Pihak Narcotic control Bureau (NCB) telah pun failkan Affidavit terhadap Rhea Chakraborty kepada Bombay High Court semalam supaya pihak mahkamah tidak memberikan ikat jamin kepada tertuduh kerana akan menjejaskan bukti dan mengganggu siasatan kes kematian Sushant Singh Rajput.
Dalam Affidavit tersebut jelas menyatakan bahawa Rhea Chakraborty telah terlibat dalam urusan jual beli dadah yang dibayar melalui wang tunai, Google Pay dan kad debit. Pembelian dadah ini disimpan dan tujuan penggunaan terhadap Sushant Singh Rajput. Aktiviti tersebut jelas menunjukkan aktiviti jenayah terlarang dan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 8(c), 20(b), 27(a), 28 dan 29 dalam Narcotic Drugs and Psychotropic Substances Act (NDPS), 1985.
Seperti yang dinyatakan di dalam Affidavit, dadah tersebut disimpan di apartment Rhea Chakraborty dan dibawa kepada Sushant melalui manager Samuel Mirinda dan pekerja Dipesh Sawant. Penggunaan dadah terhadap Sushant sama ada atas kerelaan sendiri ataupun dipaksa akan ditentukan melalui siasatan oleh pihak CBI.
Dari Affidavit jelas dinyatakan yang dadah tersebut disimpan di rumah Rhea Chakraborty dan bukan di rumah Sushant walhal Sushant dan Rhea menyewa bersama di Mount Blanc Apartment. Kenapa tak disimpan di sana kalau betul pembelian dadah ni untuk kegunaan Sushant? Lebih mudah untuk dia hilangkan ketagihan kalau ada easy access.
Bila dadah ni dibawa masuk melalui Samuel Mirinda dan Dipesh Sawant, jelas menunjukkan terdapat konspirasi jenayah yang dirancang terhadap Sushant. Tambah pula sebelum ni terdapat bukti dari Whatsapp chat antara Jaya Saha dan Rhea bila Jaya suruh Rhea masukkan 4 titis CBD oil dalam minuman Sushant.
Dari Affidavit ni, dinyatakan juga bukti pembelian dadah ni diambil dari Whatsapp chats, mobile phone, hard disk dan juga laptop. Creative manager Sushant iaitu Sidharth Pithani pernah buat pengakuan yang Rhea Chakraborty mencuri 8 hard disk dan juga laptop kepunyaan Sushant sebelum keluar dari Mount Blanc Apartment pada pagi 8 Jun 2020.
NCB juga menyatakan terdapat pembelian Lysergic Acid Diethylamide (LSD) dari drug dealer Anuj Keshwani. LSD merupakan bahan yang perlu dilarutkan di dalam cecair. Bahan ni tidak bewarna, tiada rasa dan tiada bau. Kesan sampingan LSD akan mengganggu sistem fungsi otak di mana akan mengaktifkan serangan panik, kerisauan yang melampau dan psychosis bila diambil berulang kali secara kerap.
LSD juga akan membuatkan seseorang hilang kewarasan dan mengalami skizofrenia.
Dalam video ni pertuturan Sushant tak jelas dan nampak seperti berhalusinasi. Cara dia berfikir pun tak normal. Antara kesan-kesan sampingan akibat pengambilan LSD. Physical effects include increased heart rate and blood pressure, muscle twitches and shaking, dilated pupils, sweating, sleeplessness, and loss of appetite.
Kalau CBI berjaya buktikan konspirasi jenayah dan percubaan membunuh terhadap Sushant melalui siasatan mereka, kes suicide akan bertukar status kepada homicide.
Credit to Soumyadipta
teringin nak tau lebih mendalam.. mcm mna hubungan Rhea dgn Sushant ni eh....
ReplyDeletesusah nak cakap sebab relationship diorang kejap je start may 2019 then 6 bulan SSR hilang.
Delete