapat so chill je la..haha
huhu..imaginasi tinggi
ReplyDeleteaduh complicated juga citer ni
ReplyDeleteyes sometimes we read the same thing but the way kita terima berlainan. Kadang-kadang ammi pun gini...review kata best gilersssss tapi bila ammi yg baca or tengok mcm krik krik je. lately ni ammi realized byk author yg kadang-kadang silap letak nama watak. terbalik-terbalik. so kitalah kena pandai-pandai sendiri
ReplyDeleteada jugak jumpa macam ni, dua tiga buah jugak lah jumpa. Mungkin tak check before publish kot
Deletemcm menariks jugak ni..
ReplyDeleteSuka nota kaki Farhana tu.. setiap orang akan menerima pembacaan tu berdasarkan pengalaman dan pemahaman dia.. Tak semestinya bila semua orang suka buku tu, tak akan ada yang tak suka..
ReplyDeleteSuka cara Farhana review buku ini, buat lagi nak baca sebab nak tahu perjalanan cerita dalam buku ini..
hahaha sila2 sebab dalam buku ni info dia banyak jugak yang best cuma some points yang kita mentioned tu rasa urgghhh why?
Deletefinally, jumpa jugak review Farhana on this novel... bulan oktober 2020 ni memang challanging utk su so mmg tak bukk blog sngt. masa Farhana tinggalkan comment on my post of CNCobra? ke Shark? baru perasan yg Farhana ada baca n review novel ni... gigih cari dekat archives, entah kenapa bongok sngt tak guna search box hahaha. harini kurang bongok sebab nampak search box tu. lol.
ReplyDeleteanyway, nice review, walaupun kita pnya view on this novel is way very different, tapi there's few part yg Farhana comment buat su setuju... like, that confession video and gibran oh gibran yang suka hati buang memori inara, haih... geram betul... well, my review might be a little bias sebab su mmg suka Sara Aisha punya works. em, terpanjang pulak comment, dah macam entry sendiri hehe
hahahhaa it's okay! rasa macam tengah menyembang panjang dengan su pulak haha. Ha'ah suka jugak dengan Sara Aisha tapi tak semua karya dia dah baca lah. Lepas dua novel baca, rasa macam syok la dengan penulisan dia since Melur Jelita dah takde. I guess this one macam kurang umpph kot. Kalau buang part2 yang tertentu or overstretched moments tu mungkin cerita dia best.
Delete