Untuk lebih banyak artikel kesihatan, klik gambar untuk ke HelloDoktor.com |
Beberapa bulan yang lalu, rasanya ramai dalam kalangan kita yang menyangka bahawa wabak pandemik COVID-19 sudah berjaya dikawal dengan baik. Sangkaan ini ternyata meleset kerana sejak kebelakangan ini jumlah kes positif virus korona baharu ini semakin meningkat secara mendadak dengan tiba-tiba.
Ada yang kata bahawa ia adalah disebabkan sikap acuh tidak acuh kita semua dalam mengamalkan langkah pencegahan dan pengawalan wabak ini.
PKPP hanya pada nama sahaja
Sehingga kini, kita semua sebenarnya masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pun begitu, sedarkah anda bahawa PKPP yang sedang giat berlangsung ini sudah tinggal hanya pada nama sahaja? Ramai individu kini dilihat sudah bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah tiada wabak yang sedang menular!
Konsep pemakaian topeng muka, pengamalan jarak sosial atau pemeriksaan suhu badan kini hanya dibuat untuk melengkapkan syarat sahaja. Sebagai contoh, suhu badan manusia perlu diperiksa dengan menggunakan alat seperti termometer dan sebagainya sebelum boleh masuk ke mana-mana tempat.
Apa yang menyedihkan adalah segelintir individu tidak langsung melakukannya atau memeriksa suhu dengan perlakuan yang boleh dianggap ‘main-main’. Ini adalah satu perkara yang tidak wajar untuk kita semua teruskan.
Periksa suhu badan adalah penting!
Pergi ke mana sahaja sekarang, suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu di pintu masuk sebelum dibenarkan mengunjungi sesuatu tempat. Ini bertujuan memastikan setiap individu yang memasuki sesuatu tempat itu mempunyai suhu badan manusia yang normal yakni sekitar 36 ke 37.5 darjah celcius.
Jika melebihi jumlah ini, maka adalah wajar untuk kalian sendiri berundur dan tidak memasuki sesuatu tempat bagi langkah berjaga-jaga. Ini adalah selaras dengan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Pun begitu, masih wujud segelintir masyarakat yang bersikap acuh tidak acuh!
Periksa suhu badan acuh tidak acuh?
Angkara sikap malas dan mahu cepat, ada individu yang beranggapan bahawa perbuatan ini adalah tidak penting dan tidak ikhlas ketika melakukannya. Sebagai contoh, ada individu yang memeriksa suhu badan mereka menggunakan tangan sahaja sedangkan bahagian tubuh yang sepatutnya adalah pada dahi.
“Bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau lagi, tidak dinafikan wujud kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan jika pengimbas suhu sering digunakan pada dahi. Namun setakat ini tiada lagi bukti saintifik mengenai dakwaan itu dan perbuatan periksa suhu secara acuh tidak acuh ini hanya akan menerukkan lagi keadaan yang sedia ada.
Konklusinya, bertanggungjawablah pada diri sendiri, masyarakat dan negara agar kita semua mampu bersama melawan penularan wabak COVID-19 ini!
tak susah pun nak scan dahi tu tapi ada juga orang tak nak scan
ReplyDeletemalas nak ambik scanner tu utk scan.. hmmmm tapi sometimes .. bila scan my sejahtera.. tadak plak yg minta nak scan... pelik
ReplyDeletebukan lama mana pun nak scan suhu from dahi...
ReplyDeletebukan susah pun cek suhu.. tak fahamlah.. kadang tu.. scan qr kod sometime ada juga yg malas. bila suruh scan. terus tak jadi masuk ��
ReplyDelete